Kali ni try resipi Sotong Masak Kunyit by HaSue. Not bad gak, sesekali tukar selera masak sotong kan.. Sue, mintak izin nak C&P resipi kat sini ya..
Sotong Masak Kunyit
400g Sotong (saiz sederhana)-Buang kulit dan dakwat sahaja,potong jika suka.
2 Tangkai cili merah* (boleh letak cili api jika suka pedas)
2 Ulas Bawang Merah*
1-2 Ulas Bawang Putih*
1cm Halia*
4 cm Kunyit Hidup*
1/2 sudu kecil Belacan*
1 Batang Serai (dititik)
3-5 Keping Asam Gelugor(bergantung pd citarasa)
1 Sudu garam,secubit gula,secubit perasa(semuanya bergantung pd citarasa masing2)

- Sotong dicuci bersih dan toskan airnya. Bahan2 bertanda * ditumbuk lumat.
- Panaskan sedikit minyak,tumis bhn dah ditumbuk sehingga naik bau dan agak garing..Masukkan asam gelugor dan serai.Kacau rata..
- Kemudian,masukkan sotong dan kacau sehingga sebati..masukkan sedikit air dan semua bahan perasa..
- Jangan masak terlalu lama. Padamkan api apabila semua bahan sudah sebati dan cukup rasa..