Semalam hari last K.Nor dan Aisyah berpuasa. Dah abis segala hutang piutang K.Nor dan Aisyah, alhamdulillah.. Jadi K.Nor buat mihun soto ni sebagai juadah berbuka puasa. Kebetulan pulak cik abg kata ada kawan dia sekeluarga dr Kemasik nak datang ke rumah. K.Nor pun buat lebih la mihun soto ni.
K.Nor guna resipi Soto Ayam by Diana Myr. Memang dah jatuh cinta dgn resipi ni sbb ada kelainannya. Iaitu menggunakan santan. Memang sedap dan enak sih.. Kawan suami K.Nor sekeluarga pun bertambah2 makan semalam.. Kalau ada yg nak resipi sila cari kat MyR ya. Sori, tak leh nak letak link sbb lappy ni tak leh nak access ke MyR dr semalam lagi. PC K.Nor dah masuk ward, nanti lepas sembuh K.Nor paste resipi tu kat sini ya..

Mintak izin ya Diana, nak paste resipi kat sini.. tq
SOTO AYAM by Diana Myr
- 6 bungkus lontong ADABI yang telah dimasak
- 2 ekor ayam, dibelah empat
- 3 - 4 liter air
- 1 cawan santan pekat
- 1/2 cawan serbuk ketumbar
- 2 sudu teh serbuk jintan halus
- 2 sudu teh serbuk lada putih
- 3 batang serai, dititik
- lengkuas sebesar ibu jari, dititik
- 1 batang kayu manis
- 1 kuntum bunga lawang
- 4 biji buah pelaga
- 5 tangkai bunga cengkih
- garam secukup rasa
- 1 cawan minyak untuk menumis
- Bahan untuk Dikisar
- 3 biji bawang besar
- 2 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- 1 inci kunyit hidup
- Bahan untuk Sambal Kicap
- 5 batang lada merah
- 20 biji lada padi merah thai
- 2 ulas bawang putih
- 1/2 cawan kicap lemak manis
- Bahan Hiasan
- bergedil
- taugeh yang telah dicelur
- daun sup, dipotong halus
- bawang goreng
- sambal kicap
- ayam, yang telah disiat-siat
- Panaskan minyak didalam periuk. Masukkan rempah tumis (kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih) bersama serai dan lengkusa yang telah dititik. Tumis rempah yang telah dikisar sehingga naik bau. Masukkan serbuk ketumbar, jintan halus dan lada putih, gaul hingga sebati. Masukkan santan gaul sebati dan tuangkan air dan masukkan ayam. Masak sehingga kuahnya mendidih dan ayam masak.
- Cara membuat Sambal Kicap - Kesemua bahan itu masukkan kedalam alat pengisar dan kisar halus. Sedia untuk digunakan.
- Cara menghidang - Potong lontong dadu besar dan letakkan daging ayam yang telah disiat bersama taugeh dan tuang kuahnya. Hiaskan dengan daun sup, bawang goreng, bergedil dan sambal kicap.
* kalau nak makan dgn mihun, cuma celurkan mihun dlm air panas mendidih, biarkan seketika dan toskan. pastu rendamkan sekejap dlm air biasa dan ditoskan sekali lagi.
ini nak mengelakkan mihun kita tu melekat.
ini nak mengelakkan mihun kita tu melekat.