Tuesday, November 3, 2009

Ayam Tandoori Goreng

Pernah tengok kat rumah Noreen ayam goreng ni. Dua hari lepas nampak pulak kat rumah Love. Ish.. menggoda betul ler. Kebetulan rempah tandoori mmg dah sedia so.. kita jalankan aje la projek mentandoori :) Resipi asal dr K.Liza. Dah cari kat rumah K.Liza tp tak jumpa. Tak per la ya, K.Nor copy dr rumah Love. Tq buat K.Liza, Noreen dan Love.. Mintak izin ya nak tampal resipi tu kat sini..



AYAM TANDOORI GORENG by K.Hanieliza

Bahan
  • 1 ekor ayam [potong kecil dan bersihkan]
  • 1 paket rempah tandoori MAGGI
  • 3 s/b cili mesin
  • 1 s/b serbuk kunyit
  • 5 s/b tepung goreng ayam
  • 3 ulas bawang merah ]
  • 2 ulas bawang putih ] mesin halus
  • 2 inci halia ]
  • garam
Cara
  1. Gaulkan semua bahan dan perapkan selama 1/2 jam
  2. Gorengkan dalam minyak yg banyak sehingga garing.