Monday, June 22, 2009

Jelly Kelapa 2

Seperti yg dijanjikan minggu lepas, ni K.Nor letak n3 resipi Jelly Kelapa yg dah diulangkali cuba untuk menghasilkan jelly yg mengikut piawan anak2 dan cik abg hehe.. selagi tak dpt spt yg selalu dimakan, selagi tu la si emak kena ngejas. Tak per la si emak tu ada vit R lebih sket, demi anak2 dan suami tersayang kan.. Yang menjadi masalahnya nak dptkan bekalan kelapa muda. Mula2 buat hari tu, K.Nor beli kelapa muda kat pasar tani masa hari Khamis. Bila nak try buat sekali lagi dan g ke pasar tani yg hari Sabtu, org tak jual pulak kelapa muda hari tu. Smlm mintak cik abg g cari kat tepi jalan kat tempat selalu org jual air kelapa muda. Akhirnya dpt la jugak, walau harga berganda dr yg dijual di pasar tani. Dah la gitu, isi kelapa tu, ya rabbi, ciput jer. Dari 3 bj kelapa muda yg dibeli, tak sampai 1 cawan pun isi kelapa muda tu.. Yang banyaknya air jer. Tak per la, demi menunaikan janji yg dah dibuat, K.Nor buat jugak jelly kelapa muda ni.

Alhamlulillah, tok2 hakim kat rumah ni dah capai kata setuju, jelly kelapa yg K.Nor buat kali ni menepati piawaian dia org. Jelly kelapa ni jenis lembik ya, bila nak makan, kena scoop dr bekas dia. Kalau jenis agar kelapa baru la ada shape dan boleh diletak dlm piring atau dipotong.

Jelly Kelapa

1 paket agar2 serbuk (10gm)
2.6 liter air kelapa ~ k.nor guna air dr 3 bj kelapa muda
isi kelapa muda
11 sudu besar gula ~ terpulang pd citarasa masing2
3 helai daun pandan

Masukkan air kelapa muda, serbuk agar2, gula dan daun pandan ke dalam periuk.
Masaklah hingga mendidih dan masukkan isi kelapa muda.
Padamkan api.
Biarkan sejuk sedikit dan boleh lah dimasukkan kedalam bekas yg disukai.
Sejukkan dlm peti ais dan bila dah sejuk bolehlah dimakan.

# sekiranya air kelapa muda tidak mencukupi, bolehlah ditambah dgn air biasa untuk mencukupkan sukatan 2.6 liter.