Thursday, October 15, 2009

Butter Chicken


Resipi ni K.Nor dpt hasil skodeng dapur Jun. Biasanya org buat Butter Prawn kan, kali ni kita cuba dgn Butter Chicken.Resipi asal dr Gert, tp amik kat rumah Jun.

Jun, mintak izin ya nak C&P resipi tu kat sini. Tak marah kan.. :)

BUTTER CHICKEN

2 keping dada ayam-potong kecil2
1 ulas bawang putih-cincang
2 sudu besar soya sos
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh kicap pekat
1 biji putih telur
3 sudu besar tepung jagung
campurkan semua kecuali tepung jagung n perap selama 30min. salut tepung jagung n goreng hingga masak n garing sket. ketepikan.
2 ulas bawang putih-cincang/hiris halus
10 daun kari
3 cili thai-jun guna cili api
2 sudu besar butter
1/4 cawan susu cair
1 sudu teh gula
garam n pepper
panaskan butter, masukkan bawang putih, cili n daun kari hingga wangi. masukkan ayam tadi n gaul rata. masukkan gula, garam n pepper. gaul. masukkan susu cair n kacau cepat rata2 n angkat.