f Secubit Garam: Jom Makan Roti

Monday, September 28, 2009

Jom Makan Roti

Sudah2 la tu makan semekut raya, jom kita makan roti pulak ya.. Ni nak memenuhi hasrat anak teruna yg nak makan roti hasil dr air tangan emak dia. Selama ni duk tengok jer kat blog si emak duk tayang roti2, smlm baru la berjaya nikmati roti2 panas yg si emak buat. Apa yg dia cakap?? ermmm... macam yg kat kedai!!! kembang si omak hihihi.....

Nak buat yg tocang yg ditabur cheese tak boleh sbb stok cheese dah yillek. Tu yg roti sosej pun togel jer tak ada cheese kat atasnya.. K.Nor sentiasa ulang kali menggunakan resipi Basic Sweet Dough by Mamafami ni (amik kat rumah CMG). Mmg dah tak tukar resipi lain utk buat pelbagai jenis roti. Mmg suka guna resipi ni. Thanks to Mamafami dan CMG. Halal ya, nak letak resipi tu kat sini..

BASIC SWEET DOUGH

400 g tepung roti (high-protein flour)
6 g garam
4 g bread improver
5 g gluten (mat ganti dgn bread softerner)
80 g gula halus
11 g instant yeast
1 biji telur gred A
190 g air ( = 190 ml)
30 g mentega
30 g lemak sayur

  1. Satukan semua bahan diatas kecuali mentega dan lemak sayur, kedalam mangkuk adunan, uli hingga menjadi doh, tambah lemak sayur dan mentega, terus menguli hingga mendapat doh yang lembut, licin dan anjal. Rehatkan 10 minit, tutup dengan kitchen towel. KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan2 dalam breadmaker, pilih setting untuk doh dan tekan "on" bila lepas 30 minit, biarkan lagi 10 minit dalam breadmaker, kemudian keluarkan doh dan ikuti langkah seterusnya...
  2. Bahagi2kan doh tadi (40 g setiap bahagian). Bentukkan ikut kreativit masing2, sama ada diisi inti, dibuat roti sosej atau pun dibuat roti ala2 sanggul, ditabur keju atau badam...
  3. Bila siap alih kan ke dalam dulang yang telah disapu dengan sedikit mentega. Tutup dengan kitchen towel dan biar naik sekali ganda (kurang lebih 45 minit).
  4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200C selama 10 - 12 minit, atau bergantung pada oven masing2....