Thursday, April 30, 2009

Cupcake Simple


Petang semalam buatlah cupcake ni, sebab dah banyak hari anak dara request. Bila dah siap bakar tu, sejukkan kejap. Ingatkan lepas solat maghrib nak main deco2 dgn dia. Nak guna BC dan fondant yg dah ada dlm simpanan tu. Tup2 masa nak mandi tu, anak2 kecoh sekali, sebab banyak lebah masuk dlm rumah. Padahal dah pakai mosquito net. Cepat2 mandi (tp cuci tau... bukan mandi kambing ya.. hehe) dan solat maghrib dalam gelap. Dalam pada tu Luqman duk buat homework sambil duk atas lantai jer kes K.Nor hanya buka lampu tengah. Kalau buka lampu kat ruang tamu & meja, lagi la ramai lebah masuk. Lepas azan Isyak, K.Nor masuk bilik nak solat, dah terdengar bunyi enjin kenderaan kat bawah, dgn bunyi org2 duk cakap2.

Tak lama lepas tu, cik abg balik dari berjemaah kat surau, dia panggil minta K.Nor call jiran kat atas, supaya alihkan kereta . Rupanya lebah2 dah berkerumun cam dah buat sarang kat atas alang kat tingkat 4. K.Nor pun ajak anak2 turun, sbb kalau masih dalam rumah, bila lampu menyala, lebah gerenti masuk lg. Sebelum tu sempat gak la turun.. Ku tinggalkan gitu jer cupcake yg togel.. tp dibawah tudung saji la..

Bila turun kat bawah rupanya kenderaan Jab. Pertahanan Awam dah ada, tu yg duk denger bunyi enjin kenderaan td tu.. Org JPA lak, minta kita sediakan penyembur serangga (ridsect). Habis tu, takkan dia org tak ada alatan nak jalankan operasi ni.. Heran betul la.. Lepas dah alihkan kereta jiran tu, JPA masih duk mundar mandir lg, dah dibelikan satu tin ridsect masih tak padan gak, sbb lebah tu banyaaaaaaaak sangat. Pastu ada yg call bomba, bombaman cakap ok akan g kejap lagi, tolong sediakan ridsect ya.. alahai.. kena lagi.. camna dia org wat kerja ek..Heran la, takkan tak ada bahan2 or perutukan utk sediakan benda2 camni ya? Entah la..

Dari pukul 8.30mlm K.Nor turun tu, hampir pukul 10.00 baru la bomba sampai. Alih2 ketua bombaman tu mintak kita sediakan 3 vacuum cleaner dan wayar2 extension, utk nak sedut lebah2. Makan masa lg laa mencari alatan ni.. Pastu dia org pun standby dgn siapkan tangga, disandarkan ke dinding bangunan, tinggi wooo sampai ke tingkat empat. Tu pun mujur tak ada tragedi smlm, sbb lepas jer ketua bombaman tu turun (setelah dia pancutkan air ke lebah2 yg duk bersarang tu) kabel tangga tu terputus or tercabut. Alhamdulillah, tak terjadi apa2 kat dia ..

Bila dah disembur lebah tu, jatuh berterbangan ler.. masa tu la sorang ahli bomba tu semburkan ridsect yg dinyalakan api ke arah lebah2 tu..Kesian pulak, kalau ikutkan apa yg pernah seorang ustaz yg menyampaikan kuliah agama, tak baik/berdosa kita membakar/menggunakan api keatas makhluk/haiwan lain.. Hanya Allah sahaja yg layak menggunakan api keatas hamba/makhluknya.. Wallahua'lam..

Lepas dah disembur tu, ahli2 bomba tu sedut dgn menggunakan vacuum dan ada yang menyapu dgn penyapu jer.. Bila dah settle semua, baru la org ramai yg menonton show free tu, bersurai.. K.Nor pun bawak anak2 naik ke rumah, kesian anak2 dah mengantuk sgt, coz masa tu dah hampir pkl 11.00 mlm. Luqman siap pesan, pg ni kena kejutkan dia awal skit, sbb nak g sekolah awal. Ni kes homework yg tak sempat siap la.. K.Nor dan Aisyah duk kutip2 lebah yg dah bergelimpangan, dlm bilik dia lagi la banyak..

Tengok jam dah lewat sangat, mata pun dah kuyu, esok jer la deco cupcake tu.. eh.... panjangnya bebel arini, padahal nak citer bab deco cupcake jer.. alahai, tak per la ya.. yang sudi baca, tq2.. tak sudi tu tak per la.. sesekali nak membebel ni..

Nak deco apa ek pagi2 buta ni, last2 cairkan coklat, wat ganache.. curah atas cupcake dan letak stoberi dah la... Padahal beli stoberi tu nak buat benda lain, yg jadinya benda lain.. Tak per la, nak cepat punya pasal.. Kang tertinggal di van la dia nanti.. Dalam pada tu sempat lg ku posing cupcake yg ntah ke hapa rupanya tu.. Nak tunggu abang camera balik balik dari surau, takut tak sempat.. Akhirnya snap sendiri laa guna camera compact tu.. sbb tu la gambar tak cantik ni.. kes nak cepat..

Itu laa stori panjang lebar, padahal nak citer hal cupcake jer, tp jd berjela2... ermmmmm....... lebah punya pasal........