Thursday, October 1, 2009

Marble Cheese Brownies


Atas kebizian yg melanda satu hari direct hari ni, sampai tak sempat nak update menu berbuka semalam. Dari pagi sampai la ke malam, mmg non stop. Letih yg amat terasa hari ni, haus bukan main lagi tekak. Ikutkan hati nak togok/minum bergelas2 air masa berbuka tadi. Tapi tak leh la ikutkan hati sangat kan.

Bermula dr pagi td, ke pasar tani, balik rumah memasak utk lunch dan dinner@menu berbuka malam ni, pastu ke pasar payang mencari bekalan utk anakanda nak bawak balik ke Jordan, pastu singgah situ sini cari ubatan dll. Pastu ke rumah MIL, bawak Along jumpa MIL dan SIL K.Nor sebelum berangkat balik malam esok. Balik rumah buat dessert berbuka ptg td. Lepas solat Isyak, packing barang2 Along.. Lepas settle semua baru la boleh lepak depan PC, hapdet n3 terbaru. Adeh... penat sungguh, tp demi anak tersayang, kena gagahkan gak diri buat semua. Kepala pun dah rasa ting tong dah ni.. ngatuk semacam jer..


Ni projek smlm ya.. Lamaaaaaaaaaaaaaaaa sgt pendam nak buat brownis ni, haaaaaa... arini baru kesampaian hajat. Resipi ni K.Nor amik kat blog Rinnchan. Mintak izin ya Rin, nak C&P resipi tu kat sini.. TQ..

Kalau sapa2 nak tengok step by step yg sangat detail, sila la ke rumah Rin ni. Sedaaaaaaaaaaaaaaap sgt rasa cis bronis ni.. nak buat pun mudah sgt2..
MARBLE CHEESE BROWNIES

Bahan-bahan Brownies :
250g butter
1 cwn serbuk koko
3 biji telur gred B
1 1/2 cwn gula castor
1/2 cwn susu cair
1 1/2 cwn tepung gandum *Ayak dgn BP & SB
1 tsp baking powder
1 tsp soda bikarbonate
1 tsp esen vanilla

Cara-cara:
1. Cairkan butter. Masukkan serbuk koko dan kacau rata.
2. Handwhisk gula dan telur. Masukkan ke dalam adunan butter+koko. Kacau sebati.
3. Masukkan susu cair dan kacau sebati.
4. Masukkan tepung+BP+SB sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati. Akhir sekali, masukkan esen vanilla dan kacau rata.
5. Panaskan oven pada suhu 175 darj cel. Alas loyang 10" x 10" dgn grease proof paper. Biar kertas berjuntai pada dua belah yang bertentangan supaya mudah mengeluarkan brownies.
6. Tuang adunan brownies ke dalam loyang dan ratakan. Tinggalkan sedikit untuk membuat marble di atas lapisan cheese nanti.
7. Bakar selama 20min menggunakan api atas dan bawah.


Bahan-bahan lapisan cheese:
250g cream cheese
1 cwn gula castor
1 biji telur gred B

Cara-cara:
1. Pukul cream cheese hingga gebu.
2. Masukkan gula dan pukul lagi hingga sebati.
3. Masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati.

*Selepas 20min keluarkan brownies dari oven. Tuangkan adunan cheese dan ratakan. Paipkan baki adunan brownies ke atas lapisan cheese dan lorekkan corak ikut citarasa. Masukkan semula ke dlm oven dan bakar lagi selama 15min atau sehingga cheese masak. Biarkan sejuk sebelum dipotong.

Rupa paras brownies sebelum dibedah siasat