f Secubit Garam: Strawberry Chocochips Muffin

Sunday, November 1, 2009

Strawberry Chocochips Muffin

Ni siaran tertunda ya... Sebenarnya buat muffin ni 3 minggu yg lepas, selepas balik dr Cameron. Lupa nak post masa tu disebabkan PC wat hal dan kena warded jd gambar terperap dlm hard disk. Soo....... tak yah nak ngendeng2 la ek.. semua dah lama jadi baja ^____^

Resipi asal oleh Yani, puan tanah MyR. K.Nor tak potong2 strawberry tu tp K.Nor lecek2 separuh lumat. Bila kita buat camni, hasilnya muffin ni lembut dan moist. Makin bertambah sedap! Maaf ya Yani bukan saja2 nak memandai2 ngejas resipi Yani. Dan mintak izin nak C&P resipi kat sini supaya dpt dijadikan rujukan di lain waktu. TQ..

STRAWBERRY CHOCOCHIPS MUFFIN by Yani MyR
  • 120g butter
  • 140g brown sugar
  • 20g gula halus
  • 2 biji telur - L size ( pukul dgn garfu tapi tak perlu kembang)
  • 300g tepung gandum
  • 1 sudu besar baking powder
  • 120ml susu segar
  • 10-12 biji strawberry
  • 100g chocochips

  1. Pukul butter sehingga jadi bentuk krim.
  2. Masukkan pula gula sikit demi sedikit. Pukul sehingga jadi putih.
  3. Lepas tu masukkan telur, sedikit demi sedikit sambil dipukul.
  4. Kemudian masukkan 1/3 tepung yg telah diayak dengan baking powder. Kacau.
  5. Masukkan pula 1/2 susu segar, kacau. Ulang lagi dengan 1/3 tepung. Kemudian susu sampai habis.
  6. Akhir sekali masukkan strawberi yg telah dibelah 4 dengan chocochips. Kacau biar semuanya bergaul rata.
  7. Lepas tu bolehlah ceduk ke dalam acuan muffin. Isikan penuh acuan muffin. Bakar selama 20-25 minit dengan suhu 180C.
** sebenarnya K.Nor terlupa nak letak strawberi emulco. Tu yg muffin nampak cam pucat jer. Tambah lagi stok chocchips dah abis jadi K.Nor tukar dgn letak choc rice. Choc rice dah take over kaler pink muffin ni. Tak ada niat nak derhaka kat resipi tp sekadar memanafaatkan bahan yg ada. Apapun mmg sedap muffin ni.