f Secubit Garam: Kad dr K.Ina KL

Friday, May 8, 2009

Kad dr K.Ina KL


Kad ni K.Nor dpt dari K.Ina KL sempena Hari Ibu, cantik kan. Thanks buat K.Ina yg memberikan kad ni utk Nor.. Sepatutnya ibu tak perlu satu hari khusus utk diraikan. Kerana kasih sayang seorang ibu dan apa yg telah dilakukan utk kita bukan hanya setakat satu hari jer kan.. Jadi pada sesiapa yg masih punya ibu tu, hargailah setiap detik ketika dia masih ada ni. Tak seperti K.Nor, yg telah kehilangan tempat bermanja, tempat mencurahkan kasih sayang semasa K.Nor berusia 6 tahun. Sepanjang membesar tanpa seorang ibu, mmg sedih sgt melihat org lain mempunyai ibu utk dipeluk, untuk bermanja2, untuk mengadu suka dan duka. Tambah lagi pd tiap kali hari raya, melihat org lain bersalaman dgn ibu masing2 huhu.... Apa yg K.Nor harapkan kini agar dipanjangkan umur supaya dapat membesarkan kesemua anak2 hingga mereka cukup dewasa untuk meneruskan kehidupan masing2..(juga supaya dipanjangkan usia suami K.Nor juga..) amiinnn... Kalau tuhan panjangkan lagi umur K.Nor ni lagi bersyukurkan, dpt merasai kebahagian bila dia org dah ada keluarga masing2 pulak. Itu satu bonus lak kan.. Insyaallah...

Adeh... jiwang la pulak.. sori...........