Tuesday, October 20, 2009

Trip to Cameron Highland 16 -18 Oct 2009 ~ Day 2

Sambungan catatan perjalanan cuti2 mesia ke Cameron Highland..

Setelah turun dr Boh Plantation, kita org berhenti kat Bee Farm yg mana terdapat jugak strawberry farm yg kita boleh petik stoberi segar dan bayar. Kalau tak silap kat sini harga utk sekilo stoberi $40.00. Selain dari stoberi dan lebah juga terdapat bermacam spesis bunga.






Setelah abis shooting kat Bee Farm tu, photoq2 pakat nak g shoot sebuah rumah lama yg dah diberi nafas baru.


Cantik kan!. Rumah ni skrg dijadikan hotel, restaurant & pub. Kita org tak masuk pun, photoq2 cuma amik gambar luar rumah tersebut.


Setelah abis shooting kat rumah lama tu, kita org menuju ke Bharat Plantation. Ni kedai yg menjual teh2 keluaran Bharat. Selain dari tu terdapat kedai2 yg menjual souveniers kat sini. Lepas dah abis cuci poket sket kita org kembali ke Tanah Rata utk sesi sumbat isi perut@lunch. Pastu balik ke apartment utk solat dan rehat2. Pukul 4.30ptg kita org mula bergerak balik ke Brinchang utk ke Strawberry Farm, Pasar Malam Brinchang dan kawasan sekitarnya. Lokasi ni tak la jauh sangat dr tempat K.Nor nginap tp disebabkan jalan yg jamm terasa jauh dan lambat sungguh nak sampai. Dah la payah nak parking. Adalah dinasihatkan sapa2 yg teringin nak ke situ JANGAN gi masa hujung minggu yg serentak dgn cuti khas. Memang jamm giller tau! Rancang betul2, amik cuti masa weekdays yg tak terlibat dgn cuti khas.



Disebelah kiri tu sebenarnya Strawberry Farm, jauh lagi kena daki tu. Kalau nak park kereta kat sini tak susah sgt. Kalau tak silap ada 200 lot parking yg dia org sediakan secara bertingkat2. Kat sini pun harga stoberi yg kita petik $40.00 utk sekilo. Kaktus yg duk dlm pot kecik2 tu boleh dibeli dgn harga $10.00 utk 6 pot. psst.. kalau kat Pasar Malam Brinchang ada yg jual $10.00 utk 8 pot tp pilihan tak la sebanyak yg kat Cactus Valley ni. Souvenier kat kedai2 atas tu pun lebih mahal dr yg kat Pasar Malam. Pilihan souveniers ni pun lebih kurang jer mana2 tempat pun.


Tengok ni, cantik kan.. Step tangga kat Strawberry Farm ni pun ada corak strawberry..



Turun dr Strawberry Farm tu kita org menuju ke Pasar Malam Brinchang. Nampak tak stoberi yg duk dlm tray kuning dan merah tu. Yang kat sini, stoberinya agak manis. 1 tray yg mengandungi 2.5kg stoberi tu dijual dgn harga cuma $35.00 aje. Kan murah dr yg dijual kat mana2 strawberry farm! Kalau nak beli boleh pakat2 dua org pastu amoi tu akan pack dlm bekas yg boleh memuatkan 8 bekas plastik. Tapi adalah digalakkan beli la stoberi masa kita dah nak berangkat pulang. Tau aje la stoberi ni mana la tahan lama kena lak duk dlm keter panas2 kalau yg long distance tu. Masa dlm perjalanan pulang (3rd day) pagi tu, ada gak yg menjual pelbagai sayuran dan buahan2an di tapak pasar malam ni. Jadi elok la beli masa tu.


Dua pack 10.00 ajer ni tau..


Ni la keadaan Pasar Malam Brinchang yg penuh sesak.
Macam2 adaaaaaaaaaaa........


Jagung madu..manissss sgt, nak makan mentah pun boleh ni tau..


Kalau nak beli jagung madu ni, beli la yg buah dia tu kecik2 sket jgn beli yg gemuk2
yg kecik2 tu buah muda dan juicy serta manis. Kalau yg gemuk/besar tu dah tua sket, kurang manis dan juicy dia..
Masa K.Nor makan jagung madu ni (k.nor kukus kejap jer) air dia terpercik tau.. manisss sgt2. Tak rugi beli walau harga dia mahal sket. Kalau yg kecik lebih kurang 8 - 10 bj utk 10.00. Kalau yg saiz besar tu dlm 5 /6 bj utk 10.00. Kalau nak rebus jagung ni cuma makan masa 5 minit jer. Rasanya lebih sedap kalau dikukus. Satu lagi amoi tu cakap kalau yg besar2 tu Ipoh mali.. :)


Baby carrot

Macam2 sayur ada tu.. rasa cam nak beli semua setiap satu..
apakah daya, mana la muat bonet keter.. lain kali kena bawak lori pickup kalau nak g lagi hehe...
sayur2 ni ada sesetengah tempat (gerai tepi jalan) jual 6 paket utk $10.00 dan kalau kat pasar malam Brinchang ada yg jual 7 atau 8 paket utk $10.00.
Kita boleh pilih sayur mana yg kita nak, dia org dah siap paket2 setiap jenis sayur tu..
sayur lak segar2 jer..


to be continue ... ^________^