Thursday, November 12, 2009

Kari Sotong

Semalam kan, tengok rumah Love... Dia tayang menu dia yg menggiurkan tu. Memang K.Nor dan hb suka makan nasi cam dia buat tu. Kalau dpt makan kat kedai daun pisang lagi syok. Duk plan la nak buat jugak menu cam Love tu tp tak guna ikan tenggiri la. Kita ejjas sket guna bahan lain.

Tadi g pasar tani nampak sutun2 bergelimpangan. K.Nor sambar la 4 ekor khas nak buat kari ni. Balik rumah terus masak tapi sebelum tu sempat gak cantas daun pisang kat belakang/bawah rumah nun. Memang betul2 menjadi plan nak makan nasi dengan berpinggankan daun pisang.. hehehe...

Taaaaaaapi sayangnya, bila time nak goreng papadam(ni sebutan Love yg ajar) tak ada la pulak stok papadam.. Ish.. frust sungguh! Cik Abg kata, ganti dgn keropok ikan pun tak per.. So jadi la, keropok ikan menggantikan papadam.. layan jer la ek..


Haa... ni guna daun pisang ori ya.. bukan plate berbentuk daun pisang tau.. :)


Yang ni khas utk Lia(Rishazalia)..
Dah 2 hari Lia duk request nak makan kari sutun yg bertelur.
Sampai K.Nor kena selak satu2 sutun td nak cari yg bertelur..
Tu pun dpt 2 ekor jer yg ada telur, padat lak tu..
Silakan Lia ya..




KARI SOTONG

(my style)

700gm @ 4 ekor sotong (lebih kurang sejengkal panjang)
1 bj bawang besar ~ diblend
3 ulas bawang putih ~ diblend
1in halia ~ diblend
1 sudu besar cili mesin
3 sudu besar serbuk kari ~ bancuh dgn sedikit air hingga menjadi pes
1/2 cawan santan fresh
air asam jawa
daun kari
garam dan gula (jika suka)
air secukupnya
minyak

bahan sampingan :

tomato buah, kacang bendi

  1. Panaskan minyak dan masukkan cili mesin. Masak hingga sedikit garing dan masukkan bahan2 yg diblend. .
  2. Bila dah garing, masukkan pes kari. Biarkan garing sedikit dan masukkan 1/2 gelas air (tujuan dimasukkan air ni supaya rempah tu pecah minyak dgn elok). Masak hingga pecah minyak.
  3. Masukkan halba campur, daun kari, garam dan gula (jika suka). Goreng hingga wangi dan pecah minyak (guna api sederhana jer masa menumis baru rempah kita masak dgn elok)
  4. Masukkan air (k.nor guna 500ml jer) dan masaklah hingga mendidih dan masukkan air asam jawa.
  5. Biarkan mendidih seketika baru lah dimasukkan santan.
  6. Bila kuah dah mendidih masukkan pula sotong.
  7. Masak lah sehingga sotong masak atau sehingga kepekatan kuah yg kita suka.
  8. Dan masukkan bahan sampingan spt tomato buah dan kacang bendi.
  9. Padamkan api dan boleh la dihidangkan dgn nasi panas2.