Hari ni masak nasi jagung berlaukkan telur masak sambal dan lemongrass chicken ni. Kena masak awal, sbb Naim dah nak balik asrama, naik bas pukul 12tgh.. Tak payah tayang la ek nasi jagung dgn telur masak sambal tu dah pernah post pun dulu. Nak resipi nasi jagung sila ke sini ya..
Cakap bab ayam ni, rasa dia cam makan sate ayam lak, sedap. Bahan2 pun simple jer. Resipi asal kat rumah Noreen. Mintak izin ya Noreen, nak letak resipi tu kat sini.. tq
LEMONGRASS CHICKEN
4 keping chicken thigh and leg
8 biji bawang merah - ditumbuk atau dicincang
2 batang serai
1 camt serbuk jintan putih
1 camt serbuk kunyit
1 camt serbuk ketumbar
2 camb gula perang
garam secukup rasa
1 camb sunflower oil atau apa2 minyak masak
Cakap bab ayam ni, rasa dia cam makan sate ayam lak, sedap. Bahan2 pun simple jer. Resipi asal kat rumah Noreen. Mintak izin ya Noreen, nak letak resipi tu kat sini.. tq
LEMONGRASS CHICKEN
4 keping chicken thigh and leg
8 biji bawang merah - ditumbuk atau dicincang
2 batang serai
1 camt serbuk jintan putih
1 camt serbuk kunyit
1 camt serbuk ketumbar
2 camb gula perang
garam secukup rasa
1 camb sunflower oil atau apa2 minyak masak
- potong serai bahagian hijau dan tinggalkan hanya bahagian putih
- kemudian hiris dan tumbuk atau cincang halus
- kemudian satukan semua bahan dan gaulkan sebati supaya menjadi paste
- masukkan ke dalam freezer bag dan gaulkan dengan ayam
- perapkan ayam dengan bahan2 perapan tadi dan biarkan beberapa jam atau semalaman
- setelah itu bolehlah dibakar pada suhu 180C selama 30 min (pastikan ayam diterbalikkan sekali supaya kedua2 bahagian masak sekata)
- kemudian panggangkan selama 10 min atau sehingga keperangan
- bolehlah dihidangkan dengan nasi ayam/nasi lemak atau nasi putih
source: muna (diubah sedikit)