f Secubit Garam: Tuka Bakar

Saturday, October 3, 2009

Tuka Bakar


Semalam adalah hari terakhir Along kat rumah sebelum bertolak balik ke Jordan. Alhamdulillah K.Nor dpt settle semua masakan yg dia listkan. Kalau ikutkan dia nak makan pari bakar tp dah 2 hari cari ikan pari, kat pasar tani (Khamis) dan pasar Chabang 3 (Jumaat), sekor habuk pun tak ada ikan pari. Last2 K.Nor beli jer ikan tuka ni, anak beranak ikan pari gak kan. K.Nor beli 3 ekor, khas utk dibakar dan utk makan masa lunch jer.

2 lagi menu utk hari semalam ialah Kerabu Seafood dan Udang BBQ dan tak ketinggalan air asam(lupa nak posing). Seronok tengok Along dan adik2 dia makan dan meratah lauk. Alhamdulillah..