f Secubit Garam: Pancake

Saturday, May 23, 2009

Pancake


Setelah seharian gantung periuk & kuali smlm, pagi ni baru start panaskan balik dapur ku. Kita breakfast dgn pancake aje ya.., hehe.. hijau mata hitam ku.. Jemput la makan semua, dah siap semua tu. Ada peanut butter, jam, sirap hershey, madu, susu pekat manis pun ada.. Opss lupa, eskrim pun ada, tp dlm freezer. Layan diri ya... sila kan...

Ni utk zura dan sapa2 yg rasa nak cuba resipi pancake ni. Resipi asal K.Nor amik kat fotopages Hajar, tp cam biasa lah dah di tokok tambah skit.

PANCAKE

3 sudu besar butter/majerin ~ dicairkan
1 bj telur (k.nor guna saiz A)
1 1/2 cawan tepung naik sendiri
1 sudu teh baking powder
1 sudu besar gula castor
1 cawan susu segar (boleh guna susu tepung yg dibancuh dgn air)
secubit garam
1 sudu besar jus lemon (k.nor tak letak pun)

Campurkan kesemua bahan dan gaul sebati.
Boleh guna blender atau guna balloon whisk jer.
Biarkan selama 10 minit.
Goreng dlm frying pan hingga masak.
* adunan ni mmg nampak pekat skit, tp lembut dan gebus jer hasil dia nanti
kalau nak tambah air skit pun tak per, tp jangan banyak, nanti cair. kalau cair pancake kita jd nipis jer, tak cantik.


## MASZ!!! sebut betul2.. eh dengar betul2.. P A N C A K E .................... heheheheheheh.... tegang urat perut wehhh...