f Secubit Garam: Cucur Jagung

Friday, August 14, 2009

Cucur Jagung

Jom makan cucur jagung, cicah sos cili thai pastu dgn air teh panas... ermmmmmm..... sapa nak join? :) sapa nak, amik aje la ya.. tak yah mintak2.. hehe

CUCUR JAGUNG

1 cawan isi jagung (lebih kurang satu biji jagung fresh)
1/2 cawan isi udang yg dipotong kecik
2 cawan tepung gandum
1bj telur
1 sudu teh yis
1 sudu teh garam
1 sudu teh gula
daun saderi ~ dihiris
daun bawang ~ dihiris
1 bj cili merah ~ dicincang
1/2 labu bawang besar ~ dicincang
3/4 cawan air
minyak utk menggoreng

Masukkan kesemua bahan2 kecuali air dan minyak kedalam sebuah bekas.
Masukkan air sedikit demi sedikit dan kacau hingga sebati.
Biarkan seketika, lebih kurang 15 - 30min atau sehingga adunan nampak naik.
Panaskan minyak dan gorenglah sehingga masak.
Toskan dan boleh la dihidangkan dgn sos kegemaran anda..