Yg ni pulak terung masak sambal by HaSue jugak.. eh dua2 menu resipi Sue jer ke arini? Tak per la ek..
Terung Masak Sambal
2-3 Terung panjang
1 tangkai cili merah(ikut selera nak tmbh cili api)*
2 ulas bawang merah*
1 ulas bawang putih*
segenggam udang kering*
1 sudu belacan* ~ hehe tak letak, kang spotlight keluar :)
Perasa-Garam,pak aji dan gula secukupnya
Limau Kasturi-Ketika menghidang

Terung dikupas belang2,dipotong 2 dan belah agak nipis.
Bahan2 bertanda*ditumbuk/dikisar menggunakan pengisar bhn kering. (k.nor tumbuk jer)
Panaskan dalam 1/3 cawan minyak..tumis bahan yg ditumbuk/dikisar sehingga naik bau dan kekuningan.Masukkan terung dan kacau goreng seketika sehingga bahaan2 sekata.Kecilkan sedikit api..
Apabila terung sudah kelihatan kecut dan mula masak,baru tambahkan air sehingga melebihi paras terung.Tutup periuk dan tunggu sehingga terung benar2 masak dan lembut. Perasakan dengan bahan2 perasa.
Apabila terung sudah lembut,(sila tambah air jika masih belum lembut ye)..sebatikan semua rasa dan tutup api.Pastikan tidak terlalu banyak kuah untuk rasa sambal lebih.
Cara hidangan..Perahkan limau kasturi di atas terung yg sudah dicedok ke dalam pinggan makan..

## 2nd time K.Nor buat, K.Nor masukkan hirisan daun ketumbar dan 1sudu besar kicap manis. Rasa dia lebih sedap dan lebih harum dgn bau daun ketumbar.. Dan kali ni buat tak kelar2 dah, terus jer potong serong2.. sonang kerja akak hehehe