Wednesday, September 30, 2009

Bulan Dan Bintang Di Pagar Pelangi

Maha Suci Allah saja yg mengetahui segala apa yg tersirat maupun tersurat. Tak dapat kita sebagai hambaNYA yg kerdil lagi hina nak mentafsir semua yg DIA tunjukkan. Sebaliknya kita wajib mengagungkan kebesaran dan keesaanNYA tanpa mempersoalkan sikit pun apa saja yg DIA jadikan.

Meh K.Nor cerita dari awal ya.. duk diam2 dan baca betul2.. semua ni bukan rekaan mana2 penerbit. Semuanya benar, sikit pun tak direka oleh penerbit atau pun pengarah :) dan tak ada kena mengena dgn yg masih hidup maupun yg dah arwah..

Lebih kurang pukul 10.15 mlm sister sulong K.Nor call no rumah dan cik abg K.Nor yg angkat sbb K.Nor dah masuk bilik nak beradu. Sister K.Nor kata cuba turun bawah (kawasan parking) dan lihat bulan yg agak pelik. Seperti bulan di kelilingi pelangi. Mulanya K.Nor males dah nak turun( dlm hati kata, takkan la malam2 buta ada pelangi), dah siap nak naik atas katil pun (syyhhh.. jgn pikir benda lain ya.. ) tp bila pikirkan mungkin lain kali dah tak berpeluang nak tengok, lebih baik turun. So lepas tukar pakaian yg lebih sesuai, K.Nor turun ler. Cik Abg dah turun dah, dgn gadget dia tp dia naik balik sbb kena amik tongkat utk gadget dia tu. Kalau tak pakai tongkat gambar jd blurr.

Bila turun, tengok2 sister dan anak2 dia dan 2 org anak jiran turut ada sama. Bila K.Nor mendongak ke langit.. Subhanallah... takjubnya rasa. Tengok la gambar2 ni.. Nampak tak bulan yg di kelilingi bulatan cahaya yg menyerupai pelangi. Di tepi bulan tu terdapat sebutir bintang yg amat terang. Mula2 mmg jelas/sharp sgt cahaya pelangi tu. Masa tu cik abg duk atas rumah, duk cari tripod utk kamera dia. Terkedu dan kelu bila melihat, bulan di langit dgn cahaya pelangi mengelilinginya dan sebutir bintang yg bersinar terang. Mulut tak henti mengucapkan Subahanallah... Dan dalam hati terdetik, apa yg Allah nak tunjuk di sebalik semua ni.. K.Nor call adik ipar di KL, dia pun nampak gak tp tak nampak cahaya pelangi tu. Cuma nampak cahaya bulat terang jer mengelilingi bulan.

Makin lama, cahaya pelangi makin pudar/blurr tp sempat Cik Abg snap 4 - 5 keping gambar. Ternampak awan berada di dalam bulatan pelangi tu tp tak jelas bentuknya. Bulatan pelangi tu pun nampak cam makin membesar/makin luas dan dah tak sharp lagi kaler dia. Memang jelas bentuk kaler pelangi tu, dgn kaler merah duk lingkaran sebelah dalam, kuning di tengah2 sket dan hijau kebiruan menghala keluar dr lingkaran. Subhanallah...


Kemudian makin ramai anak2 jiran turun dan ada dua tiga org jiran yg dewasa pun turun. Bila K.Nor tengok balik gambar yg Cik Abg shoot, terkejut rasanya sbb awan tu membentuk kalimah Allah yg tak la sharp/jelas sgt. Bila suami dan Aisyah tengok dia org pun kata mmg betul cam kalimah Allah. K.Nor panggil sister K.Nor dan yg lain2 utk tengok sama, mmg dia org pun kata cam kalimah Allah. SUBHANALLAH.... SUBHANALLAH... SUBHANALLAH...

Ni kali ke 3 K.Nor diberi kesempatan oleh Allah utk melihat sendiri kebesaran NYA. Dulu dgn biji buah peach dan akar kayu yg juga tertera kalimah Allah. Nanti la sedikit masa lagi K.Nor akan tunjukkan, insyaallah... Ni semua betul tau, K.Nor pernah post kat forum MyR dan gambar2 tu sikit pun tak K.Nor edit. Dan biji buah peach tu masih dlm simpanan K.Nor.

Sama2 la kita merenung apa yg terjadi ni ya.. Kalau Allah kata kun.. fayakun.... Semoga kita semua amik iktibar dr apa yg terjadi malam ni ya.. Dan semoga Allah melindungi kita semua dari segala bala bencana dan mala petaka.. amiiin......

utk melihat gambar yg lebih besar dan jelas sila tengok kat sini

Ni adalah gambar yg diambil oleh sahabat foto Cik Abg K.Nor, Azizi Embong di lokasi berlainan iaitu di Kg. Padang Midin. Dah mintak izin tuan gambar ni nak letak gambar kat sini utk tatapan kita bersama.. Nampak gak kan kalimah Allah di bahagian atas bulan tu.. Untuk melihat dgn lebih jelas sila ke facebook Azizi ni.. Thanks ya Zi opps!! tak leh bukak la link ni sbb tak jd friends lg dgn Zizi ni.. hehe

Gift Dari Jepun

Semalam nampak ramai blogger duk tayang gift raya. Jadi K.Nor pun nak tayang gak la.. Gift dr jauh ni tau, nuuuuuuuuuun dr Jepun.. hehe.. Tak yah cakap la ya sapa pemberinya, kang ada yg jeles lak hihi.. Lagipun K.Nor rasa semua tau kan, sapa pemberinya. TQ sooooooooooo much buat pemberinya yg baik hati ni.. K.Nor suka sgt2 dgn pemberian ni, sbb salah satunya tu toy yg mmg diidam2kan selama ni. Tp tak tau la bila nak pecah dara tuh.. :)


haaa... yg ni la duk aim lamaaaaa dah.. bread cutter


Yg ni fridge magnet, yg satu tu bentuk sushi.. kiuuuuuut sgt.. mcm real jer tau..
Mengikut kata Ijah, tu sushi belut..


Yang ni, kukis Jepun rasanya. Kat dalam tu ada inti coklat.. sedap!!


Yang ni pulak pembersih/pengilat kata si pemberi. Cuma basahkan dgn air dan gosok ler kat mana2 yg berdaki, spt blender yg ada kesan kunyit dan cili, cawan dgn kesan daki kafein, sudu2 pun boleh gak.. eiiiii syoknyer.. nanti silau ler mata tengok barang jd berkilat kan! Kena tambahkan vit R nih nak start operasi mengilat ^_____^

THANKS A MILLION YA ***....

Tuesday, September 29, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI ..........


Selamat Hari Raya K.Nor ucapkan buat semua. Gambar ni bukan eCard ya..
cuma utk tatapan jer.
^____^ eCard dah dipost earlier. Nanti bila dah raya mana ada masa nak post n3. Tengok la kalau ghajen atau ada masa terluang boleh la K.Nor tayang suasana raya ya..

Di hari raya ni mesti ramai yg balik kg. Dan mesti ada gak yg beraya kat rumah sendiri tp yg pastinya masih tetap melakukan ziarah dan kunjung mengunjung. Jadi berhati2 la di jalanraya ya.. mudah2an kita semua BUKAN di antara statistik kemalangan samada maut atau cedera aje. Slmt berhari raya buat semua..

Mee Segera Hailam lagi.....


Menu berbuka utk yg berpuasa dan dinner utk yg tak puasa, Mee Segera Hailam. Memang kegemaran semua kecuali Luqman. Along yg 1st time makan pun cakap sedap. K.Nor guna Mee Segera Tanpa Goreng Cintan. Tiap kali nak buat Mee Hailam mmg guna mee segera, dah tak guna mee kuning. Tp bukannya makan tiap2 minggu, sebulan mungkin sekali jer buat. Kat rumah ni mmg K.Nor limitkan utk makan mee segera, cuma sekali sebulan jer.

Ayam Masak Kicap Pedas


Show ulangan jer ni, menu lunch utk yg tak puasa smlm.. Ayam Masak Kicap Pedas.

Sira Pisang Special


Pasal apa dikatakan special? Mmg special sbb dimakan dgn eskrim. Cubalah makan sira pisang dgn eskrim, mmg best! Tapi pastikan sira pisang tu dah sejuk , kang cepat jer cair eskrim tu. Tak payah letak resipi la ya, sbb rasanya semua org tau buat sira pisang. Masak sira pisang, sejukkan dan ceduk dlm mangkuk, pastu scoopkan eskrim. Pastu tabur la sket choc. rice ke, manik2 cekelat ke.. pastu ngap.. yummy! ^_____^

Monday, September 28, 2009

Jom Makan Roti

Sudah2 la tu makan semekut raya, jom kita makan roti pulak ya.. Ni nak memenuhi hasrat anak teruna yg nak makan roti hasil dr air tangan emak dia. Selama ni duk tengok jer kat blog si emak duk tayang roti2, smlm baru la berjaya nikmati roti2 panas yg si emak buat. Apa yg dia cakap?? ermmm... macam yg kat kedai!!! kembang si omak hihihi.....

Nak buat yg tocang yg ditabur cheese tak boleh sbb stok cheese dah yillek. Tu yg roti sosej pun togel jer tak ada cheese kat atasnya.. K.Nor sentiasa ulang kali menggunakan resipi Basic Sweet Dough by Mamafami ni (amik kat rumah CMG). Mmg dah tak tukar resipi lain utk buat pelbagai jenis roti. Mmg suka guna resipi ni. Thanks to Mamafami dan CMG. Halal ya, nak letak resipi tu kat sini..

BASIC SWEET DOUGH

400 g tepung roti (high-protein flour)
6 g garam
4 g bread improver
5 g gluten (mat ganti dgn bread softerner)
80 g gula halus
11 g instant yeast
1 biji telur gred A
190 g air ( = 190 ml)
30 g mentega
30 g lemak sayur

  1. Satukan semua bahan diatas kecuali mentega dan lemak sayur, kedalam mangkuk adunan, uli hingga menjadi doh, tambah lemak sayur dan mentega, terus menguli hingga mendapat doh yang lembut, licin dan anjal. Rehatkan 10 minit, tutup dengan kitchen towel. KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan2 dalam breadmaker, pilih setting untuk doh dan tekan "on" bila lepas 30 minit, biarkan lagi 10 minit dalam breadmaker, kemudian keluarkan doh dan ikuti langkah seterusnya...
  2. Bahagi2kan doh tadi (40 g setiap bahagian). Bentukkan ikut kreativit masing2, sama ada diisi inti, dibuat roti sosej atau pun dibuat roti ala2 sanggul, ditabur keju atau badam...
  3. Bila siap alih kan ke dalam dulang yang telah disapu dengan sedikit mentega. Tutup dengan kitchen towel dan biar naik sekali ganda (kurang lebih 45 minit).
  4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200C selama 10 - 12 minit, atau bergantung pada oven masing2....

Ikan Masak Stim

Menu request dr anak teruna yg amat menggemari ikan patin. Biasanya dgn ikan patin ni dia suka goreng dan masak stim. Hari tu dah goreng, jadi kali ni masak stim pulak la. Nak buat stail yg selalu K.Nor masak tu tp tak ada stok buah mangga/pauh so kena la tukar selera dgn guna resipi org lain.

Dalam duk mencari resipi ikan stim kat MyR, K.Nor terjumpa dgn Ikan Masak Stim by Dayang Jack. Tengok bahan2 semua ada kat peti ais terus buat resipi ni. Hasil dia?? Memang sedap, berbaloi mencuba. Mintak izin ya Dayang, nak letak resipi kat sini.

IKAN MASAK STIM by Dayang Jack

  • 1 ekor ikan segar ~ K.Nor guna ikan patin
  • 2 batang serai (diketuk)
  • 1/2 inci halia (diketuk)
  • 1/2 inci lengkuas (diketuk)
  • 3 ulas bwg putih (diketuk)
  • 5-7 biji cili api (diketuk)
  • 1 sb sos tiram
  • 1/2 sb sos ikan
  • 4 sb jus limau campur (limau nipis + limau kasturi)
  • 4 sb susu cair
  • 1 biji tomato (dibelah 4)
  • 1 labu bwg besar (dihiris)
  • sedikit daun sup & daun bawang (dihiris)
  • 1 biji cili merah (dihiris)
  • sedikit garam
  • 1-1½ liter air
  • sedikit cendawan dan bunga kobis~ K.Nor guna cendawan shitake dan tambahan sedikit carrot
  • 1 sb tepung jagung (dibancuh dgn sedikit air)
  1. Didihkan air di dalam kuali. Masukkan serai, bawang putih, halia, cili api dan lengkuas. Kemudian masukkan ikan. Gunakan api sederhana.
  2. Kemudian masukkan bawang besar, sos ikan, sos tiram, cili merah, cendawan, bunga kobis, daun sup dan daun bawang. Kacau dgn perlahan.
  3. Akhir sekali, masukkan susu cair, jus limau, garam, tepung jagung dan tomato. Biarkan merendidih seketika. Tutup api, dan hidangkan.

Sambal Ikan Bilis + Petai

Dah lama anak teruna request sambal ikan bilis, smlm baru berkesempatan buat. Padahal dah beli petai sebelum raya lagi. Nasib baik petai tak menopos kat dlm esbok hehe..

Raya Pertama di K. Berang

Selamat Hari Raya buat semua.. ishhhhhh..... males sungguh nak post n3 sejak raya nih. Mood menghapdet dah g jalan beraya ntah ke mana, ditambah lagi dgn PC yg ditawan oleh anak2 yg duk main games. Line pulak slow jer.. lagi la buat mood merundum.. Lepak2 kunyah sekut raya lg syok hehe.. Bukan la sbb g jalan raya sgt cuma hari pertama dan kedua jer g jalan raya, raya ke 3 duk melayan tetamu kat rumah sehari suntuk, hari ke 4 dan ke 5 langsung tak keluar kes Aisyah demam. Tambah lagi dgn jalan yg jamm, lagi la males nak keluar.

Jom kita layan gambar2 raya keluarga belah K.Nor di rumah adik di Kuala Berang. Sekarang ni rumah adik dah jadi port raya pertama sbb ayah dan step mother K.Nor tinggal bersama dgn adik dan suami serta anak dia. Masih ada 2 keluarga (keluarga kakak sulong dan abg K.Nor) yg tak join sekali dlm gambar2 ni sbb dia org pergi lewat.

4 keluarga bersama ayah K.Nor yg terlantar uzur dan step mother K.Nor pun yg uzur jugak
cameraman bukan main lagi duk depan, tak sempat nak nyelit kat belakang hehe



susah betul nak dpt snap gambar Naim sengih cam ni.. :)


3 dara pingitan bersama sorang mak dara..
anak2 kakak K.Nor (no 2) yg duk di Puchong



ralitnyer sembang.. yer la lama sgt tak kumpul ramai2 gini...


famili kakak K.Nor ~anak yg ke 2 dr satu emak dan satu ayah (arwah emak K.Nor)


famili abang yg duk Kuantan (pun satu emak dan satu ayah dgn K.Nor)


Yang ni famili adik (perempuan) ~ anak dr ayah K.Nor dgn mak tiri


Yang ni, tak yah cakap la ya.. ^_____^
anak yg ke 5 (bongsu) dr satu emak dan satu ayah



Famili yg tak ada dlm gambar adalah famili kakak sulong dan abang (anak no 3) dan sorang lagi adik yg duk di UK (anak kedua ayah dgn mak tiri)

Raya ke 3

Kali ni nak tayang sedikit gambar2 pd raya ke 3 yg mana K.Nor buat hari tunggu rumah/buka pintu rumah :)

Alhamdulillah, ramai tetamu yg hadir, terdiri dr keluarga adik2 beradik K.Nor dan suami, jiran tetangga, kenalan2 rapat dan sdara mara yg jauh mau pun dekat ( licin nasi beriani 2 gantang hehe). Tak teringat langsung nak amik gambar2 juadah maupun kuih2 atau kek2 raya (sori ya Alongroz). Lagi pun mmg K.Nor sediakan ala kadar jer. Tau aje la dgn rumah yg kecik kiut ni mana la cukup ruang nak letak banyak2 dishes. Ikutkan hati nak buat macam2 dan nak buat besar2 sket tp memandangkan ruang yg terbatas, kena pendam aje la hasrat tu. Itu pun tetamu yg datang terpaksa makan ikut shif hehe.. ampun ya semua (terutamanya Ros dan famili, K.Cik dan famili serta Lelayong dan famili)

Antara hidangan selain nasi beriani dan kuncu2nya, K.Nor sempat buat 2 bj kek coklat moist, kek lapis velvet (k.fida.. sori tak ingat nama penuh resipi ni) 2 bj (utk MIL sebiji), kek kukus buah che mat gebu (share separuh dgn ayah K.Nor yg mmg minat kek buah) dan kek marble trio CMG 3 bj (satu utk K.Nor, 1 utk MIL dan 1 utk rumah adik)

Kukis yg K.Nor buat cuma Bangkit Cheese, Tart Bunga, Tart Gulung, Serimadu Cornflakes, Cornflakes Chocolate dan Coklat Chips disamping beli 2 jenis kekacang.

Ok la kita layan gambar tetamu2 VIP hari tu ya..

Bersama Ros Onigiri


Yang kat tengah2 tu MIL Ros, yg juga emak sdara suami K.Nor, Mak Su Yam.
Ni la satu2nya lagi adik beradik arwah FIL yg masih ada.

Bersama K.Cik MyR


Yang ni pulak dgn Lelayong, suami Lela dan anak dara kiut Lela, Hani


Geng2 rapat Along, bekas2 pelajar SHAMS dan ada yg Along berkawan since tadika lagi..

Raya Ke 6

Setelah 3 hari (dr raya ke 3) tak keluar beraya kes Aisyah demam, K.Nor dan cik abg bawak anak2 ziarah the only mak sdara K.Nor yg masih ada. Mak sdara ni kakak kepada arwah mak K.Nor (mak K.Nor cuma 3 beradik, yg sulong pun dah lama meninggal). Sengaja K.Nor abadikan gambar De Nong (panggilan utk mak sdara) kat sini sebagai kenang kenangan di kemudian hari samada utk K.Nor maupun utk anak2 K.Nor.

Saturday, September 26, 2009

Congratulation for newborn bb Darwish

New Baby Myspace Comments



Tahniah buat Ina dan Hamzah atas kelahiran bb Muhammad Darwish Haidher pd Jumaat 18.09.09. Ina sorang lagi kawan papa keluar, bila lak kawan mama nak keluar ni.. next year kut hehe...



Buat bb Darwish, semoga menjadi anak soleh, yg memberi manafaat buat mama dan papa dan semoga sentiasa dlm perlindungan Allah s.w.t setiap masa dan mendapat limpah rahmat dan keberkatan drNYA dan sentiasa memperoleh kebahagiaan di dunia dan akhirat... amiin...

Tuesday, September 22, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI ..........


Dengan segala sukacitanya K.Nor sekeluarga ingin menjemput teman2, adik2 dan kakak2 yg berada di sekitar K.Trg hari ni ke rumah K.Nor di Blok D 2-3 Flat Padang Hiliran, Kuala Terengganu. Ni bukan open house yg besar2an ya.. sekadar hari menunggu tetamu berhari raya ke rumah K.Nor sbb setiap hari raya pertama dan kedua K.Nor sekeluarga mmg kunci pintu rumah. Kita org mmg g jalan sakan 2 hari raya ni. Biasa lah bawa anak2 ziarah keluarga terdekat kan.. So.... arini kiranya hari K.Nor menerima kunjungan org lain la pulak..

Sunday, September 20, 2009

Kad Raya Lagi...

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1430H...

Syawal menjelma lagi, Alhamdulillah.. bersyukur dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana dng limpah kurniaNYA kita masih diberi kesempatan utk meraikan hari yg mulia ini..


Sesi menggantung mengutip dan menggantung kad raya yg ke 3 dan rasanya yg terakhir dah utk raya aidilfitri kali ni.. Harap2 tak ada yg tercicir ya...

Kad dari Naz


dari Masz


dari Wawa



dari Liana PG


Dr Ummi Kuantan


dari Dayang


dari CT

dari Orked


dari 3E


dari Zie


dari Siti

dari Nina

dari Aya

Saturday, September 19, 2009

Tart Nenas Gulung

Akhirnya menjadi gak projek mengetart gulung. Ni kes sayang lebihan inti nenas yg dah siap digentel masa nak buat tart bunga. Tu pun anak dara yg banyak tolong masa meneran doh dgn acu tart tu. Sesiapa nak resipi tart nenas gulung ni boleh tengok kat sini. K.Nor dah edit sket ttg sukatan tepung yg digunakan.

Jus Epal + Susu

Sungguh menyegarkan...

Kad Raya Dari K.Nor Utk Semua

Selamat hari Raya K.Nor ucapkan kepada semua pengunjung tetap maupun yg tak tetap, yg jadi follower atau yg jadi silent reader. Sudi2kan la amik kad raya dari K.Nor ni dan gantung kat rumah masing2 ya..Ingat tu kepada S E M U A tau..

Di kesempatan ini K.Nor dgn rendah hati memohon ampun dan maaf andai ada tersilap kata, terkasar bahasa, tak kiralah masa bersembang, bergurau senda maupun masa tegur menegur. Yang baik2 dan indah2 itu semua dr ALLAH manakala yg tak elok atau yg tak betul tu dr kelemahan K.Nor sendiri. Mohon dihalalkan segala resipi atau ilmu yg diceduk juga ya.. Semoga silaturrahim di antara kita berkekalan mekar dan indah hingga ke akhir hayat hendaknya. Dan semoga Ramadhan dan Syawal kali ini tidak menjadi yg terakhir buat kita semua... Amiinnn.....

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI ..

**sori la.. semua komen kat n3 ni yg terdahulu dah terdelete semua sekali atas kesilapan teknikal .. :)