Tuesday, June 30, 2009

Daging Masak Jintan

Salam....

Resipi asal Hati Lembu Masak Jintan ni by Yatt, K.Nor amik kat MyR. K.Nor guna daging lembu dan sedikit hati lembu, tu yg jd nama resipi Daging Masak Jintan. Ampun ya Yatt, pandai2 K.Nor tukar nama. Kat rumah ni K.Nor dan Cik Abg jer yg suka makan hati lembu, anak2 tak suka. Sbb tu kalau nak masak lauk daging, K.Nor spare la skit hati lembu kat dalam tu. Sori Yatt, K.Nor C&P resipi kat sini ya, senang utk rujukan akan dtg, bukan apa kang MyR demam lg susah lak. Tambah lg bulan puasa tak lama dah, kebiasaannya MyR jamm sket kalau bulan puasa. Sbb ramai yg nak masuk mencari resipi utk berbuka puasa dan resipi2 kuih raya. Rasanya lepas ni mmg kena C&P resipi2 kat rumah sendiri kan..

Daging Masak Jintan

1/2 hati lembu di potong kecil (hati ayam pun boleh gunakan resepi ini)
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Bahan untuk di blender
1 sudu jintan manis dan jintan putih
Sedikit biji ketumbar
sedikit lada hitam
1/2in halia
2 ulas bawang merah
1 sudu besar rempah kurma
1 asam keping
1 kulit kayu manis
1 biji cili hijau
  • Potong hati lembu sebesar ibu cari dan rendam dalam air bercampur tepung gandum selama 5-8 minit. Kemudian bersihkan.
  • Goreng daun kari, bawang putih dan merah hingga kekuningan kemudian masukan kulit kayu manis dan bahan dikisar bersama rempah kurma masak hingga naik minyak (garing). Kemudian tambah sedikit air dan masukan hati lembu tadi masak sehingga 3minit. Letak asam keping, cili hijau serta garam dan serbuk perasa. Siap di santap.
  • Peringatan :Hati lembu/ ayam jangan dimasak terlalu lama kerana hati lembu/ayam lembut akan jadi keras jika terlalu lama di masak.