Tuesday, August 11, 2009

Sedikit Info Untuk Kita Kongsi Bersama....

Sekarang ni tengah menular wabak yg menggerunkan spt yg semua org tahu H1N1 kan.. Runsing gak sebenarnya bila memikirkan hal anak2 dan kalau kita sbg parent yg kena pun, runsing jugak. K.Nor terpanggil utk berkongsi sedikit info yg K.Nor dapat ni.

Ada yg menyuruh makan 6 bj epal hijau dlm sehari (boleh gak dibuat jus) di samping minum fresh orange. Ada yg mengesyorkan minum susu dan makan buah bila mula menghadapi simptom selsema, batuk, demam, sukar bernafas, sakit tekak dan sebagainya.

Disamping tu ada yg mengesyorkan makan buah kurma dan minum air zam zam. Manakala ada juga yg kata air kelapa (mungkin air kelapa muda) elok diminum bila terasa demam2 atau ada simptom2 kat atas. Air kelapa muda ni adalah penawar pelbagai penyakit. Selain dr minum air kelapa ni boleh gak digantikan dgn makan jelly kelapa.

Pokok pangkalnya kita kena berikhtiar sedaya mampu utk mencegah sebelum parah. Dan yg paling utama, bagi kita umat Islam digalakkan kita berdoa pd Allah pencipta alam ni. Supaya kita semua terutamanya suami dan anak2 kita, kaum keluarga terdekat kita dijauhkan dari wabak merbahaya ni. Mudah2an Allah menjauhkan bala ni dr tertimpa keatas kita semua..

Di bawah ni K.Nor letakkan doa yg K.Nor ambil dr laman web yg K.Nor rasa baik utk kita amalkan. Berdoalah.. kerana doa adalah senjata yg paling kuat dan Allah suka apabila hamba2nya meminta dan berdoa kepadaNYA..


Mudah2an Allah memakbulkan doa2 kita semua.. Aminn.. ya rabbal 'alamin...