Tuesday, June 30, 2009

Ikan Bilis Tumis Sambal Tempoyak

Sedap ni tau makan dgn nasi putih panas2, tak payah lauk lain pun tak per dah. Resipi asal oleh Telukibh @ MyR, sori ya, K.Nor C&P kat sini resipi ni. TQ...


Ikan Bilis Tumis Sambal Tempoyak
  • 1 genggam ikan bilis digoreng dahulu (ikut suka, tak nak goreng pun tak per)
  • *10-15 biji cili padi
  • *0.5cm kunyit hidup
  • Sebatang serai dititik
  • Sehelai daun kunyit dihiris
  • Sedikit minyak utk menumis
  • Sedikit garam
  • Tempoyak secukupnya (suka ati nak boh baper byk)

  • Tumbuk lumat kunyit hidup, di ikuti dgn cili padi, cili tu tak berapa lumat pun tak per
  • Panaskan sedikit minyak dlm kuali, kemudian tumiskan bhn2 tumbuk, masakkan sedikit cili, org2 tua kata matikan cili.
  • Kemudian masukkan tempoyak, daun kunyit hiris dan serai. Kacau. Taburkan garam, kena igt sket kwn2, kekadang ikan bilis dah masin, so agak2 ler ek.
  • Selepas 3 minit, agak2 bau semua dah naik, barulah masukkan ikan bilis. Gaulkan, tutup api. Boleh ler di hidang.
  • Kalo tempoyak tu agak2 tak masam, masa menumis tadi boleh ler ditambahkan asam keping, barang sekeping dua ya.