f Secubit Garam: Gader2 @ Perlis

Monday, December 28, 2009

Gader2 @ Perlis

Okey.. jom kita layan citer gader2 at Perlis ni.. ramai ke yg dah masuk panggung nih? hehe sabo aje la kan... dah 3 trip mesin basuh duk berdangdut tu.. yg belum berlipat dah menampakkan bentuk bukit. Meh ler sapa2 yg tak ada kerja tu, kat rumah ni ada kerja kosong. Tak perlu bermalam, boleh balik hari. Makan tanggung, boleh tapau kalau ada lebih.. Kerjanya tak payah, sambil duduk2 jer.. sambil layan citer kat tv.. mulut pun boleh ngunyah.. hihi ada yg sanggup tak? Kerjanya... menarah bukit baju !! Meh la.. meh laa .. syok nih kerja lipat baju... huhuhu... malessssssss bebenor ler bab melipat nih.. tapi kena buat gak kan.. huh! ish.. tak baik mengeluh... senyum aje la ya. Kang tak dapat pahala ^____^

Ok.. layan........


Ini la Fatinz MyR atau kat facebook dikenali dgn nama Yong Fatin. Duk kat Kangar, Perlis. Dah lama sungguh berhajat nak jumpa Fatin dan sorang lagi mek Perlis tu, akhirnya termakbul gak. Tak terpikir langsung sebelum ni nak jumpa dgn member MyR di sebelah utara ni. Maklum la, bukannya mudah nak ke sana, jauh kan. Ini semua kehendak tuhan akhirnya disebabkan pernikahan SIL K.Nor dgn org Sg Petani, dapat la K.Nor bertemu dgn dua org adik kat Perlis ni.

2 hari sebelum ke Langkawi, K.Nor tegur Fatin kat Facebook beritau yg K.Nor nak ke Langkawi. Tak sempat nak atur pertemuan yg lebih happening kerana keadaan tak mengizinkan. Dengan yg sorang lagi tu pun tak dpt nak berhubung. Hp dia selalu buat hal, tak leh nak contact. Akhirnya K.Nor tawakkal jer hantar SMS beritau yg K.Nor nak ke Langkawi dan naik feri kat Kuala Perlis. Dengan izin Allah, akhirnya dia dpt sms tu dan call K.Nor masa K.Nor dlm perjalanan ke sana. Alhamdulillah...

Posing dulu sementara menunggu yg sorang lagi tiba..


Haa... tu dia.. Dah sampai pun. Itu la Che'iza yg terror masak. Banyak resipi dia kat MyR kan.. Rasa dlm mimpi pun ada bila dpt jumpa Iza dan Fatin ni.. Mmg seronok sgt. Si tecik tu, hero @ bopren @ handbag Iza. Bila mula2 jumpa serius jer muka, sampai berkerut dahi. hehe.. Yer la duk jumpa tengah panas, mana tak berkerut dahi.. agaknya dia cakap, apa la makcik2 ni duk gader tengah2 panas.. hehehee.........

Iza datang bersama suami dan 3 org anak, 2 lelaki dan 1 perempuan. Terima kasih buat suami Iza yg sanggup keluar dr opis semata2 nak hantar mem dia gader2. Pastu siap belanja kita org lunch lagi. Terima kasih daun keladi ya.. ^___^

Ni kat restoran Anjung Keli. Punya la ramai org duk makan kat restoran ni, penuh! Posing dulu sebelum makan. Lauk pauk kat sini punya la banyak sampai tak tau nak pilih. Lauk berasaskan ikan keli pun banyak tau. K.Nor rasa la ikan keli goreng yg panas2 tu mmg sedap! Naim dan Cik Abg pun suka sgt makan kat situ siap ajak g lagi bila balik dr Langkawi. Tapi tak ada rezeki, tak dpt g masa balik tu..

Suami Iza disamping hero dia yg berbaju kuning dan anak dara yg berbaju pink.

K.Nor nak ucapkan jutaan terima kasih buat Iza dan keluarga serta Fatin sekeluarga yg sudi meluangkan masa bertemu dgn K.Nor pada hari tu. Terima kasih buat Fatin atas ole2 tu.. (cantik!! .. kek tu pun sedap.. tq2) Tak lupa terima kasih sekali lagi buat Fatin dan suami (Zaini) yg sudi menumpangkan kereta K.Nor kat rumah mereka dan bersusah payah menghantarkannya ke jeti masa menunggu K.Nor sekeluarga tiba dari Langkawi.

Rasanya ada gambar2 masa duk makan lepas turun dari feri tp nak kena belek lagi dr koleksi lebih dr seribu gambar2 yg ditembak masa percutian ni. Nanti la ya, K.Nor selongkar semula. Kalau ada akan di updatekan kemudian.. insyaallah..

updated:
sedikit lg gambar semasa lunch selepas kembali dr Langkawi.

Yang berbaju putih tu kawan suami K.Nor (member Fotosantai) yg turut ke Langkawi bersama keluarganya.

Fatin bersama puteri bongsu dan suami.

* sebenarnya kalau boleh nak gak jumpa member2 blogger yg lain, yg duk kat Perlis/Kedah tp disebabkan tak ada contact no jadi tak dpt la nak berhubung kan. Lagi pun takut gak org tak sudi jumpa ke, org bz ke.. Bukan tak ingat, ingat sgt dan nak jumpa gak kalau diberi kesempatan. Nak buat camna, tak ada jodoh lagi kali ni ya.. maaf ya...