Sunday, July 26, 2009

Ayam Goreng Berempah HaSue

Hari ni tak leh nak tayang lauk2 lain, sbb tak leh nak posing sakan. Ayam goreng ni pun, sempat posing curi2 jer kat dapur. Sebabnya, td BIL (adik hb K.Nor dr Dungun) dan wife dia ada dtg rumah, masa tu sedang elok jer duk siang ayam kat dapur, baru nak start masak. Apa lagi, masak jer la apa yg nak dimasak, tak sempat nak buat lauk yg special. Takkan nak posing lauk2 lain depan dia org, segan weh... Ayam goreng ni pun main snap dgn kamera kecik K.Nor jer, tu yg gambar semacam jer tu.. Tak per la ya.. asal ada gambar dah..

Lauk2 lain yg sempat K.Nor masak tp tak leh nak posing ialah Sayur Lemak campur2 (semua ada.. kobis, carrot, putik jagung dan taugeh), Honey Prawn Dayang dan tak ketinggalan sambal belacan. Alhamdulillah berselera tetamu makan terutamanya BIL tu, siap tambah 2x hehe..

Sue, K.Nor nak C&P resipi kat sini ya...... tq dear!!
  • 6-8 ketul chicken wings-potong 2,bersihkan dan toskan
  • 1 cm halia*
  • 4 ulas bawang merah-potong dadu*
  • 4 ulas bawang putih-potong 2*
  • 3 batang serai-potong bulat*
  • 1/2 labu bawang besar-potong dadu*
  • Kunyit hidup/serbuk kunyit
  • 2 sudu mkn sos cili
  • Garam dan serbuk perasa(optional) secukupnya
Cara2:
  1. Masukkan bahan2 bertanda * ke dalam pengisar bahan kering,kisar sehingga lumat. Kalau tak ada pengisar tumbuk menggunakan lesung batu sehingga lumat-jika menggunakan kunyit segar hendaklah ditumbuk dengan lesung batu untuk mengelakkan kesan kuning pada pengisar..
  2. Gaul ayam bersama bahan2 yang dikisar tadi dan tambahkan sos cili serta bahan2 perasa-garam dan serbuk perasa(jika mahu)
  3. Perap didalam bekas tertutup dan diletakkan dalam peti sejuk..
  4. Adalah disyorkan perap ayam sekurang2nya setengah jam sebelum digoreng agar rempahnya bergaul mesra bersama ayam tadi..semakin lama diperap,semakin enak!