Rupa yg kurang cun tp rasa tetap maintan sedap. Masa duk dalam oven bukan main lg tinggi dia naik. Orang kata kena biar dulu kejap dlm oven kalau dah masak, dah buat dah.. Tapi bila wat keluar jer, mula la dia mendap sket. Ingatkan lepas tu tak mendap lagi dah. Alih2 bila nak keluarkan dari loyang, mendap lagi. Boleh nampak kan, teksture kek bahagian bawah yg agak padat. Tapi tak per la, tu pun Alhamdulillah dah sbb tak jd double layer cam sesetengah org buat. Masih gak lagi gebu rasa dia tu.. Ros mintak izin ya C&P resipi ni kat sini..
Slice Cheesecake
Slice Cheesecake
- 4-5 keping slice cheese
- 200 ml susu segar
- 70 gram butter atau marjerin
- 70 gram tepung gandum (diayak dahulu)
- 70 gram gula
- 4 biji telur saiz M
- beberapa titik esen vanila
- potong atau siat slice cheese kecil-kecil dan campurkan dengan susu segar
- kemudian masukkan dlm periuk, gunakan api perlahan dan biarkan slice cheese tadi cair. kacau sentiasa.
- masukkan butter dan kacau hingga larut, tutup api dan sejukkan sebentar.
- asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula hingga menjadi meringue.
- didalam bekas lain pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan kedalam adunan cheese tadi, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul
- akhir sekali campurkan merigue ke dalam adunan tadi dan berberapa titik esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata. glis acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas. masukkan adunan kek di dalam acuan .
- bakar pada suhu 170 darjah selama 20 minit dan turunkan suhu 140 darjah selama 40 minit, gunakan acuan kek berukuran 20cm dan letakkan sedikit air di bawah dulang pembakar, cara bain marie, untuk mendapatkan kek yang elok teksturnya.
- hias ikut kreativiti sendiri atau dimakan begitu sahaja. kek ini lembut dan ringan. tak rugi mencubanya.