Sunday, April 5, 2009

Ayam Goreng Berempah



AYAM GORENG BEREMPAH

1/2 ekor ayam ~ dipotong dan dibersihkan
1biji limau nipis ~ diambil airnya
1 sb tepung jagung
1 sb serbuk kari daging
1 sb cili mesin
1 sk serbuk kunyit
3/4 sk garam halus
sedikit air
sedikit daun kari (optional)
minyak utk menggoreng

Masukkan kesemua bahan kecuali ayam dan minyak ke dalam sebuah bekas dan gaul sebati hingga menjadi pes. Gaul ayam yg telah ditoskan dan perap paling kurang 1/2 jam. Lebih lama diperap lebih sedap ayam goreng tu nanti.
Panaskan minyak dan goreng lah ayam (termasuk daun kari) hingga masak. Sedap tau dimakan panas2 kerana ada rasa rangup2 dari campuran tepung jagung tu..