Thursday, August 6, 2009

Kek Pisang Lembab

Salam di malam Jumaat, dgn hujan yg boleh tahan gak lebatnya malam ni.. Dingin dan nyaman sket suasana setelah siang hari dgn panas yg membahang. Alhamdulillah.. semua limpahan nikmat Mu Ya Allah..

Ni Ijah punya pasal, duk tayang kek pisang dia dgn choc meleleh.. Plan nak buat resipi kek pisang yg lain, last2 buat yg ni plak. Ijah, K.Nor tiru deco cam Ijah la ya.. tak per kan tiru benda elok. Bukan tiru dlm exam kan.. hehe

Ijah, kek akak tak licin cam Ijah punya la.. Ermm... lupa nak suntik botox kut td, nampak berkedut jer. Tp tak la melekat kat acu. Mungkin sbb biar lama dlm acu dia kut td. Tak per la, berkedut pun berkedut la ek..Apa pun memang lembut dan gebus jer kek pisang ni.. Resipi asal dr rumah Che Mat Gebu. Sapa2 nak tengok step by step buat kek ni sila ke rumah CMG ya..



KEK PISANG LEMBAB

250 g tepung gandum*
1 camca teh soda bicarbonate*
1/2 camca teh garam halus*(*digaul rata dan diayak)
15 g ovallate
150 g gula halus
5 biji telur gred A
125 g mentega, dicairkan dan biar sejuk
100 g minyak jagung
225 g pisang emas + 1 camca teh vanilla, dilecek halus

  1. Panaskan oven pada suhu 175C. Lenser bund-pan dengan mentega, tabur tepung rata dan ketuk keluar lebihan tepung. Ketepikan. (kalau guna tin kek warna hitam, turun kan suhu jadi 160C..sebab tin hitam kadar penyerapan haba dia lebih tinggi).
  2. Putar gula dengan ovallate hingga sebati, masukkan telur (kesemuanya) dan putar dengan kelajuan tinggi hingga adunan naik dan pekat (seperti adunan baulu). Perlahankan speed dan masukkan pisang lecek, gaul rata.
  3. Masukkan tepung berselang seli dengan metega cair + minyak jagung tadi. Buat hingga siap dan gaul rata. Tuang dalam tin yang telah disediakan. Bakar 55 - 60 minit atau hingga masak, mengikut oven masing2.
  4. Uji kek dengan mencucuk lidi sate di bahagian tengah kek, jika keluar bersih, tanda kek dah masak. Biar kan kek sejuk sedikit, longgar2kan dari tin dan terbalikkan. Sejukkan sepenuhnya atas jaringan sebelum dihidang....