Tuesday, July 7, 2009

Ayam Goreng Berempah 2

Ubahsuai sket resipi ayam goreng berempah yg biasa K.Nor buat. Kalau biasanya letak cili mesin, kali ni letak serbuk cili kasar (coarse). Dan satu lg biasanya letak tepung jagung, K.Nor ganti dgn tepung beras.

Ayam Goreng Berempah 2


1/2 ekor ayam ~ dipotong dan dibersihkan (toskan jugak)
*1 sudu besar serbuk kari
*2 sudu besar tepung beras ~ nak ganti dgn tepung jagung pun tak per
*1/2 sudu teh serbuk kunyit
*1 sudu teh garam
*1 sudu besar jus limau nipis ~ lemon pun boleh
*5 sudu air
*daun kari
minyak

Campurkan kesemua bahan bertanda * hingga menjadi paste.
Gaulkan pd ayam dan perap lebih kurang 1/2 jam (lagi lama lg sedap).
Panaskan minyak dlm kuali dan goreng ayam hingga masak.