Nasi Goreng Belacan
Melayan permintaan anak teruna dgn Nasi Goreng Belacan kesukaannya ni.. Si emak tak kisah, lagi simple laaaagi la suka nak buat :)
- 2 mangkuk nasi putih (yg telah sejuk)
- 7 biji cili api hijau (kalau nak lebih pedas guna yg warna merah)
- 1 labu bawang besar
- 50 gm udang kering (dibersihkan dan direndam)
- belacan sebesar ibu jari
- 3 ulas bawang putih - diketuk
- sedikit serbuk pati ayam
- 1 bj telur
- garam dan gula secukup rasa
- Untuk daging goreng:
- 300gm daging - dipotong kecil2
- 3 sb kicap
- 1 sk serbuk kunyit
- 1/2 sk serbuk lada hitam
- sedikit garam dan gula
- 3 biji telur- dijadikan telur dadar
- daun salad, tomato/timun
- cili api sebagai hiasan( juga utk menambahkan pedas)
- sedikit minyak utk menggoreng daging dan nasi
- Daging Goreng: Panaskan sedikit minyak (lebih kurang 3 sb) dan masukkan daging. Kacau seketika dan masukkan kicap, serbuk kunyit, serbuk lada hitam, gula dan garam. Masukkan sedikit air(melitupi daging dalam kuali) dan goreng hingga kering.
- Telur Dadar: Pecahkan 3 biji telur ke dalam mangkuk. Panaskan frying pan, masukkan sedikit adunan telur dan goreng hingga telur masak(kekuningan). Angkat dan gulung. Ulang sehingga habis kesemua adunan telur. Apabila dadar telah sejuk bolehlah dipotong nipis2.
- Nasi Goreng: Blend cili api, bawang besar, udang kering (bersama air rendaman) dan belacan sehingga lumat.
- Panaskan kuali dan masukkan sedikit minyak( lebih kurang 3 sb) dan masukkan bawang putih yg telah diketuk. Goreng hingga wangi dan kekuningan.
- Masukkan bahan2 yg telah diblend dan goreng hingga kering sedikit dan masukkan gula dan garam secukup rasa. Masukkan telur dan kacau rata.
- Masukkan serbuk pati ayam, nasi dan goreng sehingga nasi masak. Hidangkan panas2 bersama daging goreng, telur dadar yg telah dipotong nipis dan daun salad serta tomato/timun. Bagi yg suka makan pedas2 bolehlah diitambah cili api tambahan.
Aik.. camna Dragon Fruit Milk Shake boleh enterpreme gak nih! Ni mesti Along punya kerja, suruh dia letak kat meja makan smlm. Siap boleh posing lagi tu.. hehehe dlm jag pulak tuh.. :)