Saturday, October 31, 2009

SIZZLING GARLIC BEEF

Dah lama tengok resipi ni kat rumah Ayu Singapore. Pastu g skodeng rumah Nooren dan jumpa resipi asalnya kat situ. Jadi K.Nor amik kat rumah Noreen aje la ya.. Mintak halal ya Noreen, nak tampal resipi tu kat sini.

Rasa lauk ni lebih kurang gak dgn daging blackpepper. Bahan2 pun tak banyak beza. Sesiapa yg minat dgn daging blackpepper boleh la cuba ya..

SIZZLING GARLIC BEEF by Noreen

Bahan-bahan (4 org):
500gm daging batang pinang - dipotong nipis2
1 camb soy sauce
3 camt tepung jagung
1 camt minyak bijan
1 camt coarse black pepper - yang kasar
3 camb minyak kacang
1 labu bawang besar - yang kuning potong wedges
4 ulas bawang putih - crushed
bunga kobis - dipotong kecil
brokoli - dipotong kecil
160ml vegetable/chicken stock
2 camb kicap manis

cara:

1. satukan daging, soy sauce, tepung jagung, minyak bijan dan black pepper di dalam mangkuk besar dan gaul rata

2. panaskan 3 camt minyak kacang dan masukkan 1/4 daging perapan tadi dan kacau 1-2 min atau sehingga daging keperangan. setelah itu keluarkan

3. masukkan lagi 3 camt minyak kacang dan ulangi proses ini sehingga daging habis di goreng

4. panaskan lagi kuali dengan lebihan minyak kacang dan tumiskan bawang besar

5. masukkan pula bawang putih dan kacau sehingga naik bau. setelah itu bolehlah dituangkan stock dan sayur2an lain, kacau sehingga sayur agak lembut

6. masukkan kesemua daging goreng tadi dengan kicap manis dan biarkan sehingga daging masak dan lembut

7. bolehlah dihidangkan bersama2 dengan nasi putih

Bilis Siam

Adik2, kakak2.. jgn tanya K.Nor kenapa nama menu ni Bilis Siam. Sebab pemilik resipi tu yg bg namanya gitu. Kalau ikut kata sipemiliknya Ainaibu kat MyR tu, dia tak tau nak letak nama apa, jadi dia panggil jer Bilis Siam.. Ok , tu la asal usul nama resipi ni ya.. kalau tak caya g tengok kat link dia yg K.Nor letak kat nama dia di tepi resipi ni..

Bagi org yg ketandusan idea nak masak lauk apa, mmg di rekomen sgt. Simple, senang dan sedap! 3S la tu ... makan dgn nasi panas2.. ermmmm.... sedap tau.. tak caya g buat sendiri.. :)

Cik/Puan Ainaibu, mintak izin ya nak C&P resipi kat sini utk kita kongsi2 bersama.. tq

BILIS SIAM by Ainaibu MyR
  • 2 genggam ikan bilis
  • minyak ..untuk goreng bilis
  • 1 biji bawang besar
  • 8 batang cili padi..boleh dikurang/lebih..ikut selera
  • 4 biji limau kasturi..boleh lebih/kurang ikut kemasaman
  1. bersihkan bilis dan goreng garing
  2. mayang bawang jgn halus sgt..bg rangup sikit
  3. potong cili dan limau.perah limau dan ambik jusnya
  4. campur semua bahan dan rasa ikut selera..makan dgn nasik panas...sedappp..

Friday, October 30, 2009

Moist Chocolate Chiffon

Salam di pagi Jumaat, penghulu segala hari. Pagi yg dingin, hujan sepanjang malam. Sekarang ni pun masih rintik2 lagi.. Alhamdulillah.. nikmat dr Ilahi utk kita semua termasuk tumbuhan dan haiwan..


Jom kita tengok apa show utk hari ni.. ^___^



Dah beberapa hari duk idam nak buat kek chiffon ni. Tapi dek kemalasan yg melanda disebabkan badan rasa letih manjang jer, so KIV jer dulu. Pastu pagi Rabu tu wat keluar la telur dr fridge ingatkan lepas masak lunch nak buat la kek ni. Alih2 mood tarak datang.. terbiar gitu jer telur kat dapur.

Hari Khamis (smlm), K.Nor amik kesempatan sbb tak masak utk lunch so K.Nor jalankan projek kek chiffon ni. Tak nak tangguh lagi dah. Kesian telur2 yg dah sedia nak digunakan tu. Masa pecahkan telur tu dah nampak dah telur cam dah tak baru lagi.. Padahal boleh aje simpan balik telur tu kat fridge dan guna telur lain. Tapi biar la.. guna kan aje.. Maka hasil kek ku tak seberapa elok jadinya. Tak naik gebu sgt tp lembut tu tetap lembut. Tak per la janji tak bantat atau mendap dah.. Bukan setiap kali kita buat something menjadi 100% atau perfect kan.. kena redha semua atas izin Allah dan bukan atas kehebatan kita kan.. Kek ni jadi lebih sedap sbb dicurah choc ganache. Anak2 pun laju jer makan.. Alhamdulillah..
Jom kita tengok resipinya. Resipi asal dr Che Mat Gebu yg diambil kat MyR. Thanks Che Mat dan mintak halal ya nak share resipi kat sini.


MOIST CHOCOLATE CHIFFON by Che Mat Gebu MyR
  • BAHAN A:-
  • 100 g tepung halus (tepung gandum pun ok)
  • 1/2 camca teh soda bikarbonat
  • 1/2 camca teh serbuk penaik
  • 1 camca teh esen vanila
  • 50 ml minyak jagung
  • 4 kuning telur (Gred A)
  • 60 g gula halus
  • 1 camca besar coklat emulco*
  • 30 g serbuk koko*
  • 100 ml susu segar. disuamkan*(*disatukan dan gaul rata, sejukkan)
  • BAHAN B:-
  • 4 putih telur (Gred A)
  • 120 g gula halus
  • 1/2 camca teh cream of tartar ~ k.nor tak letak
Cara2
  • Dalam satu bekas. Satukan ke semua bahan2 A hingga sebati. Ketepikan
  • Pukul putih telur hingga separuh kembang, masukkan sebahagian gula dan diikuti cream of tartar. Terus memukul dan masukkan baki gula. Putar hingga menjadi maringue yg kental
  • "Kental" disini bermaksud, jika alat pemukul itu diperbalikkan, puncak yg terhasil kukuh dan tidak terlentok. Seperti dalam gambar.
  • Ambil sebahagian maringue tadi dan kaup balikkan ke dalam adunan kek. Gaul rata.
  • Tuang adunan kek tadi ke dalam lebihan maringue dan dgn perlahan kaup balikkan hingga rata dan sebati. JANGAN terlebih gaul.
  • Tuang adunan ke dalam acuan chiffon yg telah dialas dasarnya dgn kertas minyak dan disapu dgn mentega. Sekeliling bahagian dalam tin kek tidak perlu di sapu mentega hanya dasarnya sahaya.
  • Bakar dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 180C selama 35 minit. Jika bahagian tepi kek mengecut sedikit itu tandanya kek sudah masak. Keluarkan dan terbalikkan acuan chiffon tadi dan biarkan sejuk dalam keadaan terbalik. Bila sejuk, sisip tepi tin dgn pisau dan keluarkan kek dari tin. Hias ikut suka...
Sapa2 yg nak tengok step by step cara buat kek ni sila klik kat link yg K.Nor dah letak kat atas (nama Che Mat)

Mee Rebus

Mee Rebus versi campak2 aje nih.. Ni menu berbuka smlm ya... Udah pinish :) Yang hitam2 tu cendawan telinga kera/kerinting. K.Nor mmg suka sgt dgn cendawan ni. Kalau wat sup, tomyam atau mee rebus mmg K.Nor akan letak cendawan kerinting ni.Krup krap jer bila ngap, BEST!



Thursday, October 29, 2009

Tauhu Poket

Baru2 ni nampak kat rumah Ijah tayang tauhu poket. Teringat kesedapan tauhu poket ni. Aisyah suka sangat dgn tauhu poket. Tak yah cakap banyak lg la.. meh kita masak Tauhu Poket resipi by Che'Iza yg dah lama tak sapu sawang kat rumah dia nun.. Iza... miss U

Iza, mintak izin nak C&P resipi tu kat sini okey.. tq

TAUHU POKET by Che'Iza MyR
  • 5 kpg tauhu
  • 50 gm isi udang dicincang halus
  • 1/2 biji bawang besar didadu halus
  • 1 inci lobak merah diracik halus
  • 2 helai daun ketumbar dihiris halus
  • 2 sb telur (dlm 1/2 biji)
  • 1 sb tepung jagung
  • 1/2 sk pati ikan bilis
  • sedikit garam
  1. Tauhu dipotong 2. Kemudian korek tauhu buat poket (mcm buat tauhu sumbat). isi tauhu yg dikuarkan jgn buang.
  2. Hancurkan isi tauhu tadi dgn sudu. Campurkan semua bahan lain kedlm tauhu yg telah dihancurkan tadi. Gaul rata semua bahan.
  3. Sumbatkan bahan2 yg telah digaul td ke dlm tauhu. Siap mengisi tauhu, bolehlah digoreng. Goreng dgn minyak yg panas
  4. Boleh dijadikan lauk atau snek yg dihidang bersama dgn sos....

Wednesday, October 28, 2009

Roti Marble

Salam...

Rasa cam lama dah tak meroti. Bila tengok stok tepung roti ada dtg ler keinginan nak meroti. Tambah lagi dah lama pemberian org jauh yg tak dirasmikan lagi. Nak rasmikan gift dia tu kena la buat roti marble, baru la kena kan.. hehe

Jom kita layan gambar2 perasmian breadcutter/slicer yg dah lamaaaaaaaa diidamkan nih.. thanks Ros.. Akhirnya termakbul hasrat nak memilikinya.. Alhamdulillah..

Tu dia.. posing dulu sebelum kena bedah siasat ..


Jom kita potong, Bismillahirrahmaanirrahiiim....


Alhamdulillah... telah dirasmikan pun...
cantik tak? hehe

Yang ni K.Nor buat dlm bentuk bun marble

Roti2 ku ireng2 belaka kali ni.. tersilap set suhu.. tak per la, ireng atas jer .. Jom makan roti.

Tuesday, October 27, 2009

Ayam Panggang Berempah

Terberkenan sungguh bila tengok Ayam Panggang Berempah kat rumah Dayang. Nampak menggoda betul. Bahan2 yg simple, proses masak pun tak banyak kerenah. Jadi ni la menu K.Nor sekeluarga hari ni. Bila si tukang masak menanya si tukang makan camna rasa ayam panggang ni, si tukang makan siap angkat ibu jari sambil cakap sedap! Ha.. Dayang, puas hati K.Nor masak ayam panggang ni. Tak sia2 calling2 tadi kan hehe.. Tq sooooo.... much ya Dayang atas resipi mabeles ni. Dan cam biasa la nak mintak izin tampal resipi tu kat sini.. tq.. tq... tq..


AYAM PANGGANG BEREMPAH by Dayang Jack
  • 1 ekor ayam (dibersihkan dan dipotong ikut suka)
  • 1 helai daun pandan (disimpul)
  • 1/2 inci kunyit hidup
  • 1/2 sudu makan lada hitam (dikisar)
  • 5 tangkai daun ketumbar (dikisar)
  • 5 ulas bawang putih (dikisar)
  • 1/2 inci halia (dikisar)
  • 1 sudu besar serbuk kari ayam
  • 1 sudu besar jus lemon
  • 2 sudu besar madu
  • 2 sudu besar minyak zaitun (minyak masak pun ok)
  • garam secukupnya
Cara-cara :
Satukan kesemua bahan di dlm periuk/kuali. Rebus sehingga separuh masak.
Sediakan dulang yang dibalutkan dgn kertas foil. Susunkan ayam bersama bahan2 perencahnya sekali dan panggang hingga masak.
(terbalikkan ayam ketika memanggang supaya masak sempurna)
***boleh juga dipanggang tanpa dulang.



Dah.. jgn tenung lama2.. kang basah keyboard tuh.. hihii.. g beli ayam.. pastu beli bahan2 dia dan godek sendiri .. insyaallah sedap! kan Dayang kan.. ^____^

Monday, October 26, 2009

Laksa Kuah Putih

Menu dinner hari ni merangkap menu berbuka utk K.Nor dah suami. Laksa Kuah Putih atau juga dipanggil Kuah Mentah. Pasal apa dipanggil kuah mentah sbb kalau ikut org tua dulu2 kuah ni tak dimasak. Kaedah membuat kuah ni hanya menggunakan air panas masa meramas/memerah santan dr kelapa parut. Panas tangan weh.. tak larat nak ikut stail gitu. Tp masih ada lagi rasanya yg menggunakan kaedah tu. Lepas dah perah kelapa parut dgn air panas (tak la yg baru mendidih tau, kang melecur tangan lak) baru la dimasukkan kesemua bahan2 lain yg digunakan utk membuat kuah. Kuah yg stail gini tak tahan sgt, cepat basi. Stail K.Nor perah guna air biasa jer pastu masak dgn bahan2 lain tp tak la sampai menggelegak nanti rasa dia lari.. payah lak nak kejor :). Tapi disebabkan skrg ni dah ada kemudahan org jual santan fresh di kedai berdekatan rumah, jadi K.Nor guna aje santan fresh. Lagi senang kerja kan..

Ok kita tengok cara2 nak makan laksa hehehe..

Hidang dulu laksa dlm mangkuk..

Letak ulam2an.. lagi banyak lagi best..
tu sket jer letak, kang tak nampak lak laksa :)

Sendukkan kuah...

Jgn lupa letak cili mesin/tumbuk serta tambahan belacan utk rasa yg lagi umphh..

Opp!! Jgn makan dulu, kena ada pelengkapnya.. Air Kopi laa... baru la syok :)
Pia, akak dah hidang ni, siap dgn air kopi lagi tu.. jemput la makan.. hehe

erm.. nak pesan sket ni.. org dlm pantang tak kiralah pantang kes bersalin ke keguguran ke JANGAN sesekali makan laksa ya.. :)

LAKSA KUAH PUTIH

1kg laksa ~ atau boleh diganti dgn laksam
3/4 cawan santan fresh
800 - 900ml air
3 ekor ikan ~ boleh guna ikan selayang/ikan lolong
1sudu besar lada hitam ~ boleh tambah jika nak lebih pedas
2 - 3 bj bawang merah
secubit belacan
garam
2 sudu besar jus limau nipis

ulam2an ~ terpulang pd stok/citarasa masing2
timun batang ~ dipotong cam batang mancis/diricih
daun ulam raja ~ dihiris halus
daun kesum ~ dihiris halus
pucuk ketereh@jambu golok@gajus
daun serai kayu~ dihiris halus
kacang panjang ~ dipotong
kobis ~ dihiris halus
daun kemangi/selasih ~ dicarik2kan
bunga kantan ~ hiris halus

bahan sampingan
belacan
cili mesin/tumbuk


Ikan dibersihkan dan direbus dgn sedikit air. Rebus kejap jer. Kalau nak panggang pun boleh.
Bila dah sejuk sket perisikan ikan dr tulang.
Tumbuk lada hitam, bawang merah dan belacan hingga lumat.
Masukkan isi ikan dan tumbuk lagi hingga lumat.
Masukkan air dan santan fresh ke dalam periuk dan masakkan atas dapur. Api sederhana aje ya.
Ambil sesenduk atau lebih sket bancuhan santan td dan gaul dgn bahan2 tumbuk.
Ni utk mengelakkan isi ikan berketul2 dlm kuah. Lepas tu baru masukkan bahan2 ni ke dalam periuk berisi santan selebihnya.
Masukkan garam dan kacau hingga hampir mendidih. (kuah hendaklah sentiasa dikacau)
Tak perlu la dimasak hingga betul2 mendidih/menggelegak. Ni nak mengelakkan kuah dr pecah minyak.
Padamkan api dan masukkan perahan limau nipis. (limau nipis dimasukkan kemudian sbb kalau masuk awal2 nanti kuah terasa sedikit pahit @ nak perahkan limau direct dlm mangkus masa nak makan pun boleh juga)
Masukkan laksa/laksam ke dalam mangkuk, letak ulam2an yg disukai. Sendukkan kuah ke atasnya dan letakkan juga cili mesin/tumbuk serta sedikit belacan.
Selamat mencuba dan selamat menjamu selera.

Sunday, October 25, 2009

Sup Ayam Hadnyai


Tak tau nak cakap apa .. kebuntuan idea. Layan aje la ya Sup Ayam Hadnyai by Pyhonda@MyR ni. Dah acapkali buat.. sedap dgn rasa berempah, pedas2 dan masam dr perahan limau nipis. Cuba la..

Tuan resipi, minta izin nak letak resipi kat sini utk rujukan di masa akan datang

SUP AYAM HADNYAI by Pyhonda MyR
  • 1) Sebelah ayam dipotong-potong
  • 2) 3 ulas Bawang putih dan 5 ulas bawang merah, 3 biji cabai, 4 cm halia ditumbuk lumat.
  • 3) 7 cm lengkuas dihiris sederhana nipis dan tumbuk untuk pecahkannya.
  • 4) 5 batang serai ditumbuk untuk pecahkan.
  • 5) 2 sudu besarKetumbar ditumbuk lumat, 1 sudu kecil jintan manis dan jintan putih ditumbuk sehingga lumat.
  • 6) 2 biji bunga lawang, 5 biji buah pelaga, 3 ketul kayu manis dan 3 kuntum bunga cengkih
  • 7) daun sup, daun bawang, daun sadri dan batang sadri
  1. Tumiskan bawang putih, merah, cabai, halia, ketumbar, jintan manis dan putih, bunga lawang buah pelaga, kayu manis, bunga cengkih, lengkuas dan serai sehingga menaikkan bau yang semerbak harum dan mewangi
  2. Masukkan ayam yang sudah dipotong-potong mengikut citarasa kedalam tumisan tadi dan gaulkan sehingga rata tutup dan biarkan 5 minit. Masukkan batang sadri
  3. Masukkan 5 cawan air dan biarkan sehingga menggelegak.
  4. Tambahkan garam secukup rasa n sedikit saja gula untuk menyedapkan rasa kuahnya.
  5. Hiriskan daun bawang, sup dan sadri taburkan pada hidangan. Perahkan sedikit limau nipis. Sedia untuk dimakan dan dihirup.....aahh..sodapnya

Sambal Sotong Berkuah Kacang

Resipi Sambal Sotong Berkuah Kacang ni milik Anawahid. Sesekali mencuba kelainan dlm masakan sambal sotong. Tapi Ana, jgn marah ya sbb K.Nor tak guna sotong kembang. Tak pernah beli, masak atau makan sotong kembang ni. Jadi K.Nor guna sotong tak kembang dlm masakan ni.. tak per kan. Sotong gak kan :)

Ana, mintak izin ya nak kopipes resipi kat sini.. tq

SAMBAL SOTONG BERKUAH KACANG by Anawahid
  • 2 ekor sotong kembang - dipotong dan dicelur dgn air panas selama 10 minit..( celur ni ikut petua CMG MyR...ekeke..thnxs CMG)
  • **Bahan Kisar**
  • * 12 tangkai cili kering- direbus hingga kembang
  • * 1 biji bawang besar
  • * 4 ulas bawang putih
  • * 2 inci halia
  • 1 batang serai - diketuk
  • 3-4 sudu kacang tumbuk
  • 1 sudu besar gula
  • 1 sudu kecil gula merah
  • air asam jawa- jus
  • garam - secukup rasa
  • minyak untuk menumis
  1. panaskan kuali dan tumiskan bahan-bahan kisar sehingga garing
  2. masukkan air asam jawa, sotong dan serai dan masak sehingga sotong masak. ( kalau kering tambah sedikit air .)
  3. masukkan gula, gula merah dan kacau hingga sebati
  4. akhir sekali masukkan kacang tumbuk, kacau rata dan perasakan dgn garam dan pak aji ( kalo suka ) sesedap rasa. Siap untuk dihidang.

Saturday, October 24, 2009

Singgang Pedas Ikan Patin

Menu biasa jer ni. Kalau org T'ganu mmg biasalah dgn Singgang Pedas cuma penggunaan ikan jer yg bertukar2. Terpulang pd citarasa masing2 nak guna ikan apa tp yg pasti selalunya org guna ikan merah, tenggiri, kerisi, kembung. K.Nor suka gak guna ikan patin kalau buat singgang pedas.

Utk sesiapa yg nak cuba singgang pedas ikan patin ...

SINGGANG PEDAS IKAN PATIN

1 ekor ikan patin
3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1bj cili merah
3 bj cili api merah ~ ni kalau nak lebih pedas
1/2 in kunyit hidup
3 hiris lengkuas
3 keping asam keping
secubit belacan ~ jika suka
garam
sedikit gula ~ jika suka
daun kesum
air

Blend/kisar bawang merah, bawang putih, cili merah, cili api, kunyit hidup dan belacan.
Masukkan ke dalam periuk (kalau guna periuk tanah lagi sedap) dan masukkan air secukupnya.
Masukkan juga asam keping dan lengkuas.
Masaklah hingga kuah mendidih dan masukkan ikan patin serta garam.
Tunggu sehingga kuah mendidih baru la dimasukkan daun kesum.
Masakkan sekejap lagi baru la dipadamkan api.
Hidangkan panas2 dgn nasi putih dan sambal belacan.
Jgn lupa ulam2an.. lagi syok!

* kalau nak letak bendi atau tomato buah kat dalam singgang ni pun boleh.. terpulang pd citarasa masing2.
** nak guna ikan merah, tenggiri, kerisi, ikan aji2 pun boleh gak.

Jom Pekena Budu

Salam semua..

Bersiaran lagi hari ni dgn limpah rahmat dan izinNYA, meneruskan kehidupan seharian bersama keluarga tersayang... ALHAMDULILLAH...

Lama tak pekena budu. Nak makan budu kena ada kuncu2 dia.. ikan, yg paling best ikan tongkol dan yg wajibnya ulam2an. Bagi K.Nor tak ada lauk berkuah tak kisah dah. Tapi tak boleh la kalau tak buat, kesian yg lain2 pulak nak2 si Luqman yg tak makan budu.

Sapa2 yg tak makan budu tu sori la ya.. Busuk ke, nak muntah ke.. boleh la tutup mata tutup idung. Tak pun boleh main jauh2 hihihihi.. Ni nak ajak org yg suka dgn budu join makan yg setakat K.Nor tau suka dgn budu terutamanya CManggis, Kakyu .... ermmm sapa lagi ek? ermm.... E@McE, Sue Putrajaya.. makan budu tak? Kalau makan, meh kita hadap ramai2. Jom makan..



Dalam budu kena ada cili padi (nanti kita tenyeh2kan dia) dan limau nipis. Yg menambahkan keenakkan budu bila ada lagi geng dia ... isi durian /tempoyak dan mangga muda. Isi durian ni mmg sengaja disimpan dlm peti ais khas nak buat makan dgn budu. Mungkin bila dah lama dia akan jadi cam tempoyak. K.Nor tak letak apa2 bahan sampingan dlm tu cuma isi durian yg dilenyek2 dan disimpan dlm tupperware pastu letak dlm peti ais. Insyaallah tahan lama kalau kita letak dlm tupperware ori, peti ais pun tak berbau durian/tempoyak. Kempen tupperware la pulak! hehe


Okey, ni kuncu wajib budu... ulam2an. Ada timun batang (yg kecik tu, yg org panggil timun 40 hari) ada pegaga (ni yg K.Nor tanam dlm pasu), ada bendi yg dicelur (Aisyah kalau makan budu mesti nak ada ni) dan satu lagi yg best dan laku sgt smlm kobis. Kobis Cameron ni tau! Sedap! K.Nor buang yg keras kat tengah2 dia tu dan celur sekejap jer dlm air panas. Biasanya masa dulu2 K.Nor makan tak celur pun, ngap gitu jer wat ulam. Smlm saja jer celur takut kang Cik Abg dan Aisyah tak suka lak makan mentah2. Selain dr sayur2 ni, K.Nor juga biasa berulamkan kacang panjang, taugeh (tak yah celur), ulam raja daun selom. Kalau Cik Abg ada tambahannya, petai, jering, pucuk gajus@jambu golok@ketereh. Dah la ya.. panjang dah bab ulam2 ni.. :)


Ha... ni ikan tongkol. Biasanya K.Nor panggang bodo jer tp kali ni saja buat Tongkol Goreng Asam Jawa. Resipi HaSue ni.. Memang syok ikan digoreng gini, makan dgn nasi panas2 tak kira la dgn budu ke, makan dgn nasi putih gitu jer pun sodap! Kan Sue Kan.. Sue akak nak mintak izin ni, nak C&P resipi kat sini.. Halal kan.. :)

TONGKOL GORENG ASAM JAWA
  • 1 ekor ikan tongkol segar sederhana besar-potong2 dan cuci bersih
  • 1-2 sudu makan asam jawa
  • 1 sudu makan penuh garam-letak lebih sedikit agar senang meresap
  • Serbuk perasa-tak letak pun takpe
  • 1-2 batang serai-diketuk (utk aroma serai-tak letak pun takpe)
  • 1 cawan minyak untuk menggoreng
  1. Lumurkan asam jawa pada keseluruhan isi ikan dan gaulkan kesemua bahan lain bersama ikan kecuali minyak masak.
  2. Rasa sedikit dengan hujung jari,harus terasa garamnya sebelum diperap.Perap sekurang2nya setengah jam sebelum digoreng
  3. Jangan goreng ikan terlalu lama kerana isi ikan tongkol yang garing rasanya agak kering..

Friday, October 23, 2009

Kacang Buncis Goreng Dgn Hati Ayam


Lauk semalam ni, kebetulan sama pulak dgn Love, kan Love kan.. Dari pagi taip ni, malam baru la boleh post. Atas sebab2 teknikal nak buat camna kan.. tak per la gambar tak basi kan.. hehe

Kacang Buncis Goreng Dengan Hati Ayam

secekak kacang buncis ~ dipotong serong
5 kpg hati ayam ~ boleh gak campur2 dgn pedal
sedikit tomato cherry ~ jika suka (boleh gak digantikan dgn carrot)
1 labu bawang besar ~ potong bulat
1 bj cili merah ~ potong serong
3 ulas bawang putih ~ dicincang
1 sudu besar serbuk lada hitam
1 sudu besar kicap manis
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1/3 cawan air
garam
minyak masak

Potong hati ayam dan toskan.
Panaskan minyak dlm kuali dan tumis bawang putih hingga wangi dan keperangan.
Masukkan serbuk lada hitam dan kicap manis.
Kacau2 kejap baru la dimasukkan hati ayam.
Goreng hati ayam seketika dan masukkan air.
Biarkan mendidih dan kering sedikit air baru la dimasukkan kacang buncis dan garam.
Masukkan bawang besar dan cili merah yg dah dipotong.
Akhir sekali baru la dimasukkan tomato cherry .
Kacau hingga rata, angkat dan hidangkan panas2 dgn nasi putih.

Murtabak Mee Segera

Lama tak buat ni.. Sesekali makan, sedap gak kan.. Simple dan menyelerakan.. Buat utk breakfast tadi. Dah nak pukul 11.00pg baru nak post.. Biasa la.. hari minggu, banyak kerja nak kena settle dulu.

MURTABAK MEE SEGERA

2 bungkus mee segera ~ dicelur sekejap dan toskan
3 bj telur
1 pack perencah mee segara ~ kari/tomyam
1 bj bawang besar ~ dadu/cincang
1 bj cili merah ~ dadu/cincang
daun sup/daun ketumbar/daun bawang/kucai
2 sudu besar minyak

Pecahkan telur dlm sebuah bekas dan masukkan kesemua bahan kecuali mee.
Kacau sebati baru la dimasukkan mee dan gaul hingga sebati.
Panaskan frying pan yg diletakkan 2 sudu besar minyak.
Masukkan bahan mee tadi dan goreng la sehingga masak.
Hidangkan panas2 dgn sos cili dan mayo jika suka.

* boleh juga kalau nak letak hirisan crab stick/ sosej tp hendaklah dicelur dulu sekejap.


Thursday, October 22, 2009

Baby Kailan With Oyster Soy Sauce

Resipi asal by Rabiatun MyR. Sedap!! Tun,mintak izin C&P resipi kat sini ya..

Baby Kailan With Oyster Soy Sauce
  • 6 batang pokok baby kailan
  • 2 ulas bawang putih-dicincang
  • 3 hiris halia-dicincang
  • 3 sdb kicap manis
  • 1 sdb kicap masin (kalau takde, boleh masukkan garam)
  • 1 sdb nampla sos (optional-jika suka)
  • 2 sdb sos tiram
  • 1 sdk tepung jagung (dibancuh dengan 3 sdb air)
  • 1/3 cawan air (jika nak banyak kuah, boleh ditambah)
  • 1/4 batang karot (dihiris memanjang)
  • Sedikit minyak masak
  • Sedikit hirisan cili merah
  1. Cuci baby kailan dan potong sedikit pangkalnya. Kemudian jerang air dalam periuk dan tambah 1 sudu besar minyak masak, biarkan ia mendidih.
  2. Susun baby kailan ke dalam penyejat aluminium, dan masukkan ke dalam air mendidih. Bila daunnya sudah agak layu, celup bahagian batangnya lebih sikit manakala bahagian daun diangkat ke atas sedikit. (Ini untuk jadikan sayur tadi masak sekata). Bila sudah lembut, angkat dan masukkan ke dalam air sejuk sekejap dan toskan. Masukkan pula karot beberapa saat dan angkat, masukkan kedalam air sejuk, toskan. Buat asing2 karot dan kailan.
  3. Kemudian, susun baby kailan dan karot ke dalam pinggan.
  4. Tumis bahan cincang dengan sedikit minyak hingga berubah warna dan wangi. Masukkan sedikit air, kicap manis, sos tiram, kicap masin dan nampla sos. Kacau seketika.
  5. Bila mendidih, masukkan air tepung jagung dan rasa masin manisnya. (Untuk resipi ni saya tidak tambah garam sebab ia sudah seimbang dengan gabungan pelbagai sos tadi). Masukkan cili merah, kacau seketika.
  6. Kemudian tuang kuah di atas kailan yang telah disusun dalam pinggan tadi. Siap dihidang.




Strawberry Milkshake


STRAWBERRY MILKSHAKE

100gm strawberry
250ml fresh milk
2 sudu besar gula ~ nak lebih manis tambahkan aje
ketulan ais

Blend kesemua bahan dan tuangkan kedalam gelas.
Sedia utk diminum.
*Nak tambah ais dlm gelas pun boleh.
** boleh menghasilkan 2 gelas milkshake.


Wednesday, October 21, 2009

Outing ke Taman Rama2, Cameron Highland ~ Day 3

Day 3 ~ Percutian di Cameron Highland..

Selepas check out dan bersarapan, ahli rombongan menuju ke Taman Rama2 sebelum berangkat pulang ke K. Trg. Tak semua dr ahli rombongan yg masuk ke dlm taman rama2 ni, sbb dah ada yg pernah mengunjunginya sebelum ni. So ada yg melencong ke tempat lain dan ada yg duk shoot gambar2 sekitar dan menunggu jer dlm kereta sementara selesai kita org round dlm taman rama2 tu..

Taman rama2 ni tak la besar sgt kalau nak dibandingkan dgn yg kat KL nun, species rama2 pun tak banyak sgt la.. Selain dr rama2 terdapat gak koleksi binatang2 kat dalam tu spt ular2, jengking, serangga2, katak, kura2/tuntung, cicak dan macam2 lagi.. Banyak gak pokok2 bunga serta pokok kaktus kat dalam tu. So kita layan gambar2 yg sempat ditembak semasa berada di Taman Rama2 ni ya..












Bunga Bird of Paradise .. i like


Bunga Loceng... cantikkkkkkk sgt tau


Kalau tak silap ni spesis Bunga Siti Zubaidah.. ada macam2 kaler


Yg ni pun K.Nor sukaaaaaa sgt, bunga dan daun dia kecik2/halus jer..merimbun
dia org hang jer pokok ni dlm pasu.. cantik sgt


Ni bunga daffodil ke bukan?
Kalau salah sila beritau, K.Nor nak betul kan ya..

Periuk Kera yg duk dlm bergantungan hehe..


Bunga pemakan lalat kalau tak silap ni kan.. nama tepat tak pasti lak..
Gerun jer tengok cam gigi tu..

Satu lagi spesis periuk kera

~~ Indahnya ciptaan Tuhan ~~



Anak2, posing jap ya, wat kenangan... ^___^


Asyiknya photoq2 duk shoot pelbagai spesis ular tu..


Bagi yg nak tengok lebih banyak lagi gambar2 semasa kita org kat sana boleh la tengok kat photosantai.com dan tolahah.com