Lama betul tak makan lauk sardin. Dlm gobok ada 2 tin sardin (tin kecil). Duk plan nak buat bun inti sardin, sampai laaaaaaaaaa ni tak jadi2 lg. Tak per la.. KIV lg bun sardin, buat lain kali la.. Resipi Sardin Goreng Masak Kicap ni by Enas Eryna @ Lieza... Mak Yung ni dah lama tak kelihatan, blog pun lama tak hapdet.. rindu kat dia.. Mudah2an Lieza sentiasa sihat begitu gak dgn kandungannya.
Lieza, K.Nor nakC&P resipi tu kat sini ya.. tq
- 1 tin Sardin yg kecil
- 2 biji bawang merah - ditumbuk halus
- 1 biji bawang putih - ditumbuk halus
- 1/2 biji bawang besar - dihiris
- 1 kuntum bunga lawang
- 1 inci kulit kayu manis
- 1 sudu kecil serbuk lada putih~ K.Nor ganti dgn 1 sb cili mesin
- Cili Besar dan Cili padi secukupnya
- Sedikit Kicap
- Asingkan sardin dari kuahnya, kemudian sardin digoreng sehingga masak/garing (kuah jgn dibuang) * tutup lah kuali semasa menggoreng sardin ni..sbb die akan meletup2 sikit.
- Ankat sardin yg telah digoreng, kemudian tumis bahan2 yg ditumbuk serta serbuk lada putih, bunga lawang n kulit kayu manis
- Masukkan kuah sardin serta kicap dan masukkan sedikit air jika suka..garam secukup rasa
- Bila dah mendidih masukkan sardin yg telah digoreng td..bawang hiris n cili sebiji2.
- Siap utk dihidang