![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiQj4J6fxSBhyphenhypheniYLWU2DTcFwrkPJm8QDscOVv0HWcxR6j7peu5cixybvHL0ZLBufTA40SQODbGfwxpj_y3QvDjEDfdz72tmjugoxuZiLNYx64BKD4svuz4OtcPBwNbS65tN8svf8ZJZdkI1/s400/sambal+sotong.jpg)
Along ni kalau dia demam selalu nak K.Nor buatkan bubur nasi. Bubur yg ringkas jer setakat letak carrot dan ubi kentang serta isi ayam. Tu jer yg dia suka makan tiap kali dia demam, dr kecil lg dia camtu. K.Nor cuba la masak sambal sotong ni kut2 selera dia dtg balik setelah 2 hari tak makan mana. Sup tulang tempohari pun dia makan sket jer. Seketul jer roti dan seketul daging. Kuah pun sket jer masuk mulut. Payau mulut kes ubat kan.. Esoknya mula la perut masuk angin dan nak muntah2. Dengan letih dan tak ada tenaga lagi. Tengah masak sambal sotong smlm dia cakap nak makan bubur. K.Nor masak la satu pot nasi utk buat bubur. Mulanya dia makan dua tiga sudu jer bubur tu dgn seketul sotong tp tak leh nak telan gak. Last2 dia makan bubur jer, tu jer yg boleh lalu ikut anak tekak. K.Nor suruh dia makan sket2 supaya tak la sakit perut dia. Kurang2 ada la tenaga. Alhamdulillah dpt gak la masuk makanan dlm perut dan nampak dia lebih segar dan ceria sket smlm sambil duk gurau2 dgn adik2.
Pagi tadi masa bangun nak prepare sahur, tengok2 dlm periuk tinggal 1/2 jer lagi bubur. Maknanya dia dah makan 1/2 periuk bubur tu smlm (K.Nor masuk tidur awal kes sakit kepala). Syukur.. dan lega hati sorang ibu. Semoga dia cepat sembuh dan kembali berselera spt biasa .. amiiin......
Berbalik pd menu arini, K.Nor cuma masak sambal sotong, singgang ikan dan ikan patin goreng. Tak larat dah nak masak yg special2, kes kepala berdenyut yg amat smlm. (sampai tak ada pun lauk sayur ish...) Tak ada mood nak posing yg lain2 cukup la dgn sambal sotong jer. Dah banyak hari K.Nor sakit kepala (tiap kali nak bulan mengambang gini ler jadinya) tp smlm lah rasa yg teruk sgt. Migrain ler tu. Sebenarnya cousin K.Nor meninggal awal pagi semalam. Lepas g ziarah tu ingat nak drive terus balik rumah tak nak ke kubur tp bila teringat dah lama tak ziarah kubur mak K.Nor, g la jg ke kubur. Tak duduk dekat dgn org duk tanam jenazah. Duk jauh kat atas wakaf, tp bila dah cuaca panas gitu biasa la kan.. Kepala pun makin ler sakit. Lepas org dah siap tanam jenazah arwah cousin dan org beransur pulang, K.Nor ke kubur arwah emak, dekat jer dgn kubur arwah cousin tu. Sayu hati sbb dah lama benar tak ziarah kubur emak. Dah tak fikir dah kepala yg sakit sbb teringin gak ke kubur mak tu. Balik dari kubur, K.Nor singgah pasar tani jap cari sotong dan lauk2 lain. Sampai kat rumah masukkan sotong dan ikan dlm peti ais terus update n3 kejap. Abis update terus mandi dan titun. Bila bangun tu baru la rasa lega sket. Panggil anak dara kesayangan utk picit jap kepala baru la bangun masak2. Alhamdulillah ringan sket kepala.
Eh panjang benor ke cerpen arini? Lantak la ek.. ada org sudi baca, mekacih la ya.. kalau tak sudi nak buat camna.. tak ada paksaan kan.. hehe Hari ni kepala dah ok rasanya. Kalau rajin dan terlebih mood nak buat kukis rasanya.. tengok ler camna..