Thursday, November 12, 2009

Pizza Roti @ Roti Pizza?

Yang mana satu agaknya nama yg lebih tepat? Pizza Roti atau Roti Pizza? Rasa2nya Pizza Roti kut.. ish.. ikut jer la nama apa pun kan.. janji benda yg sama, masuk mulut dan ngap.. ermmmm enak nyer..

Bila perut lapar, tengok belen roti ada lagi. Rebuskan kejap sosej, potong capsicum, bawang dan cendawan butang juga sosej td. Sapu roti dgn sos cili dan letak bahan2 yg dipotong. Taburkan keju yg diparut pastu sprinkle dgn pizza seasoning. Masuk oven dan bakar la dlm 5 - 10 min. Keluarkan dr oven dan letak sos cili kat atasnya.. dan boleh la nikmati dgn seisi keluarga. Senang dan cepat jer kan..


Tang inti tu atas kita, kalau ada belen ayam goreng pun boleh gak letak. Siat2kan dan tabur jer. Kalau ada sos spaghetti (bolognese) pun boleh gak sapu atas roti tu. Semua ni K.Nor dpt dr blog Lydia @ Skyblue @ Mama John yg skrg dah jd makyung balik tu.. Tq Lydia..