f Secubit Garam: Luqman Ke Hospital

Sunday, August 16, 2009

Luqman Ke Hospital

Hari ni tak ada show masakan ya.. Kita baca kisah Luqman yg hari ni ponteng sekolah :) Sebenarnya dia kurang sihat dari malam Sabtu lagi. Dia start dgn batuk2 dan selsema, tak la demam sangat. Malam tu dah start bg makan ubat2 alhamdulillah Luqman ni bukan la jenis yg cerewet makan ubat.

Semalam K.Nor g la cari mask kat farmasi di bandar K.Trg ni. Dengar jiran K.Nor kata sebelum ni dia dah g cari mask tp dah kehabisan stok. Kebetulan malam tu ada jer mask sbb stok baru dah sampai. Nak tau harga? 1.00 sekeping yg sebelum ni ntah berapa sen la sgt sekeping tu. Kalau beli 10 kpg dpt harga $9.00. Nak tak nak kena beli gak kan, utk kebaikan anak2 ni. Ikutkan hati nak amik sekotak tp tak boleh. Dihadkan setiap org hanya dpt beli 10 kpg jer. K.Nor merayu la kat pekerja farmasi tu, nak beli 10kpg lg utk jiran K.Nor utk anak2 dia pakai ke sekolah. Alhamdulillah, pekerja tu bagi. Lepas dah keluar dari farmasi tu, K.Nor suruh hb K.Nor yg duk tunggu dlm kereta masuk balik farmasi tu dan beli lg 10 kpg. Pastu K.Nor ke sebuah lagi farmasi di seberang jalan utk beli lg 10 kpg mask. Bukannya tamak tp keperluan mendesak ni kan. Topeng tu kalau dah seharian pakai kat sekolah, balik kena la buang. Tak boleh diulang guna. Nak buat camna, demi kesihatan dan kebaikan anak2 kita sebagai ibu sanggup keluarkan duit kan... Sampai K.Nor pun beli gak satu thermometer utk check suhu badan anak2 kat rumah. Lepas ni senang sket nak check suhu badan anak2 kalau dia org start rasa tak sihat dan panas badan.

Berbalik pd Luqman, kalau ikutkan sakit dia tak la teruk tp sebagai langkah berjaga2 dan nak elakkan kawan2 dia terjangkit sama K.Nor tak bagi la dia g sekolah. Tak per la, ujian bulanan baru jer habis, ponteng sehari jer. Dah call cikgu kelas dia pun td. Kebetulan pulak dia ada appointment dgn dentist kat Klinik Pergigian Pakar.

Klinik Pergigian Pakar ni hanya dikhaskan utk special case jer spt yg cedera bahagian gigi/mulut akibat accident, pesakit yg dah menjalani pembedahan yg major yg mana mempunyai masalah gigi/gusi, yg dirujuk khas oleh doktor gigi yg kat klinik lain dan lain2 special case lagi. Doktor yg bertugas kat klinik ni kiranya mmg ranking yg tertinggi la kat Klinik Pergigian (kerajaan) kat sini. Naim pun salah seorang pesakit kat sini gak selama bertahun2 sebelum dipindahkan ke Klinik Pergigian di Hospital Rawatan Harian.

Ni dia si putera bongsu, siap bertopeng masa kat klinik gigi td. Nurse kat situ senyum jer tengok Luqman ni, siap puji lagi. Katanya anak2 payah nak pakai mask bila ke tempat awam. Sedangkan Luqman ni dari hari Khamis lg dah start pakai mask masa kat sekolah walaupun tak ada arahan dr guru besar. Yg teruknya pekerja kantin suruh dia keluar dr kawasan kantin (masa rehat) sebab dia ingat Luqman kena H1N1. Kalau ikutkan mmg geram gak bila dengar Luqman cerita kat K.Nor. Kalau fikir balik, takkan nak bg anak g sekolah kalau kena H1N1. Kita suruh pakai sebagai langkah berjaga2 kan.. ermmmmmmmm........ entah lah...

Ni la doktor yg merawat Luqman, kiranya salah seorang doktor pakar tertinggi kat hospital ni, Dr Yatimah. Baik dan mesra orangnya tp tegas. Nak tau kenapa Luqman kena jumpa doktor pakar pergigian? Sebabnya kedudukan gigi hadapan dia tak tersusun dengan elok. Semua gara2 dia kehilangan gigi masa sebelum masuk tadika dulu, tambah lak gigi kekal yg 2 batang kat depan yg keluar kemudian tu, keluar dgn tak elok. Jadi atas saranan Dr Yatimah ni la dia perlu menggunakan kaedah pemakian T4K (Trainer for Kids) di peringkat kanak2 ni. T4K ni kiranya alat utk membetulkan kedudukan gigi utk kanak2. Kalau diizinkan tuhan, gigi dah dapat diperbetulkan kedudukannya maka tak perlu la pakai bracess bila dia dah besar nanti. Harap2 gitu la kan sebab sakit gak tu nak kena pakai bracess. Nak tunggu Along yg buatkan bracess utk Luqman bila la agaknya kerana kena jd doktor pakar dulu baru boleh buat tu.. :) Mudah2an Along berjaya menjadi doktor pakar pergigian suatu hari nanti ya amin....

Ni dia T4K ~ Trainer for Kids

T4K ni dibuat dr getah tak ubah seperti yg peninju pakai masa bertinju tu. Kalau tak silap harganya dlm $120.00 satu. Bila sampai masa Luqman dah tak guna nanti, K.Nor kena pulangkan kat doktor tu. Kalau hilang kena bayar ler sekian harganya tu.. Masa pakai benda ni kena gigit supaya kedudukan gigi boleh berubah mengikut bentuk alur T4K tu. Mula2 penggunaan tu, sakit dan lenguh gak tu. Malam2 time tidur pun kena pakai hingga la ke pagi. Tp masa kat sekolah tak payah pakai la, nanti camna nak cakap atau nak jawab bila cikgu tanya. Lagipun dikhuatiri tercicir atau jatuh, kang kotor lak..

Alhamdulillah, setelah 6 bulan dah ada perubahan pada gigi Luqman walaupun pada peringkat awal dulu doktor cakap, tak ada 100% jaminan utk gigi Luqman kembali elok spt org lain bila menggunakan T4K ni. Tak per, bagi K.Nor kita ikhtiar sedaya mungkin dan berdoa pada Allah. Lepas tu kita tawakkal aje, mudah2an DIA izinkan. Mudah2an akan semakin elok gigi2 dia dan tak perlu lagi pemakian bracess.. aminn....


adehh.. panjangnya n3 arini.. sori la ya.. lama tak mengarang novel hehehe