Thursday, June 4, 2009

Gader @ Pantai Batu Buruk, K.Trg

Salam ditengah2 malam buta, malam Jumaat yg mulia..

Seperti yg dijanjikan, ni la acara gader2 dgn org Pasir Gudang, cikgi @ ustazah Aziemas bersama suami dan anak2, Amin dan Aniess. Kali ni K.Nor tak leh nak entertain dia org ni kat rumah, maaf banyak2 la Azie dan Awie ya.. K.Nor ajak dia org makan kat Kedai Pizza One jer (bukan pizza hut tau), berhampiran dgn BBBR, tempat dia org menginap utk malam ni. Tau aje la, awal2 pagi esok nak berjalan jauh lak kan.. Tak per la, bulan Julai last year dia org dah pernah datang makan2 kat rumah K.Nor. K.Nor cuma buat Puding Tauhu jer td sbg buah tangan utk Azie makan2 kat bilik hotel nanti. Malangnya mini fridge kat bilik dia org pulak rosak, apa lg semua puding 2 bekas tu Azie dan famili dia kena la langsaikan malam ni jugak. Td call dia, dah finish pun semua puding tu.. hehe

Ni dia Cikgi Azie.. rasa mmg ramai dah familiar dgn muka pengawas sekolah ni kan.. hehe.. Ina, betul kan.. kan.. hehe

Pandang ke kamera Awie dulu..

Pastu pandang ke kamera tecik K.Nor lak.. (cik abe males nak bawak kamera gedabak dia )

Makan time!! K.Nor order Piza Ayam dgn xtra cheese dan french fries jer tp large size tau tp makan ramai2 laa.. untuk Azie, Ciken chop dan utk hbnya Seafood Spaghetti.. ermm psst!! Azie, Awie, camna rasa tu , sedap tak? hopefully sedap la ya.. hehehe.. hijau mata hitam kita org ya malam ni..

Ni kaum bapak lak nak posing..


Amin, Aniess dan Luqman..


Bila ada gader2, kebiasaannya mesti ada acara tukar2 hadiah.. Ni hadiah dr Azie.. sebelum bersalin kulit.. :)


Haaa.. ni la isi dalam bila dah ditanggalkan kulit pembalut.. Ish Azie ni.. banyaknyer bg barang... Tu yg tajam2 tu, utk wat roll yg dililitkan doh kat keliling kon tu dan diletakkan cream kat dalamnya.. apa nama ek.. Yani ada letak resipi kat MyR.. dah malam buta ni, otak pun blurr.. lupa nak sebut nama roll tu.. tp benda tu tau camna rupanya.. eh jam dah 12.30 tengah malam ler.. patut la otak pun blurr.. adehh


Daaaaaaannnnnnn tak lupa gak nak tayang yg ni, pemberian dari Hunny yg sekarang ni ada kat kg di Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan. Ceritanya Azie ni smlm gader dgn dia kat rumah Hunny . Hunny lak mmg dah tau yg Azie nak singgah jumpa K.Nor. So dia kirimkan la buah tangan ni.. Ish.. banyaknyer laa Hunny ni bagi kerepek.. Hunny, tokey kerepek ker? Apa pun, mekacih K.Nor ucapkan ya.. atas ingatan Hunny kat K.Nor ni.. dah 2x kita org tak jd nak berjumpa. Mudah2an lain kali tuhan izinkan kita utk berjumpa ya.. aminn..

Cukup la tu ya.. mata dah kuyu ni.. jam pun dah dekat pukul 1 pg.. awal2 pagi karang nak bertolak ke KL lak.. Cik Abg pun dah lama sampai ke bulan nun hehe.. Utk 3 hari ni rumah ni, tak berpenghuni ya.. Insyaallah hari Ahad K.Nor bertolak balik dr KL selepas mengambil anak2 pd hari Sabtu.. tak sabar nak jumpa anak2 ni.. rinduuuuuu sgt.. smlm lak 4 Jun hari jadi Naim yg ke 16, dah besar anak emak sorang tu.. Ok.. jumpa lg... insyaallah..

## Nak mintak maaf, mintak ampun pd Azie dan Hunny.. sebenarnya ada sedikit kekeliruan pd hadiah yg K.Nor tayangkan tu.. maklum ler pasing2 barang tengah malam, kat parking depan resort lak tu.. Bila org bagi barang/hadiah tu, takkan nak terus bukak dpn dia org kan, tu yg buat lupa mana satu dr org itu, mana dr org ni.. Rasanya dah amati betul2 dah, tp tersilap gak.. Yang sebenarnya kerepek2 tu dr Azie dan ada satu lg mee siput (betul tak namanya ni azie) dan kotak tisu tu dr Hunny. Pagi esoknya masa nak ucap terima kasih pada Hunny baru ler sedar yg K.Nor dah tersilap info.. apapun thanks sekali lg buat Hunny dan Azie dan sori bebanyak atas kesilapan yg tak disengajakan ni.. maklum ler, hapdet tengah malam2 buta.. hehehe