Musim buah tak abis lagi............ Yg duk obersi jgn marah ya.. ^___________^
Mula2 plan nak buat ikut resipi muffin cempedak K.Fida MyR. Tp bila tengok cam banyak jer bahan2 yg digunakan, K.Nor guna jer resipi Muffin Durian Hazelnut CMG ni. Lebih simple dan mudah dibuat. Lagi pun K.Nor dah biasa buat muffin durian ni, cuma perlu tukar penggunaan durian ke cempedak jer. Sapa2 yg nak resipi asal Muffin Durian ni sila tengok kat sini ya.
Muffin Cempedak
125 g mentega
100 g gula halus ~ kurangkan sedikit kalau cempedak dah manis
2 biji telur gred A
130 g tepung gandum*
1 camca teh serbuk penaik*(*disatukan dan diayak)
50 ml susu segar
120 g isi durian
30 g hazelnut/badam yg dicincang kasar ~ K.Nor tak letak
1 sudu teh ovalette
kepingan badam atau cincangan badam utk ditabur kat atas muffin
Pukul mentega + gula + ovalette hingga kembang dan masukkan isi cempedak dan pukul hingga sebati.
Masukkan telur satu persatu dan pukul lg.
Masukkan tepung dan baking powder yg dah diayak td dan susu secara berselang seli dan gaul hingga sebati.
Masukkan kekacang yg disukai dan gaul lg.
Isikan kedalam papercup sehingga 3/4 penuh dan boleh la dihias dgn kepingan badam atau badam cincang
Bakar dlm oven dgn suhu 170C sehingga masak, lebih kurang 20 - 25 min.
Ada sapa2 nak tau tip nak buat muffin jd vulcano/crack tak? Tak per la tak ada yg jawab pun, K.Nor letak gak kat sini utk jadi panduan pd sapa2 yg nak belajar ya... Ilmu ni K.Nor dpt dr Puan Paku Lily Myr .. masa mula2 terjerumus dlm forum MyR. Sebenarnya banyak ilmu yg dpt kita kutip kalau join forum tu. Kalau tak tau, jgn segan bertanya, insyaallah ada tak lokek ilmu akan ajar apa yg dia org tau nanti.. Ok kita g kepada cara2 nak buat muffin jd vulcano/crack..
Mula2 panaskan oven 200C - 220C. Lepas tu mulakan la proses membancuh muffin dan isikan kedalam cup (lebih kurang 75 - 80% penuh) Masukkan muffin td dlm oven dan bakar la dgn suhu tinggi tu selama 10 min. Kemudian turunkan suhu kepada suhu diperlukan/dinyatakan dlm resipi kebiasaanya antara 170C - 180C. Bakar lg lebih kurang 10 - 15 min atau sehingga masak. Ini bergantung pd saiz muffin yg dibuat. Boleh la test dgn lidi nak tau dah masak ke belum. Insyaallah muffin yg dihasilkan akan jd vulcano... Tapi kena hati2 ya, ada sesetengah resipi yg menggunakan bahan penaik yg banyak akan membuat muffin kita naik tinggi. Jadi kena hati2, jgn isikan adunan terlalu banyak dlm cup ya.. kang melimpah ruah lak bila dibakar.
Ni la kaedah yg K.Nor buat bila nak bakar muffin utk menghasilkan muffin yg membumbung dan crack. Salah sorang anak murid yg dah berjaya adalah Ina@Hana.. kan Ina kan.. :) Ish... lupa sorang lg, adik mentel.. Ijah yg itam manis pun dah pandai skrg ni kan..
Adeh... tak cantik ler lepas di makeup kan.. ntah camna arini ganache tak smooth, berpasir jer tu.. abaikan la rupa ganache tu ya.. ermm.......... masuk mulut pun hancur gak, apatah lagi kalau masuk perut kan.. ish.. ayat nak nyedapkan hati sendiri jer nih.. :)