CHICKEN BLACKPEPPER
- 300g ayam dipotong kecil
- *3 ulas bawang putih
- *1 inci halia
- * 2 sk lada hitam & garam
- Kuah
- 1/2 cawan sos cili
- 1/2 cawan air
- 1 sb sos tomato
- 1 sb kicap
- tomato ceri -optional
- salad, timun & daun sup sebagai hiasan
- 1 sk lada hitam tumbuk
- 1 biji bawang besar dihiris bulat
- Perap ayam dengan bahan* yang ditumbuk & juga garam Perap berapa lama pun boleh.. 1j, 2 j... 5j.. heheh..ikut kesukaan yer..
- Panaskan minyak, goreng ayam yang dah diperap tu agak2 3/4 masak...Tak perlukan minyak yg banyak.
- Kurangkan minyak gorengan ayam, terus masukkan bawang besar. Gaul rata, sampai bawang agak2 layu.
- Masukkan 1/2 cawan sos cili, air, sos tomato & kicap. Kacau rata..Masukkan lada hitam tumbuk. Rasa nak lagi cair, leh tambah air..
- Masak hingga ayam betul2 masak & kuah pekat.. Masukkan tomato. Perasakan ikut citarasa memasing. ( Bg saya dah x payah tambah perasa apa2, sebab sos & kicap dah lengkapkan rasanya.)