f Secubit Garam: Telur Ikan Goreng

Friday, May 15, 2009

Telur Ikan Goreng

Salam di hari Jumaat buat semua...



Lauk yg simple tp sedap pekena dgn nasi panas2.. K.Nor kalau g makan kat kedai, mmg pantang tengok lauk telur ikan. Bukan pantang dr makan, tp pantang tak amik lauk ni.. Memang suka benor dgn telur ikan, tak kira lah digoreng stail gini, masak kari ke atau gulai lemak ke.. mmg best.

Pagi semalam g pasar tani, ada org jual telur ikan yg nampak fresh sgt, tu yg terus beli. Biasanya org jual yg mcm frozen skit tu, nampak cam nak menopos jer telur ikan tu.. Biasanya yg tu dr thailand kan.. K.Nor cakap nak telur ikan $3.00 (cukup la utk akak dn cik abg jer yg makan ni), ada ke budak penjual tu tanya balik, akak nak 3 kilo? Apa kes nak sampai 3kg, mau cirit akak duk makan telur ikan jer manjang.. hihihi...

Telur Ikan Goreng Kunyit

300gm telur ikan ~ bersihkan dan toskan
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh kunyit serbuk
1 labu bawang besar ~ dihiris bulat
2 ulas bawang putih ~ dihiris nipis
2 biji cili merah/hijau ~ dipotong serong
2 tangkai daun kari
tomato/tomato cherry

Gaul telur dgn garam dan serbuk kunyit.
Panaskan sedikit minyak dan goreng telur ikan hingga masak/garing.
Masukkan kesemua bahan2 lain dan goreng sekejap.
Angkat dan hidangkan dgn nasi panas.