Saturday, October 3, 2009

Berpisah lagi..

Semalam 2 Oktober, K.Nor dah famili menghantar Along ke airport K.Trg. Selesai sudah cuti Along kali ni (28 Ogos - 3 Oktober). Masih berbaki 3 tahun lagi pengajiannya di Jordan University of Science & Technology (semua sekali 5 tahun). Penerbangan ke Jordan dr KLIA dijangkakan pukul 2pg, 3 Oktober. Alhamdulillah, dia dah selamat tiba di KLIA lebih kurang pkl 11 mlm. Kena la menunggu di KLIA lebih kurang 3 jam baru la menaiki pesawat lain utk ke Jordan yg mana akan transit dulu di Dubai lepas tu baru la meneruskan perjalanan ke Amman, Jordan.

Jom layan gambar2 semasa kat airport K.Trg ya..












Last hug..
saaaaayang anak mak....

Bai2 dear.. take care ya..


Ya Rahman Ya Rahim...
Selamatkan perjalanan anakku
Lindungi la dia walau di mana saja dia berada

Lindungi lah dia dr segala bala bencana dan malapetaka
Kurniakan lah dia dgn kesihatan yang baik
Berikanlah dia petunjuk dan hidayah agar sentiasa di jalan yg lurus
Berkati lah dia agar menjadi anak yg soleh dan bertaqwa
Faqihkan lah dia dgn ilmu yg dipelajarinya
Cemerlangkan lah dia dlm pelajarannya
Berikan lah dia kejayaan di dunia dan di akhirat
dan
Panjangkan lah usia kami sekeluarga agar dapat kami berjumpa lagi..

AMIIN.....