Tuesday, December 29, 2009

Langkawi .. Part 1

Okey.. kita teruskan cerita ceriti holiday at Langkawi part 1. Sue, popcorn ada lagi? Tambah2 lagi ya.. citer panjang lagi ni.. hehe Nanti K.Nor wat air, nak air apa? Fresh orange? Iced Lemon Tea? Ice blended? Smootie? ..ermmm.. sky juice dah la ya.. popcorn tu dah manis kan.. hihihi

layan........

DAY 1 @ LANGKAWI ISLAND..

Bila berada di Jeti Kuah, gambar yg wajib ditembak semestinya burung terbesar ni kan..

Hero K.Nor yg sentiasa menjadi model terjun ayahnya..


Mak dara dan anak dara berposing dlm terminal jeti ..

K.Nor tiba kat jeti Kuah ni dlm pukul 5 lebih, kita org terus ke hotel penginapan di Eagle Bay yg terletak ditengah2 antara jeti dan Pekan Kuah. Untuk hari pertama ni tak ada agenda apa pun. Memang tak kemana2. Badan dah penat, seharian travel. Masuk bilik hotel terus bersihkan diri dan solat. Lepak2 kejap dan lepas solat Maghrib kita org keluar utk dinner di tepi dataran Lang. Kalau tak silap tempat tu dipanggil Tasik. Lebih kurang cam medan selera. Tak pasti sangat la nama tempat tu tp driver teksi yg beritau kat situ makanan sedap dan tak mahal. K.Nor makan laksa kedah kat salah satu kedai makan tu mmg best rasanya. Nasi lemak dia pun best. Lepas makan, lepak2 sambil menghirup udara malam kat Dataran Lang. Langkawi ni aktiviti kedai berhenti setakat pukul 9.30 malam. Jadi mmg tak leh nak shoping mana dah malam2 tu. Ramai la yg amik kesempatan lepak2 bersama famili kat Dataran Lang.

Lepas tu balik ke hotel dan tukar2 pakaian terus zzzzzzzzzzzzzzzz....... letih sih...

~~~~~~~ x ~~~~~~~

DAY 2 @ LANGKAWI ISLAND


Setelah selesai bf, K.Nor sekeluarga ke jeti semula utk sewa kereta bg memudahkan nak bergerak, menjelajah pulau. Kita org amik yg ada permit atas nasihat driver teksi yg hantar kan kita org masa nak sewa kereta tu. Dia kata sekarang ni musim JPJ beroperasi dgn hebat kat Langkawi. Mana2 yg sewa kereta yg tak ada permit tu, sediakan duit aje la utk bayar saman bila kena tahan kat road block. (memang ada roadblock masa K.Nor on the way ke Pantai Chenang).

Tempat pertama yg dituju adalah Underwater World, Pantai Chenang. Tapi dlm pada tu sempat gak la meronda tengok tempat2 menarik sepanjang perjalanan menuju ke Pantai Chenang tu. Banyak gak pit stop utk tembak menembak. Memang banyak pemandangan menarik kat Langkawi ni, dgn resort2, hotel2, pemandangan tepi pantai dan pemandangan bot2 berlabuh yg cantik2 sgt.

Ok kita layan gambar2 kat Underwater World yg ada bermacam2 spesis ikan. Dari sekecik2 lebih kurang ibu jari hingga la ada yg sebesar org. Jangan tak caya tau.. mmg ada ikan besor ni.. tengok aje gambar kat bawah..



Tarikan utama Underwater World, penguin..


Haa.. ini la ikan sebesar org tu.. besooooooor tau.. ikan apa ntah, tak ingat nama..
mungkin ikan kerapu rasanya.. ermm kalau wat ikan 3 rasa ni, cukup utk 50 org makan kut.. hihi

Mcm muka org kan..

Spesis udang

#banyak lg gambar2 ikan, tp tak larat dah nak upload.. maaaaaanyak sgt...


Bukan senang nak bergambar dgn penguin wooo... :)


Anak dara kat galeri lukisan dlm underwater world tu..


Spesis burung kuang


Burung kakak tua hinggap di jendela!


Chumel sgt itik ni.. kalerpul


Iguana.. smile!!


Bangau o bangau...



Ok adik2, kakak2.. cukup la tu utk hari/malam ni ya.. Nak tutup panggung dah ni.. Esok pulak kita sambung cerita. Dah Sue, g balik dulu.. esok dtg balik ya... Jgn lupa bawak roti pandan lak esok tau.. Nak yg panas2 ya. Akak buat air kopi kaw2...^___^