f Secubit Garam: Ayam Goreng Berempah 3

Tuesday, August 11, 2009

Ayam Goreng Berempah 3

Resipi Ayam Goreng Berempah by K.Hanieliza hasil skodeng rumah Ummi Kuantan. Memang pantang tengok ayam goreng berempah. Kalau perhatikan bahan2 yg digunakan, lebih kurang sama jer.. Ummi, Nor nak paste kat sini deh resipi tu.. tak marah kan.. kan.. :)

Bahan:-
  • 5 keping paha ayam (akak wat semua bahagian dr separuh ayam)
  • 1 sudu besar rempah kari
  • 1 sudu besar lada sulah
  • 1 sudu besar serbuk cili
  • beberapa tangkai daun kari
  • garam secukup rasa
  • 1 sudu besar jus limau nipis ~ yg ni K.Nor tambah :)
  • Minyak masak

Bahan Kisar:-

  • 5 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 3 batang serai

Cara Memasak:-

  1. Gaulkan ayam dengan semua bahan kecuali minyak.
  2. Perapkan selama setengah jam atau lebih.
  3. Panaskan minyak yang banyak dan masukkan daun kari dulu. Kemudian masukkan ayam dan goreng hingga masak dan kuning keemasan.
  4. Angkat dan toskan minyak.