Saturday, August 29, 2009

Kepulangan Yang Di Rindui

Salam semua..

Seperti yang dijanjikan semalam ni la special N3 dr K.Nor. Sini la tempat yg K.Nor kata nak pergi utk menjemput someone special tu.. kat Airport Kuala Terengganu. Lebatnya hujan masa nak masuk Maghrib semalam buatkan hati K.Nor cukup bimbang. Takut kapal terbang tak dapat nak landing. Tak putus2 mohon doa pada Ilahi supaya hujan reda dan semua berjalan dgn lancar. Akhirnya lebih kurang pukul 8.15pm hujan mula reda.. Alhamdulillah..

Posing dulu sementara org yg ditunggu keluar dr balai ketibaan

Anak dara nan satu, Aisyah..
nak sama tinggi dgn emak dah ni..


Tu dia, dah keluar pun... :)

Alahai rindunya nak memeluk anak ku...
saaaaayang anak mak

Mana lebih tinggi, ayah atau anak hehe..

Ini la dia hero sulong K.Nor..
ermmm..ada nak book utk wat menantu tak? hihihihi.......


Adegan makan kat restoren... masa ni hidangan tak complete lagi..
haaaa... nganga... ermmmm....... sedap :)

time ni la nak manja2 dgn emak, nanti kalau dah ada bini tak leh nak buat lagi dah.. majuk la bini kang hehe

Okey, semua yg di order dah sampai.. jom makan...

Akhirnya setelah sekian lama berpisah keluarga K.Nor bersatu kembali. Walau pun untuk seketika, syukur K.Nor panjatkan pada Ilahi. Hilang rindu yg membara selama ni. Bukan senang nak berpisah jauh dari anak2. Kalau yg dah alaminya pasti tau camna rasa tu. Kalau setakat berpisah tp masih dlm satu negara tak la terasa sangat. Bila2 masa boleh balik dan berkumpul. Ni terpisah antara 2 benua, bukan senang nak balik. Al maklum la, tambang flight bukannya seposen dua, kan. Alhamdulillah setelah 2x berhari raya di perantauan, kali ni dapat la kali ni beraya bersama keluarga. Insyaallah awal bulan Oktober nanti, Along akan kembali ke Jordan untuk meneruskan pengajian yg berbaki 3 tahun lagi..