f Secubit Garam: Rich Choc Pudding

Wednesday, July 8, 2009

Rich Choc Pudding


Dessert yg sungguh chocolatey... ntah kali ke berapa buat pun tak tau la.. anak2 suka sgt. Jun, K.Nor nak C&P resipi kat sini ya, tq..

Rich Choc Pudding

1/2 cawan serbuk koko
1 cawan gula
1/2 cawan susu tepung
1/2 sudu teh garam
4 1/4 cawan air
4 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu teh esen vanilla
3 sudu besar butter
1 paket serbuk agar2 (10-11gm)

Campurkan semua bahan kecuali butter dan kacau selalu hingga mendidih.
Masukkan butter, kacau hingga pekat.
Angkat dan masukkan kedalam loyang atau acuan yg disukai.

** untuk puding ni n puding2 lain, kalu nak senang keluarkan bila dah beku, basahkan dulu acuan sebelum memasukkan puding..bila dah beku, insyaAllah senang nak keluarkan.