f Secubit Garam: Butter Prawn 2

Friday, June 19, 2009

Butter Prawn 2

N3 ni sepatutnya dipostkan semalam lg, tp dek tenet lembab, terkedek2, tak leh nak donlod gambar tu yg terpaksa masukkan pg ni.. Yg lepas smlm cuma sirap bandung berlaici jer.. So........... tak yah ngendeng2 ya, dah finish :)

Pagi smlm ke K.Berang lg, utk ziarah ayah K.Nor. Singgah kejap kat kedai tepi jalan berhampiran rumah adik tu, utk beli barang keperluan dapur yg kakak K.Nor mintak tolong belikan. Bila masuk jer kedai tu, terus nampak udang2 dlm tong besar. eeeiiii.. besorrrrrnyer udang!! Bila tengok harga sama jer dgn harga udang yg kecik skit saiznya yg dijual kat kedai/pasar yg selalu K.Nor beli. Apa lg terus rembat sekilo. Dalam kepala dah terbayang.. butter prawn.. butter prawn.. hehe

Balik rumah, terus bersihkan udang dan masakkan Butter Prawn ni utk cik abg berbuka puasa. Kali ni jurai2 telur halussss sgt, rasanya kalau kasar skit lg cantik kan.. Lain kali kena cuba lg sampai betul2 puas hati..

Ok.. atas permintaan ramai (ramai ke, hehe..) K.Nor nak peturun kan ilmu nak buat butter prawn ni, walau apa yg K.Nor buat ni tak perfect sgt. Ilmu kita kena kongsi kan.. Ina! jgn lupa anto pengeras tau! :P

K.Nor amik resipi kat rumah Nita, dan dah pernah buat kali pertama dulu, tengok kat sini. Hari tu kureng menjadi sket kerana silap teknik. Kali ni lebih elok dr yg dulu, tp cam biasa K.Nor edit skit bahan yg digunakan. Noreen, mintak izin nak C&P resipi tu kat sini ya..

Bahan2:

12 ekor udang saiz besar
2 sudu butter
3 biji kuning telur ~ K.Nor guna 2 bj sahaja
sedikit daun kari
sedikit cili padi
serbuk kunyit & garam
minyak utk menggoreng

Cara2:
Lumur serbuk kunyit & garam kat udang. Goreng sehingga masak.Bila udang hampir masak tu, masukkan daun kari & cili padi.Gaul seketika sebelom diangkat. Bila dah msak,ketepikan. Dengan menggunakan minyak yg sama, biarkan minyak dikuali anggaran dlm 1/2 cawan cenggitu. Panaskan minyak dan masukkan butter. Biarkan butter cair & minyak betul2 panas.Sementara tu,kacau2 telur bagi rata dan masukkan telur kuning dalam bekas roti jala.

Matikan api bila minyak tu panas2. Dengan menggunakan 2 tangan, tgn kiri pegang telur kuning ..tgn kanan pegang garfu...tuang perlahan2 telur sambil tgn kanan mengacau dlm bentuk pusingan. Biar dia bertali2. Kemudian bila dah selesai, angkat telur tu dah buh dlm tapis utk membuang minyak berlebihan.

# K.Nor guna acu jala gak, tp kuning telur ni kan dia pekat skit dan acu jala K.Nor tu yg stail lama (tembaga) dan lubang dia kecik jd K.Nor tambahkan sedikit putih telur utk mencairkannya cuba tuang dulu dlm bekas lain, kalau boleh keluar dgn elok tak perlu tambah lg putih telur tu, tp kalau masih payah nak keluar, tambah skit lg putih telur.

# boleh aje nak kacau telur tu dgn garfu atau chopstick, terpulang, tp kena sentiasa mengacau sehingga telur habis dituangkan

# buangkan tali pusat telur, kalau tak lubang acu roti jala mudah tersumbat yg menyebabkan telur payah nak turun

# jgn menggoreng telur dlm minyak yg sedikit, nanti tak jd cantik jurai2 dia