Thursday, April 30, 2009

Ketupat Sotong Versi Ganu


Td dah banyak pot pet pot pet kan... so kena la kurangkan ek... So..... layan jer ketupat sotong @ tupat sotong.. jom g candat sotong!!

Ni utk mek siam nun jauh di sana.. sana...

KETUPAT SOTONG

6 ekor sotong sederhana besar ~ lebih kurang 800gm
1/2 cawan beras pulut ~ direndam 1 jam
1in halia ~ dipotong mcm batang mancis tp halus dan nipis
1 biji bawang merah ~ dimayang halus
1 sudu teh halba
1/2 cawan santan pekat
1 cawan air
garam dan secubit gula
lidi /pencungkil gigi

Kukus pulut yg dimasukkan sedikit garam sehingga masak. Biarkan sejuk sebentar.
Sumbat pulut td kedalam sotong, jgn terlalu ketat, letak dlm 3/4 penuh.
Letak kepala sotong dihujungnya dan kemaskan dgn lidi atau pencungkil gigi.
Buat la sehingga habis dan masukkan kedalam periuk.
Masukkan bawang, halia dan halba kedalam periuk dan masukkan santan pekat dan air.
Masak atas api sederhana dan hendak lah sentiasa dikacau supaya santan tidak naik kepala atau pecah minyak.
Masukkan garam dan sedikit gula (jgn banyak2). Rasalah mengikut selera anak tekak ya..
Bila dah mendidih dan sotong dah masak boleh la ditutup api dan hidangkan..

* Ada satu lg kaedah masak sotong ni
Sumbat beras pulut yg belum dikukus direct kedalam sotong.
Jgn isi sendat, nanti pecah perut or terburai
K.Nor tak suka kaedah ni, sbb kena masak lama sotong tu nanti utk memastikan beras pulut kat dalam tu betul2 masak.
Lagipun kalau kita masak lama, nanti sotong tu jd liat..
Kalau kita kukus dulu beras pulut tu, tak perlu la masak kuah tu lama2, so tak la bergeledak jer nanti kuah tu.
Terpulang la pada kerajinan masing2 nak cuba yg macamana ya...