Friday, July 31, 2009

Moist Choc. Cake

ermmmmmmmmmmmm........ YUMMY!!!!!!!!!

Kalau sebut Moist Choc. Cake dgn topping yg meleleh, tak perlu ayat panjang lebar, kan.. Semua pasti tergoda. So tak payah cakap banyak.. pandang lah..lihat lah aje ... ^___________^ Pastu, g godek sendiri kat dapur atau g kedai kek, hulur duit, ngap jer hehehe...

Kek ni K.Nor buat spesel utk courrier man, yg datang dari jauh.. yg menjadi penyampai hadiah utk K.Nor dr seseorang.. tak leh cakap, kang ada yg marah2 dan jeles kang.. Hari tu dah buat Choc Cheese Muffin utk dia, tp malangnya tak jadi rezeki dia, sbb dia tak jadi balik ganu pd hari tu. Ni yg K.Nor buatkan Kek Cekelat ni pulak, sebagai ucapan terima kasih kerana sudi menghantar barang2 tu ke tangan K.Nor. Yer la org berbudi, kita berbahasa kan.. Alhamdulillah, si kakaknya cakap yg si adiknya, suka dgn kek cekelat. Mudah2an kek tu sedap kat anak tekak that guy.. :)

MOIST CHOC. CAKE
  • 250gm butter
  • 1 cawan gula castor
  • 1 cawan gula perang
  • 4 biji telur (A)
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1 cawan susu segar suam
  • 1 1/4 cawan tepung naik sendiri
  • 3/4 cawan serbuk koko
  • Utk choc ganache:
  • 150gm coklat masakan
  • 1 sudu besar susu pekat
  • 1/4 cawan air panas
  • 1 sudu besar butter
  • Griskan loyang dgn butter dan tepung dan panaskan kukusan. Ayak tepung bersama serbuk koko.
  • Pukul butter bersama gula castor dan gula perang hingga kembang. Masukkan esen vanila dan pukul lg.
  • Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul hingga gebu dan kembang.
  • Masukkan susu dan tepung yg diayak secara selang seli dan guna kaedah kaup balik hingga adunan sebati
  • Masukkan kedalam loyang dan tutup loyang dgn aluminium foil. Kukus selama 1 1/2 jam. Bila sejuk barulah diletak atas pinggan kek dan hiaskan dgn choc ganache.
  • Untuk membuat choc ganache: masukkan coklat masakan yg dipotong kecil2, susu pekat dan air panas kedalam periuk dan masaklah cara double boiler hingga cair. Padam kan api dan masukkan mentega. Kacau hingga mentega cair.
  • Curahkan atas kek yg dah sejuk dan hiaskan mengikut cita rasa masing2. Kek ini lebih sedap dimakan jika dah disejukkan dalam peti ais.
  • Tip: Untuk menghasilkan permukaan kek yg cantik bila kita curahkan choc ganache, terlangkupkan bahagian atas kek keatas pinggan. Biar bahagian bawah kek yg duk kat atas.

Nasi Lemak

Hari ni, menu cuma nasi lemak, tp sentiasa Ganu Kiter nyer stail. Kena ada lauk ikan aya, tak ada lauk ikan aya, cam kurang umph la.. Cam sesetengah org lain, perlu ada sambal sotong kan (nak2 sotong kembang hehe)..

Percubaan kali pertama utk menghasilkan poach egg, stail yg Alma@Makcik Kantin ajar. Tp tak menjadi sangat, tu pun telur yg ke 3 baru la menjadi sket. Permukaan luar telur tak licin, pecah2 sket. Tak per la, cuba lg lain kali ..

Thursday, July 30, 2009

Peach Flan

Salam di malam Jumaat semua..

Dessert utk berbuka puasa hari ni. Nama yg tepat K.Nor tak pasti, boleh dipanggil Peach Flan kut (kalau ada sesiapa yg tau, sila beritau K.Nor ya). Bila2 boleh buat lg nih, sbb sedap dan mudah.... Nama asal tu kalau tak silap Vanilla Flan, tp mengikut Mizan yg bagi resipi kena letak fruit cocktail. Dah K.Nor letak buah peach, jd K.Nor tukar la kepada Peach Flan.

Tekstur dan rasa lebih kurang cam triffle, cuma tak letak swiss roll atau kek span. Sedap dan tak muak sbb ada tambahan buah peach dan jelly yg masam2 manis.

Banyak tragedi sungguh nak menghasilkan dessert yg mudah ni. Sampai 3 kotak jelly K.Nor guna adeh... tak per la.. pengalaman tuh.. Yang pastinya K.Nor takkan guna lg jelly jenama Jell O, lebih baik guna brand NONA jer. Tp mengikut tetamu kehormat kat rumah td, brand Lady's Choice lg sedap.. :) Bila2 boleh buat lg nih, sbb sedap dan mudah...

Terima kasih buat Mizan yg berkongsi resipi. K.Nor nak kongsi bersama2 org lain, kalau ada sesapa yg sudi mencuba dessert ni..

Peach Flan

1 paket flan ~ boleh dibeli kat kedai bakeri
1 liter susu fresh
1/2 sudu teh serbuk agar2
buah peach ~ dihiris
1 kotak jelly NONA
400ml air

Panaskan susu dan serbuk agar2 hingga mendidih dan masukkan vanila flan.
Kacau2 dan padamkan api.
Biarkan seketika dan masukkan ke dalam bekas yg disukai.
Biarkan bahagian atas mengeras sedikit, baru la disusun buah peach kat atasnya.
Dlm periuk yg lain, masukkan serbuk jelly dan 400ml air.
Panaskan hingga mendidih.
Padamkan api dan tuang perlahan2 keatas flan td.
Biarkan hingga sejuk baru la dimasukkan ke dalam peti ais.
Hidangkan sejuk2.

# boleh gantikan peach dgn fruit cocktail
## peach flan ni sifat dia lembik cam triffle, so kalau nak makan kena scoop jer dr bekas
### mizan, k.nor tambah 1/2 sudu teh serbuk agar2 setelah bertanya pendapat tokey mee soya (kedai bakeri) supaya flan ni lebih pejal, tak terlalu lembik..

OK.. utk makluman semua ni rupa vanilla flan. Dia dlm bentuk serbuk, dah siap dgn gula dan dah siap pack gini masa beli. Kita cuma perlu masak dgn 1 liter susu fresh. Dan untuk Ummi, berat dia lebih kurang 120gm sepeket. Sori la ya, gambar kurang clear :)

Choco Cheese Muffin

Salah satu muffin yg best, dah acapkali buat. Choco Cheese Muffin by Hani @ Ringo. Memang best sgt, nak2 kalau kasi bakar lama sket, biar bahagian atas tu cam garing2 sket.. sedap tau.. (tp api jgn kuat ler kalau nak bakar lama2 tu, kang rentung hehe)

Disebabkan MyR tak kebah lg dr demam, K.Nor C&P resipi muffin ni dr dapur Mak Yung yg ghajennn masak tuh.. tq Ina..

CHOCO CHEESE MUFFIN
  • 140gm choco chip
  • 100gm cream cheese
  • 80gm butter
  • 2 biji telur size M
  • 60gm gula
  • 100gm tepung gandum
  • 2sk baking powder
  1. Panaskan oven ke 180℃.
  2. Potong dadu 1cm cream cheese dan butter. cairkan bersama choco chip dengan kaedah double-boiled. bila dah cair, angkat dari api, masukkan telur dan kacau dengan whisk. (cream cheese tinggal ketul2 kecil putih pun tak apa)
  3. Tambah gula dan kacau lagi.
  4. Ayak tepung bersama baking powder kedalam adunan dan kacau dengan spatula.
  5. Masukkan kedalam bekas muffin 70% penuh dan bakar selama 20 minit.

Chicken Blackpepper

Ni menu utk org tak puasa, utk org puasa, menu lain lak karang. Chicken Blackpepper by CtZura. Sedap kata org yg makan td, maknanya boleh buat lagi la tu.. Zura, K.Nor kopipes dr rumah Zura la ya, sbb MyR tak kebah lagi hingga la 1 Ogos ni. TQ

CHICKEN BLACKPEPPER
  • 300g ayam dipotong kecil
  • *3 ulas bawang putih
  • *1 inci halia
  • * 2 sk lada hitam & garam
  • Kuah
  • 1/2 cawan sos cili
  • 1/2 cawan air
  • 1 sb sos tomato
  • 1 sb kicap
  • tomato ceri -optional
  • salad, timun & daun sup sebagai hiasan
  • 1 sk lada hitam tumbuk
  • 1 biji bawang besar dihiris bulat
  1. Perap ayam dengan bahan* yang ditumbuk & juga garam Perap berapa lama pun boleh.. 1j, 2 j... 5j.. heheh..ikut kesukaan yer..
  2. Panaskan minyak, goreng ayam yang dah diperap tu agak2 3/4 masak...Tak perlukan minyak yg banyak.
  3. Kurangkan minyak gorengan ayam, terus masukkan bawang besar. Gaul rata, sampai bawang agak2 layu.
  4. Masukkan 1/2 cawan sos cili, air, sos tomato & kicap. Kacau rata..Masukkan lada hitam tumbuk. Rasa nak lagi cair, leh tambah air..
  5. Masak hingga ayam betul2 masak & kuah pekat.. Masukkan tomato. Perasakan ikut citarasa memasing. ( Bg saya dah x payah tambah perasa apa2, sebab sos & kicap dah lengkapkan rasanya.)

Award dr Watierman ..

Alhamdulillah.. dpt award blogger yg kreatif dr Watie ni.. ermmm.. kreatif ke blog Nor ni.. hehe.. blog yg seada jer nih.. biasa2 jer.. Apapun thanks a million buat Watie yg sudi hadiahkan award ni utk Nor..

Nak citerkan ttg diri, rasanya tak ada yg spesel.. cuma seorang insan biasa jer.. lebih kurang jer cam org lain.. Tu je la ek.. kang kalau stori lebih2 org muak lak.. biar la kita keep in low profile.. :)

Wednesday, July 29, 2009

Tumis Pedas Ikan Tenggiri

Hari ni kita makan lauk kampung jer ya.. Lauk org T'ganu ni.. Kalau kat ganu org panggil Tumis Pedas, tp sebenarnya tak jauh beza dgn Masak Asam Pedas. Bahan2 utama tetap sama, cuma kalau Masak asam pedas ni, org letak daun kesum, bunga kantan dan serai kan. Kalau tumis pedas ni tak letak semua tu. Ni yg ori punya tumis pedas la, tp mungkin sesetengah org tua2 letak kut. Kiranya ni lauk kegemaran K.Nor dan Cik Abg, kalau pekena dgn kicap bercili tu... walla.. sedap seh.. tambah lak makan nasi panas2 yg lembik2 sket.. mmg tak pandang belakang dah.. Tp, K.Nor kalau buat tumis ni, suka guna ikan tenggiri atau ikan merah, lagi best dr guna ikan kembung. Ok la.. tak yah cakap banyak.. Jom Makan..

Kacang Panjang Goreng + Hati Ayam


Kacang Panjang Goreng + Hati Ayam

kacang panjang ~ dihiris
hati ayam ~ direbus sekejap dgn sedikit air dan garam
2 ulas bawang putih ~ diketuk
1 labu bawang besar ~ dihiris bulat
1 biji cili merah ~ dihiris serong
1 sudu teh serbuk lada hitam
1/2 sudu teh kunyit serbuk
sedikit air
garam dan gula secukup rasa

Tumis bawang putih hingga wangi dan masukkan hati ayam yg dah direbus dan dipotong kecil.
Masukkan lada hitam dan kunyit serbuk. Masukkan sedikit air. Kacau.
Masukkan kacang panjang, cili merah dan bawang besar.
Perasakan dgn garam dan gula secukupnya.
Jgn masak terlalu lama, nanti kacang jd terlalu layu.
Angkat dan hidangkan.



# sesetengah org tak rebus dulu hati ayam, terus jer masukkan dlm kuali selepas bawang putih wangi ditumis tu. Boleh aje nak buat gini, tp nanti hati tu agak hancur dlm sayur kacang. Terpulang pd selera masing2 ..

Tuesday, July 28, 2009

Jom Makan Jagung Manis.. sedap nih!!

Nak amik resipi kat MyR tak boleh, seharian tak leh masuk MyR hari ni. Smlm pun payah nak masuk, kena main retry jer.. Jadi terpaksa la skodeng rumah org lain nak amik resipi Jagung Manis Ostajah Azie ni.. Dah cari kat dapur Azie, tapi Azie belum sempat hapdet dlm rumah dia. Ana, akak C&P kat rumah Ana aje la ya..


Bahan2nya:-
500 gm jagung ( leh dpt dbhgn frozen )- saya guna jgung fresh
2 s b butter
4 s b susu pekat manis ( kemanisn ikut suka )
secubit garam

Cara-cara:-
1.Kukus jagung dlm 20 minit..lg lama lg sedap :)
2.Jagung dh masak..dlm bekas lain..masukkan jagung yg masih panas2, gaul dengan butter, susu pekat manis dan tabur secubit garam.
3.Sebatikan..dh siap....enak dimakan semasa masih panas2..

Baru tau dia org guna susu pekat, selama ni duk guna butter dan gula jer.. ermmm... sedap la Azie... tq!

Singgang Pedas Ikan Kerisi

Menu simple jer, singgang pedas ikan kerisi. Lebih kurang jer bahan2 dia dgn singgang sotong, cuma kalau singgang ikan ni tak letak serai.

Lauk2 yg berpadu tenaga hari ni, ayam berempah Love (lagi!!) dan terung masak sambal. Tak lupa sambal belacan utk Cik Abg..

Monday, July 27, 2009

Mee Goreng Basah

Salam ...

Ni jer menu berbuka hari ni, mee goreng basah. Dah lama tak buat, rasa gak teringin nak makan. Yg simple2 gini la best kan.. Alaa.. kalau tak angkat bakul sendiri sapo lg nak tulung angkatkan... kan.. kan..


Selain dr mee goreng, K.Nor juga goreng keropok lekor dan Cik Abg lak beli ais cendol. Lupa lak nak snap gambar keropok lekor dan ais cendol.. Nyaman kan, hirup ais cendol masa berbuka puasa nih.. Dah la hari ni panas bukan main lagi, rasa cam nak teguk air berjag2 bila balik dr kelas dan kedai td.. ermm.. dugaan....

Utk danishahumaira :

Mee Goreng Basah

1 paket mee kuning
isi ayam ~ tepulang la nak letak banyak mana
udang ~ "
3 ulas bawang putih ~ dicincang
1in halia ~ dicincang
1 sudu besar cili mesin
1 sudu besar serbuk lada hitam ~ kurangkan kalau tak mau pedas
2 sudu besar sos cili/tomato
3 sudu besar sos tiram
3 sudu besar kicap pekat
2 biji telur
daun sawi/sawi manis (pak choy ke nama, lupa) ~ nak letak kobis pun tak per
carrot
cendawan tiram ~ optional
garam dan gula secukup rasa
air panas mendidih
minyak
daun saderi
limau kasturi/limau nipis

Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan halia hingga wangi.
Masukkan cili mesin dan serbuk lada hitam. Masak hingga garing dan masukkan isi ayam.
Masukkan sos cili/sos tomato, sos tiram dan kicap pekat. Kacau.
Masukkan udang dan air panas didih, ikut banyak mana kita nak kuah tu.
Bila kuah mendidih, masukkan garam dan gula, carrot, sawi dan cendawan serta masukkan telur.
Masukkan mee dan biarkan mendidih kejap baru la dipadamkan api dan kena segera hidangkan dlm pinggan. Tabur daun saderi dan perahkan limau kasturi/nipis masa nak makan.
Jgn biarkan mee dlm kuali, nanti kuah akan kering.

# nak letak serbuk pati ayam pun boleh, terpulang..
# nak letak bahan2 lain spt fishball ke, tomato buah ke, taugeh ke, boleh aje, terpulang pd cita rasa masing2..
slmt mencuba, semoga kena dgn selera danishahumaira :)

Marble Chocolate Rolls


Memang sentiasa tirguda dng roti/bun kat rumah Noreen. Kali ni cuba Chocolate Marble Rolls pulak. Tp duk baca step nak mencanai, melipat, menggulung berulang kali, tak faham2 gak. Otak dah tua ni, jamm ler.. nak kena tengok step by step baru la menjadi kut.. Kalau ikutkan tak faham, sampai bila2 pun tak leh nak buat. Last2 buat aje la, canai, lipat dan guna cara K.Nor sendiri, asal menjadi roti.. Jgn jd benda lain dah.. hehehehehe

Noreen, K.Nor C&P resipi tu kat sini ya.. tq


Bahan-bahan (12 biji):
Bahan2 chocolate paste:
20gm tepung kek
50gm gula pasir
1 biji telur putih
80ml susu segar
18gm serbuk koko
10gm mentega

Bahan2 doh:
240gm tepung roti
60gm tepung kek
55gm gula pasir
10gm susu tepung
2 camt instant yeast
1/2 biji telur ~ k.nor guna 1bj telur kuning dr yg digunakan dlm choc. paste
150ml air sejuk
30gm mentega
5gm (1 camt) garam

cara:
  • cara membuat chocolate paste: satukan gula pasir dan tepung kek ke dalam putih telur dan kacaukan sebati. ketepikan
  • panaskan susu di dalam mangkuk tahan panas dengan api sederhana panas sehingga hampir2 mendidih
  • masukkan serbuk koko dan kacaukan rata
  • setelah itu tuangkan campuran putih telur tadi dan kacaukan lagi sehingga sebati
  • akhir sekali masukkan mentega dan kacaukan lagi sehingga sebati
  • angkat dan biarkan sejuk sebelum disimpan di dalam fridge supaya keras sedikit
  • cara membuat doh: masukkan semua bahan ke dalam BM dan tekankan untuk setting doh
  • tunggu sehingga siap selama 1 1/2 bergantung pada jenis BM
  • kemudian keluarkan doh dan letakkan di atas papan pencanai yang telah ditaburkan dengan sedikit tepung
  • tumbuk2kan doh tadi supaya mengeluarkan angin
  • kemudian bentukkan doh menjadi bulat dan rehatkan selama 10-15 min
  • keluarkan chocolate paste yang disimpan di dalam fridge
  • bentukkan menjadi bulat dan letakkan di atas plastik freezer yang telah dibelah dua
  • kemudian canaikan chocolate tadi supaya menjadi bentuk 4 segi
  • selepas itu canaikan pula doh menjadi bentuk triangle
  • ambil chocolate paste tadi dan letakkan di atas doh tadi
  • kemudian lipatkan doh kiri dan kanan (lipat dua) supaya menutupi chocolate paste
  • canaikan lagi doh tadi menjadi bentuk triangle dan kemudian dilipat bahagian kiri ke dalam dan lipat bahagian kanan ke dalam menidih bahagian kiri tadi (lipat dua lagi - cara seperti membuat croissant)
  • ulangi lagi sehingga 3-4 kali
  • kemudian gulungkan doh tadi seperti swiss roll
  • potongkan kepada 12 bahagian dengan setiap satu seberat 60gm
  • bentukkan setiap satu menjadi bulat dan susunkan ke dalam loyang
  • pastikan dijarakkan dengan 1 jari setiap satu dengan yang lain
  • kemudian biarkan doh naik sekali lagi selama 45 min ke 1 jam
  • jika berada di negara 4 musim bolehlah disimpan loyang tadi ke dalam oven tanpa perlu ON kan
  • apitkan kiri kanan atau atas loyang tadi dengan dua cawan air panas untuk mempercepatkan proses penaikkan doh
  • setelah doh naik bakar pada suhu 180C selama 15-20 min atau sehingga masak dan keperangan
  • keluarkan dari oven dan sapukan dengan sedikit olive oil
  • enak dimakan untuk minuman pagi atau petang

note: kelembutan roti nie buleh tahan sehingga 4-5 hari

Jgn pandang pada rupa yg sememeh ni ya... sbb taste dia sgt mabeles! :)


Mmg best bangat roti ni, lembut, gebus jer.. dgn wangi coklat bila bakar tu. Sampai Luqman pesan buat hari2 pun tak per roti ni.. Memang nak kena buat lagi, pagi ni dah pinish.. dia dan Aisyah siap bawak bekal ke sekolah.


Sunday, July 26, 2009

Ayam Goreng Berempah HaSue

Hari ni tak leh nak tayang lauk2 lain, sbb tak leh nak posing sakan. Ayam goreng ni pun, sempat posing curi2 jer kat dapur. Sebabnya, td BIL (adik hb K.Nor dr Dungun) dan wife dia ada dtg rumah, masa tu sedang elok jer duk siang ayam kat dapur, baru nak start masak. Apa lagi, masak jer la apa yg nak dimasak, tak sempat nak buat lauk yg special. Takkan nak posing lauk2 lain depan dia org, segan weh... Ayam goreng ni pun main snap dgn kamera kecik K.Nor jer, tu yg gambar semacam jer tu.. Tak per la ya.. asal ada gambar dah..

Lauk2 lain yg sempat K.Nor masak tp tak leh nak posing ialah Sayur Lemak campur2 (semua ada.. kobis, carrot, putik jagung dan taugeh), Honey Prawn Dayang dan tak ketinggalan sambal belacan. Alhamdulillah berselera tetamu makan terutamanya BIL tu, siap tambah 2x hehe..

Sue, K.Nor nak C&P resipi kat sini ya...... tq dear!!
  • 6-8 ketul chicken wings-potong 2,bersihkan dan toskan
  • 1 cm halia*
  • 4 ulas bawang merah-potong dadu*
  • 4 ulas bawang putih-potong 2*
  • 3 batang serai-potong bulat*
  • 1/2 labu bawang besar-potong dadu*
  • Kunyit hidup/serbuk kunyit
  • 2 sudu mkn sos cili
  • Garam dan serbuk perasa(optional) secukupnya
Cara2:
  1. Masukkan bahan2 bertanda * ke dalam pengisar bahan kering,kisar sehingga lumat. Kalau tak ada pengisar tumbuk menggunakan lesung batu sehingga lumat-jika menggunakan kunyit segar hendaklah ditumbuk dengan lesung batu untuk mengelakkan kesan kuning pada pengisar..
  2. Gaul ayam bersama bahan2 yang dikisar tadi dan tambahkan sos cili serta bahan2 perasa-garam dan serbuk perasa(jika mahu)
  3. Perap didalam bekas tertutup dan diletakkan dalam peti sejuk..
  4. Adalah disyorkan perap ayam sekurang2nya setengah jam sebelum digoreng agar rempahnya bergaul mesra bersama ayam tadi..semakin lama diperap,semakin enak!

Saturday, July 25, 2009

Card From Mama Hawa S'pore

Waaahhh cantik nyer red roses kan.. Orang pempuan mana tak suka bunga, tambah lg bunga ros.. Kad ni dari Mama Hawa S'pore. Perkenalan secara alam maya ni memberi seribu keindahan tersendiri. Walau tak pernah bersua muka, tak pernah berdepan, apatah lagi bersembang secara zahir, namun kemesraan tetap wujud, tersemat indah di sanubari.. Thanks buat Mama Hawa.. tp satu yg musykil, ramai blogger menggunakan nick mama ........ berdasarkan nama anak atau gabungan nama anak. Jadi tak tau la nama sebenarnya, kan.. Ada yg dah tau , tp ada gak yg tak tau.. Kalau dpt tau nama sebenar tu, walau shortform lagi senang kan, nak berbahasa, nak panggil nama..

Apapun, K.Nor cukup hargai persahabatan kita semua walau secara alam maya ni.. mudah2an tuhan izinkan kita bersua muka, dpt bersembang secara langsung suatu hari nanti.. amin.. spt baru kejap td, dapat bercakap secara langsung dgn LG Perth.. Tak sangka langsung dpt bersembang melalui telefon, selama ni duk bersembang on air jer, nak2 kat forum MyR.. Seronok sangat.. kan LG! Thanks again LG ya... mmmmuuuuuah!!


Ok, berbalik pd kad Mama Hawa ni.. suka cita lah K.Nor nak panjangkan pd SEMUA pengunjung rumah buruk K.Nor ni.. Silakan la amik wat balik, dan gantung kad dinding rumah masing2 ya.. Tak ambil, rugi, kad cantik ni.. :) Jgn lupa amik tau, nak sebut 5 org payah la mama, sbb raaaaaaaaaaaaamai sgt yg kalau boleh nak bg kad red roses ni.. Jadi jalan terbaik, K.Nor nak open jer, pd sesiapa yg berkunjung tu, sudi2kan la ya..

Friday, July 24, 2009

Chocolate Cheese Brownies

Salam ..

Last show for today... ^ ____ ^

Dah lama masuk list ni, tp sbb kehabisan stok cheese tu yg buat terperam lama. Nah, dah rembat pun cheese dua ketul, terus jalan projek tergendala ni.. Resepi Chocolate Cheese Brownies ni K.Nor ambil kat rumah Ijan nun jauh di Finland. Sorang lagi mak yung yg rajin main masak2..

Masa duk sukat bahan2, tengok-tengok sukatan tu dlm dl.. Kata Ijan, 1dl = 100ml.. ish camna lak nak sukat gula yg sukatan asal tu 5dl? Maknanya 500ml? Camna nak sukat 500ml? wooo manyak konpius.. kalau tak silap K.Nor ml = gm. Maknanya 500ml = 500gm. Tanya mak yung Hana, dia pun tarak tau. Last2 tanya Mdm Lily, haaaaaaaa kejap jer dpt jawapan. Kalau nak tau Lily lah tempat K.Nor refer apa2 kalau ada problem dlm baking. My sifu tu.. TQ Lily :). Lily bagi link makna dl dan camna nak convert dr dl ke gram. Nah, terbukti betul, 5dl = 500gm! Alamak, takkan satu adunan kek yg butternyer 250gm perlukan 1/2kg gula castor!!!! Duk terpikir lg, nak letak ke tak 500gm ni, sbb rasa cam terlampau manis jer tu nak compare dgn penggunaan 1 ketul butter 250. Last2 compare dgn resipi brownies Yatt yg Mak yung Jepun dgn mek siam Ika dah buat. Penggunaan gula hanya 1 cawan jer (1/2 cawan gula castor + 1/2 cawan gula perang). Ok, K.Nor tawakkal aje la, guna 210gm gula castor. Pastu pulak dlm adunan cream cheese, guna 300gm CC. ish.. satu ketul cuma 250gm, nak korbankan ke satu ketul lagi utk amik 50gm? Sayang lak nak curi kat CC yg satu lg dlm esbok. Kang nak buat resipi lain tak cukup pulak... Last2 tambah jer la dgn butter 50gm menggantikan 50gm CC td.. Tawakkal lagi, mudah2an menjadi brownies ni, tak la membazir kan..

Alhamdulillah.. kek menjadi dgn elok. Bahagian cekelat sedang elok jer manis dia.. (nasib baik tak guna semua 500gm gula!!) dan bahagian cheese pun smooth jer, sedap!! Cuma yg K.Nor ralat sket, bahagian cekelat tu, pekat sgt la.. Ijan, masa ijan buat, tak pekat ke? Nak ngejas tepung, kut2 mmg brownies ni mmg jenis pekat gitu adunannya. Try gak letak semua tepung, padahal dlm hati dah tergerak nak tambah susu fresh. Masa meletak layer coklat yg pertama, dah ok.. boleh la spread kat loyang tu. Tp bila dah dimasukkan adunan creamcheese, pastu nak letak pulak 2nd layer coklat utk cover bahagian atas cheese, pekat! payah nak spread rata. Last letak jer situ sikit, sini sikit cuba gak nak meratakan. Dalam hati mintak2 la masa proses pembakaran tu, yg bahagian atas tu akan mencair dan cover dgn elok. Tp tak menjadi kenyataan ler.. Tetap duduk dlm keadaan bertompok2.. Mungkin kena tambah susu kut sket utk bahagian atas ni, utk memudahkan nak cover atas cheese layer tu.. Yer la kan, belajar dr pengalaman tu mustahak.. Tak cuba tak tau.. bila dah cuba, kita boleh ejjas kat mana yg perlu..Yg penting, NEVER GIVE UP!!! Camna Ijan, bila Ijan buat ya.. sbb nampak Ijan dpt cover bahagian atas dgn molek jer.. nak kena berguru nih...

Ni la rupa paras brownies sebelum dipotong

Apa pun, brownies ni mmg mabeles... Ina, tak jadi la letak topping, takut manis sgt lak nanti.. lain kali wat yg Ina dah buat tu ya.. TQ to Ijan..

Ni resipi yg dah diedit mengikut sukatan yg Ijan bg..

Chocolate Cheese Brownies
  • 250 g soft (room temperature) butter
  • 5 dl sugar (about 430gm)
  • 4 eggs
  • 3 dl flour (about 180gm)
  • 1 dl dark cacao (60gm)
  • 1 teaspoon paking powder
  • a dash of salt
  • 100 g dark chocolate melted
  • 2 dl pecan, crashed a bit (i put about 120 gm)

Cheese mixture

  • 100 g soft (room temperature) butter
  • 300 g naturel cream cheese
  • 1,5 dl sugar
  • 2 spoon wheat flour
  • 2 eggs
1dl=100ml
  1. Prepare brownie mixture. Mix butter and sugar in a bowl. Add eggs one at time and whip between. Add wheat-flour, dark cacao, baking powder and salt.
  2. Melt the chocolate (double boiling) and let it cool down. Add melted chocolate and the pecans in the mixture.
  3. Pour half of the mixture in the mold and start preparing the cheese mixture.
  4. Mix butter and naturel cream cheese. Add sugar, wheat-flour and eggs and mix well.
  5. Pour it on the brownie layer and spread the rest of the brownie dough on it.
  6. Bake 175 °C for 50-60 minutes depending on how thick it is.


Kerabu Sotong & Suhun


Pernah tengok kat rumah Ijan, rupanya resipi asal dr K.Liza . So K.Nor copy direct dr rumah K.Liza la ya, Ijan.. K.Liza, mintak izin C&P resipi ya..

KERABU SOTONG & SUHUN

Bahan
500 gm sotong sederhana besar
50 gm suhun [rendam dan celurkan air panas]
3 s/b jus limau nipis
1 s/b sos ikan [boleh gantikan kicap cair + 1 s/k kiub ikan bilis dihancurkan]
1 s/k gula
garam [jika perlu]
2 pokok daun ketumbar [racik kasar]

Bahan Tumbuk
3 tangkai cili api
3 tangkai cili merah
2 ulas bawang putih

Bahan Mayang
2 kuntum bunga kantan ~ tak letak, sbb lupa nak beli la.. ish.. K.Nor ganti dgn carrot dan tomato
1 labu bawang besar
1 batang timun [kecil]
3 tangkai cili merah

Cara
1. Sotong dibersihkan. Buangkan kulit dan potong bulat.
2. Masukkan sotong dalam kuali dan masakkan sehingga keluar airnya.
3. Masukkan semua bahan dalam mangkuk dan gaul rata.
4. Rasakan masam dan masinnya.
5. Hidangkan.

Nota;
Masa masak sotong dalam kuali tu jgn masukkan air nanti sotong tu akan berkuah due to sotong akan keluarkan air semasa masak.

Pari Masak Kari atau Kari Pari? sama jer tu, kan... :)

Alahai tak sabo2 org duk nunggu kes bb baru tu ya... nanti la, K.Nor nak masukkan n3 tuk hari ni.. ish !! syok nyer wat org suspen nih..


Ok, balik pd menu hari ni, mula2 plan nak buat masak asam pedas bila masuk rumah Ayu S'pore. Pastu mulut lak gatal, g tanya Cik Abg, nak masak pari ni, nak wat asam pedas ke kari? Terus dia jawab, kari.. hummmm......... mengkari ler jawabnyer.. Tak per, anak2 suka lauk kari, nak2 Luqman.

Kali ni buat kari tanpa santan, apa org panggil kari mamak ke tak letak santan? Ikut la ya.. mana2 pun. Kalau nak buat kari tanpa santan or kari mamak ni, kena lebihkan rempah kari, kasi pekat2 sket. Pastu ada rasa masam2 sket.. ermmm sedap..

Ermmmmmmmmm......



Alhamdulillahhhhhhhhh.. segala puji2an buat ALLAH jua :)

Hehe..ghamainyer yg tak sabo2 nak tau apa kes K.Nor tayang gambo baby ni kan.. Sesekali wat gempak syok gak ya.. Alahai, sejak Alongroz dpt baby, suspen jer ya kalau ada lagi yg dah masuk kelab 40 ni dpt bb lagi.. Buat masa ni, kita bg Along jer la ya main dgn bb dia.. and coming soon rasanya ada lg blogger yg akan dpt bb ni.. Firasat dan ramalan tuk nujum tak bertauliah ni selalunya benar .. hehehehe so kita tungguuuuuuuu yg tu pulak.. :)

Sebenarnya K.Nor mmg nak kongsi kegembiraan bersama teman2 dan adik2 semua. Pagi tadi tepat jam 8.35pg, anak sdara sulung K.Nor dan cucu sulong dlm keluarga K.Nor telah selamat melahirkan anak sulungnya, seorang baby boy seberat 3.3kg, nun kat KL. Seronok dpt bersembang dgn sister K.Nor tadi, bila dah jadi nenek ni. Sapa tak seronok dapat cucu, kan.. HAAA ... ALONG!!! JGN NAK NGADA2 GATEI NAK KAWIN DAN BG CUCU KAT MAK DALAM MASA TERDEKAT NI YA.......... study dulu sampai abis, pastu kerja dulu baru la pikir bab kawin ya...
(gerenti dia baca dan tersengih jer tu.. ) Cukup la mak jadi nenek sdara dulu buat masa ni.. jadi nenek utk baby K.Long tu ya.. Ermm.. Along, Ki dah dpt cicit hehehe..

Anak sdara yg baru melahirkan ni mmg close dgn K.Nor. K.Nor pernah asuh dia masa dia baby dulu, masa tu mak dia g kerja. Gitu gak dgn adik dia no2. Mmg banyak duk rumah ayah K.Nor masa tu dan sudah pasti la si mak sdara ni yg tukang jaga :) Anak2 K.Nor pun close gak dgn famili sister ni, nak2 Along yg mmg banyak spend time rumah sister K.Nor. Kiranya famili K.Nor dgn famili sister memang rapat.

Ok berbalik pd citer baby boy td, dia dilahirkan melalui tingkap atas sebab2 yg tak dapat dielakkan. Memang dah set date nak opperate hari ni. Alhamdulillah semua berjalan lancar, kedua2 ibu dan anak selamat dan sihat. Syukan ya Allah... Tak sabar rasanya nak gi KL, nak tengok cucu dan anak sdara tersayang...

Buat sister K.Nor dan suaminya, tahniah ya.. dah jadi nenek seri dan datuk seri pun. hehe tak payah naik istana nak dpt gelaran ni kan... Dan pada pak2 sdara dan mak2 sdara new born baby, tahniah gak, dah dapat gelaran baru.. dah dpt main anak sdara sendiri.. dan untuk 2 org pak sdara baru dan 1 mak sdara baru ni, bila lak nak tawin?? ^________^

Thursday, July 23, 2009

Sizzling Yee Mee eh.. Sizzling Instant Mee :)


Nama kena la tukar kan, sbb tak guna Yee Mee, tp guna mee segera tanpa goreng Cintan. Ni atas request Cik Abg, dia yg makan gitu. Lagi pun males ler nak g cari yee mee. Dah mmg ada stok mee segera tu. Lagipun, rasa dia tetap sedap.. Resipi Sizzling Yee Mee ni dr Lily MyR. Memang sedap, memang mabeles, kalau tak, takkan cik abg duk repeat jer order menu ni.. Tapi tak guna hot plate la, guna hot wok jer.. hehe

Lily, K.Nor nak C&P resipi tu kat sini ya.. tq


  • 2-3 sanggul (gulung) yee mee
  • 5 ulas bawang putih
  • 5 biji cendawan shitake ( cendawan kering)- rendam sehingga agak lembut dan potong 4
  • 1 keping dada ayam- potong mengikut citarasa
  • 1 sudu besar cili mesin ~ yg ni K.Nor sj tambah, biasa la anak tekak melayu :)
  • 3 biji cili kering- potong 2
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar kicap cair
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 1/2 in halia- hiris nipis
  • Serbuk lada hitam
  • garam- secukup rasa
  • Beberapa titik Minyak bijan
  • 1 sudu besar Tepung jagung- dibancuh dgn sedikit air
  • sedikit minyak utk menumis
  1. Tumis bawang putih, cili kering dan halia sehingga naik baunya.
  2. Masukkan ayam yg telah potong sehingga agak empuk.
  3. Masukkan 2 cawan air.
  4. Masukkan pula sos tiram, kicap cair dan kicap pekat. Masukkan pula serbuk lada hitam. Biarkan mendidih.
  5. masukkan cendawan serta sayur2 lain- tunggu 2-3 min.
  6. Masukkan campuran tepung jagung dan kacau.
  7. Titikkan minyak bijan beberapa titik-jgn banyak2...
  8. Akhir sekali, masukkan yee mee- biarkan sebentar & hidangkan panas2.

Pudding Soya Bean


Dessert utk berbuka puasa hari ni.. Pudding Soya Bean by K.Fida MyR. Lebih enak dimakan sejuk bersama dgn air gula melaka..

Ting.. ting... ting..... Eskrim...... eskrim.........

Takkan nak biar org duk Jepun jer buat eskrim M'sia. Kena la org duk M'sia buat gak, kan..

Kalau nak tau, eskrim ni banyak sejarah dlm keluarga K.Nor. Dulu masa kakak2 K.Nor masih dibangku sekolah (rendah kalau tak silap) berniaga eskrim ni tau. Dua org kakak K.Nor ni buat sendiri jer, pastu jual kat sekolah. Alhamdulillah, duit tabungan jualan eskrim ni dia org siap boleh beli rantai emas lg.

K.Nor pulak, masa Along dan Naim masih peringkat sekolah rendah pun buat gak eskrim ni utk jualan. Budak2 dtg beli kat rumah, tp yg tak bestnya modal abis, untung tarak. Sbb anak2 yg paling banyak 'beli' tp tak berbayar.. hehehe

Tu zaman dulu, zaman la ni pulak, Along K.Nor yg amik alih bisnes eskrim M'sia ni kat Jordan. Punya la laku, siap order dgn si emak, suruh poskan lagi plastik eskrim dan asam boi. Yg ni lagi terror, emak keluar modal, tp anak yg dpt untung bersih.. adeh... tak per Along, mak dah halalkan.. yer la kan, nak cari duit gak duk sana, cost of living tinggi kat Jordan kan.. Ina kan.. hehe.. Last year dia balik pun siap bawak balik sana satu paket besor plastik eskrim dan asam boi. Baru2 ni dia ada beritau, masih menjalankan bisnes eskrim ni, tp biasa la kena tunggu musim panas baru leh niaga eskrim. Kalau musim sejuk sapo nak makan!

K.Nor buat pelbagai perisa, sbb si Luqman ni tak suka asam2, tu yg kena buat yg dia suka. Okey, ada eskrim asam mangga (yg warna kuning), eskrim bandung (warna hijau), asam boi (warna oren), sirap + nata de coco (pink) dan laici + nata de coco (putih). Sapa nak beli! cepat.. cepat .., 20sen sebatang tak mahal dah kan.. dulu2 boleh la 10sen sebatang, skrg semua naik harga woo.. cepat, hilangkan haus anda dgn eskrim m'sia !!! heheheh eh jap!! .. all payment in cash ya.. buku 555 tak main la.. bila nak cepat kaya kalau main utang2 nih.. while stock last tau ^_____________^

Ayam Goreng Berempah Lagi

Kali ni mencuba resipi Ayam Goreng Berempah Serai by Love pulak. Sedap, krup krap jer. Luqman mmg ler hantu ayam goreng berempah ni. Gerenti laju jer dia makan nasi, siap ratah2 ayam tu. ermm Love, maaf ya, K.Nor ada letak tambahan sket dlm bahan2 tu. K.Nor masukkan perahan limau nipis sket sbb biasanya kalau goreng ayam berempah ni kalau letak jus limau/lemon akan membangkitkan lagi keenakkan ayam tu..

Love, izinkan K.Nor C&P resipi tu kat sini ya..

Ayam Goreng Berempah Serai ~ Love
  • 1 ekor ayam (dibersihkan dan dipotong sederhana)
  • 6 ulas bawang putih ~ ditumbuk
  • 7 ulas bawang merah~ ditumbuk
  • 2 inci halia~ ditumbuk
  • 2 batang serai~ ditumbuk
  • 3 sb cili kering kisar/ cili boh (lebih/ kurang ikut citarasa)
  • 2 sb serbuk kari daging
  • 1/2 sk serbuk jintan putih
  • 1/2 sk serbuk jintan manis
  • 1/2 sk serbuk ketumbar
  • 1 bj limau nipis ~ perah amik air dia (nak letak lemon pun tak per)
  • 1/2 sk rempah 5 spices (takde pun takpe)~ k.nor tak letak
  • garam dan aji secukupnye
  • 3 tangkai daun kari
  • Minyak utk menggoreng
  1. Campurkan semua bahan di atas bersama ngan ayam kecuali daun kari dan minyak. Gaul sebati dan biarkan perap selama 1 jam.
  2. Panaskan minyak dlm kuali. Pastikan minyak berlebihan supaya ayam tenggelam ketika digoreng.
  3. Masukkan ayam satu per satu dan goreng hingga masak. Taburkan daun kari bila dah 1/2 masak.
  4. Dah okey, angkat dan toskan minyak berlebihan. Boleh dimakan begitu sahaja!

Wednesday, July 22, 2009

Singgang Tulang


Tengok tu, singgang tulang duk posing dlm periuk tanah lg tu.. Periuk tanah ni mmg K.Nor guna utk masak singgang. Ni 1st time K.Nor masak singgang tulang menggunakan rempah bunjut. Biasanya masukkan ketumbar biji dan bahan2 lain jer. Tp bila g pasar payang aritu (Ina, kat tempat kita beli rempah2 aritu laaa..) ada dia jual rempah bunjut utk sup tulang dan utk singgang tulang. Ni yg try guna rempah bunjut dia tu. Sedap!!

Ok, dah keluar dr periuk tanah, dah masuk dlm mangkuk dah... Hirup masa panas2 ni best!

Tongkol Goreng Asam Jawa

Sue, sedappppp sgt ikan tongkol ni. Cicah budu lg syok hehehhee. Sue, akak paste resipi kat sini ya.. TQ

Ikan Tongkol Goreng Asam Jawa
  • 1 ekor ikan tongkol segar sederhana besar-potong2 dan cuci bersih
  • 1-2 sudu makan asam jawa
  • 1 sudu makan penuh garam-letak lebih sedikit agar senang meresap
  • Serbuk perasa-tak letak pun takpe
  • 1-2 batang serai-diketuk (utk aroma serai-tak letak pun takpe)
  • 1 cawan minyak untuk menggoreng
  1. Lumurkan asam jawa pada keseluruhan isi ikan dan gaulkan kesemua bahan lain bersama ikan kecuali minyak masak.
  2. Rasa sedikit dengan hujung jari,harus terasa garamnya sebelum diperap.Perap sekurang2nya setengah jam sebelum digoreng
  3. Jangan goreng ikan terlalu lama kerana isi ikan tongkol yang garing rasanya agak kering..

Kangkung Goreng Belacan


Tak per la ya Ina, K.Nor tayang kangkung goreng belacan ni. Ina dah tak ngences kan... dan makan kan baru2 ni.. hehe

  • kangkung
  • bawang merah
  • bawang putih
  • cili merah ~ nak pedas boleh tambah cili padi
  • belacan
  • udang kering
  • sedikit kicap manis
  • garam

tumbuk semua bahan kecuali kangkung dan kicap
panaskan minyak dlm kuali dan tumis bahan tumbuk
masukkan kicap dan goreng lg sekejap
masukkan kangkung dan goreng hingga sebati
angkat dan hidangkan

tumis hingga

Tuesday, July 21, 2009

Ayam Kandar

Kak Asma, jgn marah ya.. Nor guna ayam lak kali ni. Dulu dah buat menggunakan daging, kan. Smlm tengok yg Ika buat, terus teringin nak buat gak. Walau guna ayam, rasa tetap sedap..

Mintak izin ya K.Asma, nak letak resipi kat sini.. tq

Daging Kandar
  • 1/2 kg daging~ k.nor guna ayam
  • 6 ulas bawang putih/1 inci halia(tumbuk/blend)
  • 2 sudu besar kicap pekat maggi
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar sos cili
  • 2 pkt serbuk kari daging babas(1 1/2 pun boleh)
  • 1 labu bawang besar(dimayang)
  • 1 ulas bawang putih (dimayang)
  • KUlit kayu manis dan bunga lawang
  • sedikit daun kari
  • garam dan perasa
  1. daging dibersihkan hiris dan direbus(simpan air rebusan). kalau guna ayam tak perlu la direbus dulu ya..
  2. Tumiskan bawang besar,bawang putih,kulit kayu manis dan bunga lawang hingga naik bau.
  3. Masukkan bawang putih dan halia yang ditumbuk halus dan juga daun kari.
  4. Kemudian masukkan campuran rempah tadi(kicap pekat,sos dan serbuk kari).kacau sebati.
  5. bila dah sebati kuah masukkan daging dan air rebusan daging.
  6. Masukkan garam dan perasa.kacau lagi
  7. Perasakan dan masak lah sehingga kuah menjadi pekat.
  8. sesuai dimakan dengan nasi dan roti

Tomyam Udang

Justify FullTomyam Udang menggunakan paste yg adik siam bg. Kalau dulu letak santan cair, kali ni K.Nor buat menggunakan paste yg sama tp tak letak santan. Sedap!! Cuma tambah lengkuas, cili padi, akar ketumbar, serai dan daun limau purut. Bahan2 lain spt sayur dan udang tu, terpulang la pada masing2 nak letak apa pun..

Monday, July 20, 2009

Sup Tulang Lembu

Buat Sup Tulang hari ni utk berbuka puasa. Kes tengok Sue la ni, duk tayang sup tulang dia. Memang dah lama pun tak buat sup.

Kali ni K.Nor try buat sambal kicap tahun resipi Puan Deana yg sentiasa ceria manjang tu. Nak try makan sup dgn sambal kicap. Kalau org belah terengganu ni tak makan dgn sambal kicap, just makan gitu jer tp biasanya cicah dgn roti la. Nak lebih sedap kena la roti bantal. Roti bantal febret K.Nor sekeluarga semestinya hasil keluaran Kedai Roti Abdullah, Jalan Sultan Mahmud, bersebelahan stesen minyak petronas. hehe.. pomot jgn tak pomot, kedai org Islam kita ni..

Ni resipi sambal kicap tahun Puan Deana. Ana, akak letak resipi kat sini ya, ikut la nak marah ke tak pong.. tak dulik.. :P
  • 15-20 tangkai cili padi - ikut suka kepedasan
  • 3-4 ulas bawang putih
  • 1 sudu besar gula pasir
  • 1 sudu kecil gula merah
  • 1 cawan kicap manis
  • minyak masak untuk menggoreng
goreng sebentar cili dan bwg putih sehingga meletup-letup cili. ~ tak nak kasi meletup, sila belah cili tu ya..
selepas itu angkat dan toskan biar sehingga sejuk
tumbuk kesemua bhn tadi termasuk gula sehingga lumat. ~ akak terlebih rajin, akak blend jer :)
setelah lumat keluarkan msukkan ke dlm satu bekas kedap udara dan gaulkan bersama 1 cawan kicap
sedia untuk dihidang untuk apa jua jenis lauk
*sambal ini thn lama klu x masuk peti sejuk kerana bhn2nya digoreng terlebih dahulu nk masuk gak pun boleh...tu le nama dia sambal tahun harap maklum.*



wahhh...... mmg asyik sungguh makan sup tulang td. Ni la 1st time makan sup dgn sambal kicap. Selama ni duk tengok org lain, asal wat sup mesti ada sambal kicap. Terasa jakun lak tengok org makan cam gitu. Yer la, org ganu tak makan sup dgn sambal kicap. Tp sekali makan, ya rabbi, sedap yg amat!! Ana, mmg best la sambal kicap Ana ni. Ecah pun suka bukan main lagi tadi. Berselera masing2 makan sup bercicahkan roti. Alhamdulillah.. kenyang perut dgn rezeki Allah Taala berikan..