Saturday, June 13, 2009

Kek Wedding Izah

N3 kali ni panjang sket, ikut la nak kata cerpen ke apa.. sapa yg sudi baca silakan, terima kasih.. sapa yg tak sudi tak per, p main jauh2.. kan Ika kan.. :)

Mula2, K.Nor nak beritau dulu, K.Nor tak pandai dan tak pernah g kelas deco. K.Nor banyak belajar melalui teman2 masa sembang2 samada kat forum MyR atau YM, banyak skodeng blog2 teman2 blogger, blog wilton dan lain2. Sebenarnya segan gak nak show kat sini hasil tangan yg ntah apa2 ni.. cuma sekadar berkongsi keseronokan bermain dgn fondant.

Projek bermula pd hari Rabu, membentuk/menghasilkan bunga kecik2 ni dan jugak daun untuk diletakkan atas kek dan cuppies. Kena buat awal2 supaya bunga2 tu betul2 kering. K.Nor buat ni bukannya dgn peralatan yg cukup lengkap. Almaklum ler, duk Ganu ni, bahan2 alatan mana ada sgt kat sini. Yg banyak membantu K.Nor utk membeli skit2 adalah Lily dan Jue Hussin. Dan yg menjadi org perantaraan utk hand over ke K.Nor ialah Izah, Masz dan Ziehelmy.. Mekacih semua..

Untuk membentuk bunga tu supaya melengkung skit dan tak la flat sgt spt mula2 kita menerap, K.Nor guna tray telur (bersihkan dulu la tray tu..). Lepas dah terap(Aisyah yg terap ni), letak dlm tray tu dan tekan skit dgn apa2 yg hujungnya membulat. K.Nor guna penapis teh (besi). K.Nor ada tengok kat blog Edazman, dia guna papercup yg paling kecik, K.Nor pun try gak camtu. Tp hasilnya kurang memuaskan skit, doh fondant tu melekat skit kat papercup tu. K.Nor lebih suka guna tray telur. Sebenarnya, K.Nor ada ambil gambar step by step buat bunga2 kecik ni, tp K.Nor g uploadkan dlm fail kat laptop. Bila K.Nor cuba on laptop tu utk masukkan gambar2 tu kat sini, tiba2 laptop tu tak berfungsi lak. Tak leh nak start. Nak kena humban la tu, nampak gayanya. Mmg laptop tu dah uzur sgt.

Bila bunga2 dan daun2 dah betul2 kering, bolehlah diletakkan kedalam bekas lain.

Hari ke2, setelah selesai jamuan pertunangan rumah FIL, K.Nor balik utk mengambil Lily kat airport. Lepas tu balik rumah, lepas solat asar, start baking 2 adunan kek utk menghasilkan 2 bj kek. K.Nor guna resipi Moist Choc Cake K.Nor kat MyR dan 1 adunan vanila cupcake. Settle bakar kek semua tu terus g mandi dan solat. Lepas tu keluar dgn Lily utk gader2 dgn Ida@Medai. Aduh.. mmg letih bangat hari tu.

Hari ke3, selepas selesai bf, K.Nor dan Lily start mendeco kek menggunakan fondant. Sementara Lily mencanai fondant, K.Nor buat ganache utk cover kat kek. Bila sejuk skit, sapu kat kek tu dan biarkan dia diam kejap kat freezer. Lepas tu cover kek dgn fondant. Masa ni la, tiba2 jer blackout, Ya Rabbi, panasnyer.. dah la skrg ni musim panas kat sini.. kesian Lily. Hampir 2 jam gak blackout ni, akhirnya letrik ada balik, alhamdulillah ... lega..

Semua kerja menfondant settle pd pukul 6.30ptg. Tp sebelum tu sempat gak keluar kejap, hantar Lily check in kat BBBR dan balik semula sambung projek. Pukul 6.40ptg hantar Lily dan Zafirah ke BBBR sbb pkl 7 org kat car rental dah janji nak hantar kereta kat BBBR tu. On the way dah la jamm giller.. sampai rumah pkl 7.25.. ishhh letihnyer.. nak makan pun tak ada selera..

Ni cuppies yg dihasilkan sbg pengiring pd kek fondant tu. K.Nor guna warna coklat sbb tu warna tema majlis Izah. Lagi pun lebihan fondant masa letak atas kek tu terkena ganache, jd utk mengelakkan pembaziran, K.Nor letak la pewarna coklat. Not bad gak kan..

Ni la rupa hasil projek kerastangan K.Nor dan Lily serta Aisyah dan Zafirah sbg pembantu kecil :).. 3 hari diperlukan utk menghasilkan kek sebegini rupa. Ala.. ni laa hasil dr org yg 'teramat pro', kalau org yg mmg dah pro tu tak la seteruk ni kan.. hehe.. Mmg banyak kekurangan pd kek ni, tp ni lah setakat yg termampu dihasilkan kita org berdua. Yer la, dua2 tak pernah g kelas deco, yg pastinya sambil menfondant sambil gelak.. tak abis2 dgn gelak. Kalau ada Kakyu lg best, kan Lily kan.. hehe

Untuk Izah, harap berpuas hati la hasil K.Lily dan K.Nor ni walau banyak cacat cela nya dan tak setanding kat kedai. Tak per la kan, FOC kan.. hehe kalau banyak songeh, K.Nor charge! :)

Ok, ni lakonan semula cara membuat bunga fondant bg menjawab pertanyaan Rozie.. tray telur yg K.Nor maksudkan tu, tray yg diletakkan telur masa kita beli telur tu la.. Ada yg kata beli telur satu tray, ada yg kata satu papan.. Satu tray tu mengandungi 30 bj telur.


Bg K.Nor lebih senang guna tray telur, sbb ia dr kertas, so boleh menyerap lembapan fondant dgn lebih cepat, berbanding menggunakan papercup. Jadi bunga2 fondant lebih cepat kering dan kurang melekat. Bila guna tray telur ni, bunga tu kekal dlm keadaan melengkung sehingga lah ia kering, berbanding menggunakan sponge basuh pinggan. K.Nor mmg dah cuba dulu menggunakan sponge ni, bila kita mula2 tekan, mmg dia melengkung dgn cantik, tp bila dibiarkan seketika, ia balik kebentuk asal (flat balik). Lagipun mmg makan masa gak bunga2 tu nak kering. Utk daun tu, lepas dah diterap, lentukkan skit dan letak kat bahagian atas tray tu, cantik jer dia membentuk bila dah kering.