Wednesday, December 30, 2009

Langkawi .. Part 2

Meh kita sambung cerita ceriti holiday kat Langkawi, Part 2 pulak ya.. Tapi masih lg Day 2 kerana satu hari suntuk kita org ronda2 pulau ni. Sebenarnya selepas sarapan kat hotel kita org tak terus sewa kereta. Tempat yg pertama dituju selepas sarapan adalah klinik gigi utk mencabut gigi Luqman yg mana pagi tu dia mengadu sakit gig. Tengok2 gigi gerham susunya yg sebelah bawah dah goyang tanda gigi kekal dah tak sabar2 nak keluar. Kesian dia, tak leh nak makan sgt masa sarapan. Tu yg kita org terus bawak dia ke klinik gigi. Maka dgn itu tertinggal la 'harta' Luqman kat pulau yg bakal menjadi kenangan buat dia nanti.. ^__^

Ok tak leh panjang sgt mukaddimah, banyak gambar2 yg bakal dipertontonkan utk kali ni. eh.. sebelum tu K.Nor hidangkan la snack dan minuman buat semua yg sudi 'menonton' n3 malam ni.. Sue, akak tunggu bun pandan tak sampai2 so akak buat aje la popcorn ni ha.. Love, no lychee smuti malam ni ya.. malam esok la pulak kut :D

K.Nor dah siapkan popcorn dan mango ice blended ni. Sila la ya, sambil2 menonton tanyangan yg agak panjang sket malam ni. Jom..................

DAY 2 @ LANGKAWI ISLAND ~ 2nd episode :)


Sekarang ni berada kat Oriental Village Geopark tempat di mana boleh menaiki kereta kabel hingga ke puncak gunung(?)

Suasana kat dalam... ayah nak posing gak, asyik2 muka org lain jer duk enterprem :)

Segway ride yg boleh disewa, wat round2 dlm park ni.

Ni la bangunan yg menempatkan hentian pertama cable car. Nampak tak umat yg ghamai tu duk beratur.. ermmm...... ramai sungguh!

Uish cik abg, dlm nak naik cable car sempat lg diskas bab bisnes ek.. udah2 la tu...
meh2 beratur :P


Tengok tu, ada 4 line org duk beratur, cam ular kena palu tu... ramai!!

Setelah 1jam lebih beratur baru la boleh sampai ke peringkat terakhir utk menaiki cable car ni.. jenuh menunggu...
sabo aje la ya.. bukan senang nak naik keter kebel nih...


Here we go... up .. up.. & away!!!!

Haa... time nak sampai kat 'tiang' ni ler yg gerun sket, dia punya henjatan tu..
fuhhhh.. kecut perut tau!

Angah, amik gambar ayah lak..
Kang tak dok kenangan ayah naik keter kebel ..hehehe


Ni hentian ke 2, K.Nor tak turun masa sampai kat sini tp teruskan naik hingga ke hentian terakhir (hentian 3)
Hentian ke 2 ni K.Nor pergi masa on the way nak turun.


Okey.. Dah sampai ke puncak pun. Tengok tu 710m paras laut tu...
Berada di puncak nan tinggi!!! Sejuk dan berangin kat sini.


Aik, nak enterpreme lagi ya .... layan.........

Ni jambatan gantung yg menghubungkan antara 2 puncak gunung (?) Hanya disokong oleh kabel2 yg bergantungan tu. Nak ke situ kena turun anak tangga yg tinggi dan jauuuuuuh gak perjalanan.. meh ikut ... (Sapa yg gayat tak yah la g situ )

Haa..ni dia laluan ke jambatan gantung tu. Jauh gak ni nak sampai dah la tinggi. Memang semput nafas dan lenguh lutut nak mendaki balik ke atas.

Suasana atas jambatan gantung dgn angin yg kuat sampai K.Nor kena sentiasa pegang tudung. Kalau tak mmg melayang la tudung :)
Terasa gak jambatan tu bergoyang2 ditiup angin kencang...

Pemandangan yg boleh dilihat bila menaiki cable car, Telaga Tujuh..
Jauh gak ni tp bila diambil cara zoom nampak dekat jer kan..

Okey.. perjalanan turun dah ni...
Kita tengok apa yg ada kat taman pulak

Anak rusa nani baru kembang ekor.....

Gosok2 sket...

Arnab pun ada, baaaaaaanyak!

Luqman yg lahir dlm tahun arnab mmg suka arnab :)

Nak bg makan pun takut bila kena serbu di rusa2 tu...

Sebenarnya ada gajah kat taman gajah di dlm taman ni, tp waktu melawat dah abis. Masa tu dah hampir pukul 7ptg. Kalau tak boleh naik gajah :)

~~~~~~ 0 ~~~~~

Sekian episod utk malam ni. Kita sambung malam esok lak ya. Letih akak duk mengedit, meng upload gambar2. Kalau ikutkan banyak lagi gambar2 yg nak dipostkan tp tak larat dah. Cukup la yg tu utk malam ni. Banyak dah tu. Dah abis popcorn? Air pun abis gak? Ish3.. Pi balik rumah masing2 dan minum aje air kat rumah ya.. akak dah ngantuk ni. Nak tutup panggung dulu..... Jumpa lagi!!


fuhhh!!! pecah rekod.. hampir 4 jam dihabiskan utk siapkan n3 ni. Bermula dgn editing gambar hingga la ke publish..