f Secubit Garam: January 2010

Sunday, January 31, 2010

Sotong Goreng Kari

Saja2 mencuba kaedah baru masak sotong arini sbb dah tak tau nak masak cara mana dah. Nak masak sambal sotong, anak dara dah tak nak makan. Alih2 campak jer bahan2 yg rasa boleh ngam dgn masakan ni. Terhasil lah Sotong Goreng Kari, masakan yg simple jer bahan2 dia. Rasa pun sedap gak kat anak tekak kami sekeluarga.




SOTONG GORENG KARI


400gm sotong ~ dibersihkan dan dipotong
3 ulas bawang putih ~ dicincang
1 labu bawang besar
1/2 in halia ~ dihiris nipis
1 bj lada merah
2 sudu besar serbuk kari
2 tangkai daun kari
1 bj tomato ~ dipotong 6 atau 8
garam & sedikit gula
1/2 cawan air
1 sudu besar jus limau nipis/kasturi
minyak

Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga wangi.
Masukkan bawang besar dan halia.
Bila tumisan dah berbau wangi, masukkan serbuk kari dan daun kari.
Masukkan air dan kacau.
Masaklah sehingga pecah minyak dan masukkan garam dan sedikit gula (jika suka).
Masukkan sotong dan masaklah hingga kuah agak pekat dan masukkan tomato, lada merah dan jus limau nipis.
Kacau2 sekejap dan boleh la diangkat.
Hidangkan panas2.


## ralat:-
K.Nor nk mintak maaf pd yg dah mencuba resipi ni. Baru perasan yg K.Nor dah tertinggal satu bahan yg sepatutnya diletak dlm masakan Sotong Goreng Kari ni iaitu jus limau nipis/kasturi. K.Nor dah pun edit kat dlm resipi tu. Ampun dan maaf K.Nor minta ya..

Saturday, January 30, 2010

Mihun Goreng Tomyam


Ermm.... pucatnyer kaler mihun arini padahal yg real tak la sepucat ni. Ni kes guna kamera tecik la ni.. Kamera gedabak ikut tuan dia g outing dan gader2 dgn geng photog dia kat Dungun. Tak per la ya, pucat2 pun licin gak sbb rupa jer pucat tp tetap pedas. Sesekali layan mihun goreng pun best gak tambah lagi ada keropok lekor goreng yg digoreng garing2. Pastu layan pulak air kopi O.. lagi laaa mengancam!..


Resipi Mihun Goreng Tomyam ni antara resipi terawal yg K.Nor post kat MyR. Alhamdulillah, setakat ni feedback org yg membuatnya berpuas hati dgn mihun yg dihasilkan.. Terima kasih jugak buat mereka yg telah sudi mencuba resipi ni.


MIHUN GORENG TOMYAM
  • 1 bungkus mihun - rendam, bila lembut, toskan
  • 300gm udang
  • 200gm isi ayam
  • 3 ulas bawang putih - diketuk
  • 5 ulas bawang merah - dikisar
  • 2 batang serai - diketuk sedikit
  • 2 kiub perencah tomyam (maggi/knorr)
  • cili api - bagi yg mahukan lebih rasa pedas
  • 1 biji telur
  • 3 helai daun limau purut - dicarik2kan
  • sayur kobis - di potong pjg (halus)
  • carrot - dipotong pjg (spt btg mancis)
  • 2 biji tomato - dihiris nipis2
  • 1 mangkuk air - jika ingin mi basah lebihkan sukatan air
  • daun saderi
  • Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan serai hingga wangi. Masukkan ayam dan kacau.
  • Masukkan pula bawang merah yg telah dikisar dan perencah tomyam. Goreng sehingga pecah minyak.
  • Masukkan udang dan gorenglah sekejap baru masukkan telur
  • Masukkan air, garam dan gula secukup rasa. Untuk mendapatkan rasa yg lebih sedap bolehlah dibuat stok udang dengan merebus kepala dan kulit udang yg telah dibersihkan. Masak hingga mendidih dan masukkan sayur2an (kobis, carrot dan tomato yg telah dipotong) Masukkan juga daun limau purut yg telah dicarik2kan
  • Bila sayuran dah agak lembut, masukkan mihun tadi dan goreng hingga ramuan sebati dan mi menjadi lembut (Jika ingin mi yg basah lebihkan air/stok udang)
  • Hidangkan ke dalam pinggan dan taburkan dengan daun saderi yg telah dihiris halus

Friday, January 29, 2010

Kek Marble Cheese


Jom makan Kek Marble Cheese di petang hari yg mendung cam nak ujan nih.. Nak air teh O ke nak kopi O? Kek ni dibuat semalam tp baru hari ni potong. Biar bermalam dulu semalaman dlm esbok baru lebih sedap. Memang kek febret K.Nor nih tambah lagi kalau diletak ganache tu. Laaagi la sedap!



KEK MARBLE CHEESE by Umi Feeza MyR
  • Bahan A
  • 185gm butter
  • 1/4 cwn serbuk koko
  • 1/2 cwn gula halus
  • 1 cwn tepung naik sendiri
  • 2 biji telur
  • k.nor tambah 1/3 cawan susu fresh sbb adunan agak pekat( dgn menambah susu ni, kek kita lebih moist)
  • Bahan B
  • 250gm cream cheese
  • 1/2 cwn gula halus
  • 1/4 cwn fresh milk
  • 1 biji telur
  • 1 sudu teh esen vanila
  1. Cairkan butter,masukkan serbuk koko dan kacau sebati. Biarkan sejuk.
  2. Pukul gula dengan bancuhan butter dan masukkan telur sebiji demi sebiji. Bila sebati, masukkan tepung dan gaulkan. Ketepikan dulu.
  3. Dalam bekas lain, pukul cheese ngan gula dan esen hingga sebati. Then masukkan telur dan fresh milk, sebatikan.
  4. Tuangkan adunan koko berselang seli ngan adunan cheese ke dalam acuan yg telah dilengser ngan butter. Kemudian lorekkan ngan lidi untuk hasilkan marble.
  5. Bakar hingga masak. Biarkan kek semalaman dahulu baru potong. Kek ni agak moist. Yang saya buat tu cheesenya terlebih kat tengah acuan. Tak sabar tunggu, potong awal...tu yg sememeh sket kat tengah tu, cheese xdan sejuk.

Thursday, January 28, 2010

Rainbow Marble Pudding

Rainbow Marble Pudding, resipi asal dr MakLang (kalau tak silap la..) tp K.Nor kopipes dr blog Ummi Kuantan. Meh kita layan puding di kala petang hari ni ya..


MakLang & Ummi, mintak izin ya nak letak resipi tu kat sini utk dikongsikan bersama2 yg lain.. tq..

RAINBOW MARBLE PUDDING by MakLang

Bahan:-

1 paket agar2 serbuk (13 gm)
675 ml air225 gm gula pasir65 gm butter
4 biji telor saiz sederhana
1/2 tin susu cair Carnation (*ummi guna Ideal Nestle)
1 sudu makan tepung kastad
1 sudu makan serbuk koko
1 sudu teh esen vanilabeberapa titis pewarna merah dan kuning
~ k.nor tambah kaler hijau dan biru

Cara Memasak:-
  1. Masak agar2 bersama air dan gula hingga mendidih. Tutup api dan ketepikan.
  2. Pukul telor sebentar dengan whisker, masukkan susu dan tepung kastad, kacau sebati. Tapis.
  3. Kemudian masukkan adunan yang ditapis tadi ke dalam agar2 dan kacau hingga rata.
  4. Masak semula hingga adunan mendidih, kemudian masukkan butter dan esen vanila. Kacau rata.
  5. Bahagikan adunan ke dalam 3 mangkuk berasingan. Masukkan warna koko (bancuh bersama sedikit air) dalam salah 1 mangkuk dan kacau rata. Masukkan pewarna kuning dan merah berasingan dalam 2 lagi mangkuk.
  6. Ambil loyang empat persegi ukuran 9 x 9 x 3 in. Sanggakan salah satu hujung loyang dengan buku atau lain2 alas.
  7. Tuangkan satu senduk adunan merah, diikuti satu senduk adunan kuning dan satu senduk adunan coklat berselang seli. Buat hingga habis.
  8. Letakkan kembali loyang pada kedudukan asal dan masukkan ke dalam peti sejuk. Bila telah keras, potong dan hidangkan..

Wednesday, January 27, 2010

Kerabu Sotong Dgn Suhun 2


Sebelum ni K.Nor pernah letak resipi Kerabu Sotong & Suhun yg mana resipinya milik K.Hanieliza. Kali ni dgn berpandukan resipi tu jugak K.Nor buat sekali lagi tapi dgn sedikit pengubahsuaian tapi masih menggunakan bahan2 yg sama spt K.Nor buat hari tu. Kalau mengikut resipi asal kita perlu tumbuk cili api, cili merah dan bawang putih tapi kali ni K.Nor tak tumbuk cuma hiris halus2 jer (males sebenarnya nak menumbuk tadi..) Apapun rasa kerabu ni tetap sedap dan menyelerakan. K.Liza, mintak izin sekali lg nak paste resipi tu kat sini ya.. tq..


Sori la ya.. tak leh nak pot pet panjang2.. tuan rumah kurang sihat sket. Selsema lagi hari ni. Duk bersin jer, makan pun tak selera. Dalam bulan ni saja rasanya dah 3x kena selsema. Kepala pun dah makin berat.. so jumpa lagi ya esok2.. insyaallah...



KERABU SOTONG & SUHUN by K.Hanieliza

Bahan
500 gm sotong sederhana besar
50 gm suhun [rendam dan celurkan air panas]
3 s/b jus limau nipis
1 s/b sos ikan [boleh gantikan kicap cair + 1 s/k kiub ikan bilis dihancurkan]
1 s/k gula
garam [jika perlu]
2 pokok daun ketumbar [racik kasar]

Bahan Tumbuk ~ semua ni K.Nor hiris jer
3 tangkai cili api
3 tangkai cili merah
2 ulas bawang putih

Bahan Mayang
2 kuntum bunga kantan ~ tak letak, sbb tak ada, K.Nor ganti dgn tomato
1 labu bawang besar
1 batang timun [kecil] ~ tak letak gak, sbb tak ada, K.Nor ganti dgn carrot
3 tangkai cili merah

Cara
1. Sotong dibersihkan. Buangkan kulit dan potong bulat.
2. Masukkan sotong dalam kuali dan masakkan sehingga keluar airnya.
3. Masukkan semua bahan dalam mangkuk dan gaul rata.
4. Rasakan masam dan masinnya.
5. Hidangkan.

Nota;
Masa masak sotong dalam kuali tu jgn masukkan air nanti sotong tu akan berkuah due to sotong akan keluarkan air semasa masak.

Tuesday, January 26, 2010

Yogurt Fried Chicken

Akhirnya terlaksana gak nak buat ayam yogurt Love ni. Dah lama peram nak buat tp tak jadi2 gak. Bila dah buat ermmmm...... enak dan rangup jer.. TQ Love, mmg best ayam ni. Boleh buat lagi dan lagi nanti. So K.Nor nak share resipi tu kat sini gak ya.. Tapi K.Nor tak amik kat rumah Love sbb yg Love versi omputis. K.Nor amik kat rumah Mama 3D nun kat Jepun. TQ ya adik2..


YOGURT FRIED CHICKEN by Love

Bahan-bahan
  • Bahan (A)
  • 1 ekor ayam ~ dibersihkan dan dipotong. Toskan air berlebihan. Pastikan isi ayam betul2 kering.
  • 1 cwn/250ml plain yogurt
  • 6 ulas bawang putih ~ ditumbuk halus
  • 2 inci halia ~ ditumbuk halus
  • 1 sb serbuk paprika
  • 1 sb serbuk cayenne- ltk serbuk kari
  • garam secukup rasa
  • 2 tangkai daun kari
  • Bahan (B)
  • 1.5 cwn tepung gandum (boleh tambah sedikit tepung beras bersama)
  • 1 sk baking powder
  • 1 sb serbuk paprika
  • 1 sb serbuk cayenne- pon ltk kari
  • secubit garam
  • -------------------------
  • jus lemon (optional)
  • minyak untuk menggoreng
Cara-cara
  1. Gaul sebati semua Bahan (A) dlm sebuah mangkuk. Biarkan perapan selama 2-3 jam (lagi bagus kalau semalaman).- hana buh skali jus lemon ngan bhn A tuh.
  2. Dlm sebuah mangkuk yang lain, gaul bahan (B). (boleh juga menggunakan ziplock plastic bag)
  3. Panaskan minyak dlm kuali. Pastikan minyak betul2 panas...tapi tidak berasap.
  4. Salutkan ayam dgn tepung dan gorengkan hingga masak. (jika menggunakan ziplock bag, masukkan bahan (B) dlm bag, diikuti dgn ketulan ayam yang telah diperap. Zip dan goncang).
  5. Apabila ayam dah masak, angkat dan toskan minyak berlebihan.
  6. Perahkan sedikit jus lemon ke atas ayam yang telah digoreng. Sedia dihidang! ;)
  7. * penggunaan paprika dan cayenne boleh dikurang/ditambah ikut citarasa

Kacang Botol Goreng


Meh kita makan sayur kacang botol goreng. Selalunya K.Nor suka wat ulam jer tapi sesekali goreng gak stail gini. Kadang2 campur dgn udang atau udang kering tp kali ni campur dgn hati dan pedal ayam. Tambah kicap dan sos tiram.. pastu makan dgn nasi panas2 ... ermm sedap!


Monday, January 25, 2010

Mari Meroti...

Salam buat semua...

Jom kita makan roti.. Cicah air kopi panas.. ermmm sedap!..



Kali ni mencuba resipi roti baru kat MyR yg dipostkan oleh Sakura>Emi yg menggunakan water roux dlm bahan2nya. Sekarang ni mmg K.Nor suka mencuba roti yg diletakkan water roux. Memang lembut dan gebus roti tu dan tak perlu lagi dah guna bread softener. Sekali buat water roux dpt banyak gak, simpan aje dlm peti ais sbb sekali guna cuma 2 sudu besar jer. Bukannya payah sgt nak buat water roux ni. Mudah jer.


Not bad roti ni ada rasa oren.. Emi, mintak izin ya, nk share pulak resipi tu kat sini.. TQ..



ORANGE BREAD by Sakura>Emi
  • 250gram tepung roti
  • 1 1/2 sudu kecil yis
  • 2 sudu besar marjerin/butter/shortening
  • 1 sudu kecil parutan kulit limau
  • 2 sudu besar gula
  • 125ml susu segar
  • 25ml jus limau
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 2 sudu besar water roux
  • bahan-bahan water roux: (resepi asal oleh mamafami) 25 gram tepung gandum dan 125 ml air
  1. Water Roux: Masukkan semua bahan ke dalam periuk dan kacau sehingga pekat dengan menggunakan api perlahan. Sejukkan sebelum guna. kalau nk buat water roux ni byk buat dlm nisbah tepung:air 1:5. Boleh bertahan 3 hari dalam peti ais
  2. Masukkan semua bahan ke dalam breadmaker, pilih menu dough dan tunggu sampai siap.
  3. Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara. Ambil 45gm dah bentukkan roti hingga habis. Tutup dgn kain basah agar kekal lembab. Biarkan naik dua kali ganda lebih kurang 40 minit.
  4. Bakar dalam oven pada suhu 180C ke 170C selama 20 – 25 minit.
  5. Sapu mentega pada permukaan roti sejurus dikeluarkan dari oven dan sejukkan atas redai.
  6. Simpan roti dalam plastik/bekas kedap udara agar kekal lembut.
  7. Sedap dimakan panas2. Selamat mencuba.



Ni satu lg roti yg dibuat hari ni. Resipi asal Soft Honey Bun oleh Ros JintanManis tp K.Nor copy resipi kat rumah Ina Mama 3D. Roti ni dah dimake over sket so kena la tukar nama. K.Nor tak letak honey tp gantikan dgn pandan emulco (sbb Luqman suka sgt dgn roti pandan, kena la tukar perisa). So bila tak guna honey kena la letak gula utk memaniskan rasa roti ni.. Tak la tawar jer kan. Sapa2 yg nak tengok versi asal resipi Soft Honey Bun boleh tengok kat rumah Ina atau rumah Ros.. Mekacih utk adik 2 org ni ya....



SOFT PANDAN BUN

Bahan-bahan
  • 250g tepung roti
  • 11/2 sudu kecil dry yis
  • 2 sudu besar marjerin@butter@shortening
  • 1 sudu besar susu tepung
  • 2 sudu besar madu - hana lebihkan sket (k.nor gantikan dgn 3 sb gula castor)
  • 150ml susu segar @ air suam
  • 2 sudu besar water roux
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 sk pandan emulco & sedikit pewarna hijau (yg ni K.Nor tambah)
Cara-cara
Cara jika Menggunakan Tangan

1. Satukan tepung roti ,marjerin dan garam di dalam bekas adunan dan buat lubang ditengah.

2. Kemudian masukkan susu segar, madu, water roux, di dalam tepung dan uli rata hingga menjadi doh. Pastikan doh lembut dan elastik, kemudian letak didalam bekas dan tutup dengan plastik wrap. Perap 45 minit hingga doh menjadi dua kali ganda.

Cara BreadMaker

1.Masukkan semua bahan ke dalam breadmaker, pilih menu dough dan tunggu sampai siap.

2. Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara. Uli 5 minit, kemudian bahagi doh pada 12 bahagian kecil dan letakkan dalam acuan petak dan biarkan naik dua kali ganda lebih kurang 45 minit hingga satu jam.

3. Bakar dalam oven pada suhu 180C ke 170C selama 22 – 25 minit. Gliss mentega pada permukaan roti sejurus dikeluarkan dari oven dan sejukkan atas redai, Simpan roti dalam bekas kedap udara untuk mengekalkan kelembutan roti, bun ini akan sentiasa lembut walaupun setelah dua hari.

Colek Ikan Selar

Ermmm... lauk ikan lagi hari ni. Tak kisah lah, bagi K.Nor lauk ikan yg stail gini mmg tak puas makan (K.Nor mmg lebih suka lauk ikan dr lauk ayam). Kena pulak dgn nasi panas2 dan ulam. Lagi pun menu ni cik abe yg request, so cik adik kena la layan kan.. Kalau bukan cik adik yg layan, sapo lg nak layan. Kang org lain tulun layan kan.. naya! :)

Kalau ikut resipi asal, Za guna ikan tenggiri sbb tu nama resipi ni Colek Ike Tenggiri. Kebetulan beli ikan selar yg besar dan segar ni smlm so K.Nor guna aje ikan selar ni. Sedap! Hari tu Za pernah suruh try letak daun limau purut menggantikan daun ketumbar. Kali ni K.Nor try dgn daun limau purut, rasanya tetap sedap. Wangi jer bau daun limau tu tp bg K.Nor penggunaan daun ketumbar lagi ummph! hehe terpulang la pada citarasa masing2 kan Za :D

K.Nor mintak izin nk share sekali lg resipi tu kat sini ya Za.. tq!



COLEK IKE TENGGIRI by Zaliana MyR

4 keping ikan tenggiri
1/2 cawan air masak
2 sudu besar gula
2 sudu teh garam
5 biji cili api
2-3 biji limau nipis
1 inci belacan (bakar sikit)
1 biji tomato (potong dadu)
1 biji bawang besar (potong dadu)
Sedikit daun ketumbar/ daun limau purut/daun saderi (hiris)

Letakkan secubit garam pada ikan dan bakar dlm oven hingga masak.(Kalau bakar dgn kayu arang lebih sedap)

Campurkan air masak, cili, garam, gula, belacan dan perahan air limau dan blend. Tumbuk dengan lesung pun boleh. Letak dlm bekas dan gaulkan dengan bawang,tomato dan daun ketumbar.

Tuangkan kedalam pinggan berisi ikan yg telah dibakar. Sedia untuk dimakan dengan nasi panas.

Sunday, January 24, 2010

Ikan Goreng Dlm Sos Daun Limau Purut

Menu repeat aje hari ni. Walaupun repeat, sgt2 sedap. Masakan Thai yg cukup dgn rasa masam, masin, manis dan pedas. Cukup menyelerakan. Kalau tak caya tanya Ummi Kuantan, dia pernah masak lauk ni.. kan Ummi kan.. hehe Kali ni K.Nor gunakan ikan tenggiri pulak. Rasa tetap mabeles! Seisi keluarga suka lauk ni. Cuba la..


K.Nor letak sekali lagi resipi yg diambil dr buku masakan Thai ni.. Slmt mencuba..


IKAN GORENG DALAM SOS DAUN LIMAU PURUT

2 ekor ikan bawal ~ k.nor guna ikan talapia
1/4 cawan tepung serbaguna
2 helai daun limau purut ~ hiris halus dan digoreng garing, toskan
minyak utk menggoreng

Bersihkan ikan dan keringkan.
Salut dgn tepung(kering) dan goreng hingga keemasan.
Hidang atas pinggan dan tuangkan sos daun limau purut keatasnya.
Taburkan daun limau purut yg dah digoreng atas ikan.

Utk Sos :
5 ulas bawang putih ~ dicincang
3 ulas bawang merah ~ dicincang
5 bj cili padi hijau ~ diicincang
5 bj cili padi merah ~ dicincang
3 helai daun limau purut ~ dihiris halus
3 sudu besar sos tiram
1/4 cawan cuka
3 sudu besar sos ikan
2 - 3 sudu besar gula
garam secukup rasa
1/2 cawan stok ayam ~ k.nor guna air biasa dan 1/2 kiub stok ayam
1 sudu kecil tepung jagung ~ bancuh dgn sedikit air
minyak

Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan cili hingga wangi.
Masukkan kesemua bahan2 lain kecuali bancuhan tepung jagung.
Masak hingga mendidih.
Masukkan bancuhan tepung jagung dan biarkan sehingga sos menjadi sedikit pekat.
Tuangkan atas ikan dan tabur dgn daun limau purut yg dah digoreng.



Ini pula ayam goreng tandori. Ayam yg digoreng dengan rempah tandori keluaran Maggi. Cukup mudah membuatnya sekadar membancuhkan rempah tandori dgn sedikit air utk menjadikannya paste dan gaul aje dgn ayam yg dah dipotong dan dibersihkan. Perap dan goreng hingga masak. Siap! Mudah aje kan. Sudah cukup dgn rasa rempah, pedas dan masam. Makan panas2 mmg best.



Lama tak tayang set lunch rasanya. So kali ni layan menu lunch K.Nor sekeluarga. Ikan Goreng Dalam Sos Limau Purut, Ayam Goreng Tandori dan Tumis Air Cendawan Bersayur. Alhamdulillah... kenyang dgn rezeki Allah kurniakan...

Photos At Sekayu Waterfall

Salam buat semua...

Hari ni tak ada N3 masakan, bukan kerana dapur tak berasap tp saja nak tukar2 selera mata sesekali. Dapur tetap berasap tp masak yg simple2 jer so tak shoot la. Gambar2 ni cik abg shoot pada hari Jumaat bertempat di Sekayu Waterfall, Kuala Berang, Trg. K.Nor tak join sekali ni sbb dia gi dgn group photo dia. Lagi pun hari Jumaat tu Luqman demam, jadi K.Nor tak ikut sekali la. Ikutkan hati nak follow gak dia org ni ke Sekayu tu tp pergi drive sendiri la tp takkan nak gi jugak kalau anak demam kan.


INDAHNYA CIPTAAN TUHAN....





Thursday, January 21, 2010

Nasi Goreng Pattaya ~ The Making

Dah agak lama berjanji nak tunjukkan step by step cara K.Nor membuat Nasi Goreng Pattaya seperti yg diminta oleh Shaz dan Waniey (kalau tak silap). Memang bila berjanji ni benda tu duk main dlm kepala jer. Tak selesa selagi tak tunaikan. Disebabkan beberapa perkara yg tak dpt dielakkan, smlm baru berkesempatan mengambil gambil the making ni. K.Nor hanya menggunakan Nasi Goreng Jagung sebagai nasi goreng yg kat dlm bungkusan telur tu ya.. Projek the making ni dibuat semalam , cuma baru nak masukkan N3 tu hari ni.

Ok, jom kita tengok the making of Nasi Goreng Pattaya. Senang ajer...


Sediakan mangkuk mengikut saiz nasi goreng Pattaya yg kita kehendaki


Letak telur dadar kat atas mangkuk tu
(tunggu telur dadar sejuk sket baru diletakkan nasi, kalau tak telur tu pecah bila proses membungkus nasi)


Letakkan nasi kat tengah2 mangkuk dan kemaskan/tekan2 sket


Lipat ke dalam lebihan telur dgn kemas


Dengan menggunakan mangkuk/bekas bersih tindih bahagian atas telur utk seketika supaya lipatan telur lebih kemas


Letakkan sebiji pinggan atas mangkuk td


Telangkupkan/terbalikkan pinggan dan mangkuk nasi dgn hati2


Taraaaaa.. siap!! Senang aje kan..
(sori ya, lipatan telur kurang kemas sbb masa buat ni sambil2 goreng daging merah hehehe...)

Wednesday, January 20, 2010

Nasi Goreng Jagung


Sebenarnya nak buat Nasi Jagung ni tadi tapi entah camna gi tanak nasi utk buat nasi goreng. Padahal nasi jagung tu dimasak cam masak nasi minyak tu, semua masuk dlm periuk bukannya ditanak dulu nasi. Bila nasi dah masak baru la terpikir, rupanya silap teknik dah wehh.. Jadi tak nak bazirkan nasi yg dah siap ditanak dtg ler idea nak goreng jer nasi dan masih menggunakan jagung mentah dlm masakan nasi goreng ni. Akhirnya tercipta la satu resipi baru... Nasi Goreng Jagung.. hehe... Bila ditanya cik abg sedap ke tidak, dia jawab.... sedap!! Bodek ke tu? Bodek kut!! Sedap ke tidak makan aje la kan.. Kalau tak sapa la pulak nak perabis nasi tu kang.. hihihi...

Pada sapa2 yg nak try, ni resipi dia.. Kalau ada sapa2 nak ngejas tu, ejas aje la.. Aiman tak kisah... Masing2 punya anak tekak kan! :)

NASI GORENG JAGUNG

2 pot nasi ~ ditanak hingga masak dan sejukkan
isi udang/ayam ~ terpulang nak letak banyak mana
1 bj jagung manis ~ diambil isi lebih kurang 1 cawan
3 ulas bawang putih ~ diketuk dan dicincang
1 labu bawang besar ~ didadukan
5 bj cili api (boleh lebihkan jika nak lebih pedas)~ dipotong kecik2
1/2 cawan carrot yg didadukan
1 bj telur
1/4 cawan air
sedikit serbuk pati ayam
garam
2 sudu besar butter/marjerin

Panaskan butter/marjerin dlm kuali dan masukkan bawang putih.
Tumis hingga bawang putih menjadi perang dan masukkan bawang besar.
Bila bawang besar dah layu masukkan jagung dan 1/4 cawan air.
Kacau2 dan tutup kuali dgn penutup. Biarkan 3 - 5 min agar jagung masak.
Masukkan isi udang dan carrot. Masak hingga udang masak.
Masukkan garam, serbuk pati ayam dan telur.
Kacau goreng hingga telur masak dan masukkan nasi dan cili api.
Goreng hingga rencah mesra dgn nasi.
Angkat dan hidangkan panas2.



Untuk Nasi Goreng Jagung ni K.Nor buat lauk sampingan Daging Goreng by As NZ dan telur dadar. Sedap dan menyelerakan!

Daging Merah


Lauk Daging Merah ni digandingkan dgn nasi goreng jagung. Sedap! Tq As.. dulu dah pernah buat dan dah post n3 tp cuma letak link. Kali ni kena letak resipi sekali utk memudahkan kalau2 MyR demam lagi. Mintak izin ya As, nak share resipi tu kat sini.

DAGING MERAH by As NZ

  • 500 gm daging -rebus & ambil airnya (sekiranya suka berkuah)
  • 2 labu bawang besar- di hiris kasar
  • 5 ulas bawang putih -di tumbuk halus
  • 2 inci halia - di tumbuk halus
  • 4 sdb sos tiram
  • 2 sdb kicap- ikut suka
  • 4 sdb sos tomato
  • 2 sdb cili kisar
  • Lada bengala/lada besar merah @ hijau -dihiris
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit minyak untuk menumis
  • 1 sdb perwarna merah- ikut suka nak merah macamana ~ tk letak
  1. Tumis bawang putih dan halia, masukkan cili kisar, setelah naik minyak, masukkan sos,sos tiram,kicap dan pewarna merah. Masukkan daging dan garam. Gaul rata.
  2. Tambahkan air rebusan daging tadi jika inginkan sedikit kuah.
  3. Masukkan carrot, lada bengala dan bawang besar.
  4. Sedap di makan dengan sambal belacan. Selamat mencuba...

Tuesday, January 19, 2010

Chocolate Custard Muffin


Dah lama plan nak buat
muffin ni, sejak tengok kat rumah Ika. Masa tu sebelum g KL lagi. Dah beli telur tup2 kena ke KL secara tiba2. Tadi dlm mood yg merudum, kemalasan yg amat sgt paksa gak diri buat muffin ni. Mana nak ada mood, badan ni kurang sihat sket dua tiga hari ni. Semalam hidung buat hal lagi, pastu telan la ubat selsema. Alhamdulillah, hari ni dah stop dah running nose tu tp kepala pulak wat hal. Cam org lalok jer.. Rasa nak sembam jer kat bantal, mengantuk sungguh. Dah lewat petang baru la gagahkan diri godek muffin ni selepas proses menarah bukit baju yg menimbun.

Bagi penggemar muffin, try la buat muffin ni. Tak rugi mencuba tau. Lembut jer walau tak guna pun mixer masa mengadun dan tak letak ovellete sikit pun. Cuma mix dgn hand wisk. Gaul jer dgn sebati tp jgn overbeat. Sebab kebiasaannya kebanyakkan proses membuat muffin tak memerlukan over mix nanti jd keras. Cukup sekadar sebati. Seperti kata Ika dan Ina@Hana rasa muffin ni lebih kurang Coklat Muffin by Yani tp yg ni tekstur dia lagi gebu.

Mintak izin ya Ika, K.Nor kopipes resipi dr rumah
Ika. Kalau tak silap Ika amik kat rumah Ina dan Ina amik kat rumah Che Wan Taipei kan.. huh.. jauhnya perjalanan. Taipei -- Jepun -- Siam -- Ganu... Agak2 lepas ni kemana lak virus muffin ni nak tersebar :) TQ buat Ika, Ina dan Che Wan.



CHOCOLATE CUSTARD MUFFIN

Bahan A
110ml air
1 1/2 sudubesar serbok koko
50gm gula merah (firmly pack) ~ no stock, k.nor ganti dgn gula perang
25gm tepong jagung

Bahan B
35gm butter
35ml minyak jagung/sayuran
1 sudukecil esen vanila
65gm dark chocolate ~ k.nor guna cooking choc biasa
1 biji telor
50gm gula
75gm tepong serbaguna* ~ no stock jd guna tepung gandum biasa jer
1 1/2 sudukecil baking powder*ayak sekali

Panaskan oven pada 180'c dan sediakan acuan muffin 6 lubang. Satukan bahan A dan panaskan diatas api perlahan hingga adunan licin, setelah itu tutupkan api (adunan akan menjadi seperti paste). Masukkan butter dan dark chocolate, kacau hingga adunan mencair dan bersatu kemudian masukkan minyak, gula, telor dan esen vanila. Pukul dengan mixer hingga sebati. Masukkan pula tepong dan sebatikan dengan spatula sekadar bersatu.Sudukan kedalam muffin cup dan bakar selama 20-25minit/hingga masak mengikut oven masing2. Angkat dan sejukkan diredai.


# ni utk peringatan K.Nor di kemudian hari bila nak buat lagi muffin ni..
  • kurangkan gula dlm bahan B dr 50gm kepada 40gm
  • esen vanila boleh digantikan dgn 1/2 sk nescafe
  • potong cooking choc kecik2 utk mudahkan ia cair

Monday, January 18, 2010

'CUCU' Pertama

Di sebalik kesedihan yg melanda ketika bersama dgn keluarga kakak K.Nor dengan perginya arwah abg ipar, terubat kesedihan dgn kehadiran buah hati comel ni. Berakhirnya penantian selama 6 bulan nak tengok secara berdepan dan bermain dgn 'cucu' pertama K.Nor merangkap cicit pertama dlm keluarga K.Nor. Hasil dr perkahwinan anak saudara pertama dlm keluarga (anak sister dn arwah abg ipar), maka lahir lah sang putera yg sangat comel, berkulit putih dan selalu jer tersenyum.


Agak sukar nak mengambil gambar Azrul ni secara bertentang direct dgn kamera kerana dia sgt aktif, suka sengih2 jer.



Sepanjang 5 hari berada di Kelana Jaya dan Puchong, tak puas rasanya melayan kerenah bb kecik ni. psst... jgn suruh K.Nor beranak lagi ya.. rasanya dah nk tutup kedai la.. tunggu main dgn cucu aje la ya.. haaaa... ALONG! bukan bererti mak suruh kawin cepat ya.. study dulu sampai abis dgn membawa pulang kejayaan yg diidamkan. Pastu kerja dulu, simpan duit.. bukan senang wehhh nak kawin zaman skrg ni, bukan sikit fulus yg diperlukan .. :)


CAK!!!
Bawak lari balik Ganu kang... ^_________^

** Along, muka Azrul ada iras2 muka Along masa kecik la.. :)

Sunday, January 17, 2010

Terima Kasih buat Semua..

Salam...

Lama tutup kedai kan.. Ingatkan 2 @ 3 hari jer. Tapi terlajak sampai 5 hari. Plan asal nak menziarah abang ipar yg sakit dan dimasukkan ke wad tp bertukar menjadi menziarahi kematiannya. Dari Nya kita datang dan kepada Nya kita dikembalikan... Sesungguhnya kita semua adalah milikNya jua...

K.Nor masih berada kat Karak Highway semasa menerima panggilan dari anak sdara yg memberitau kematian abahnya tepat jam 12.30tgh. Terpaku dan terkedu sambil air mata menitis. Memang terasa dgn kepergian arwah abang ipar ni. Dah 31 tahun dia hadir dlm keluarga K.Nor. Seorang yg sangat baik dan suka bergurau. Memang K.Nor agak rapat dgn keluarga kakak ni. Anak2 K.Nor dgn anak2 kakak ni dah macam adik beradik terutamanya Along yg banyak meluangkan masa bersama keluarga kakak ni dr kecik lagi. Kali terakhir K.Nor berjumpa dgn arwah lebih kurang 3 minggu lepas rasanya. Hari yg sama K.Nor buat nasi beriani tu. Kebetulan malam tu arwah, kakak dan anak dia org yg no 3 balik ke Ganu dan dtg kerumah dan menjamu selera dgn nasi beriani. Sesudah makan, arwah sempat bergurau dgn Naim. erm.... terasa sayu pulak bila teringat nih...

2 hari selepas tu arwah mula kena demam yg berlarutan. Plan asalnya dia org nak stay lama sket kat Ganu, utk mengedar kad2 jemputan kawin anak dara dia org yg no2 yang bakal melangsungkan perkahwianan pada 20 Feb nanti. Tapi disebabkan arwah tak sihat sgt2, terus buat keputusan utk balik ke KL pd hari Rabu. Sempat gak arwah berjumpa dgn ayah K.Nor dlm keadaan tak sihat tu on the way nak balik ke KL.

2 hari sebelum kematian, arwah dibawa ke Hospital Serdang bahagian emergency tp tak dimasukkan ke wad. Doc cuma bagi ubat padahal masa tu mmg dia dah agak teruk keadaannya. Keesokkannya sekali lagi kakak dan anak2 bawak arwah ke hospital bila keadaan arwah makin teruk. Selepas tu baru lah arwah dimasukkan ke wad. Doc memasukkan 4 bag darah dan insulin dan jugak air berbotol2. Masa tu arwah dah tak boleh makan apa2 dah. Tekanan darah pun menurun manakala paras gula dalam darah menlonjak sampai tak dpt bacaan kerana terlalu tinggi. Tapi malam tu kakak K.Nor kata arwah dah nampak ok sket tp bila pagi tu dia buang najis yg berdarah dgn agak banyak. Baru la doc kelam kabut sbb mula2nya doc cuma kata arwah mengalami gastrik jer. Bila terjadi gitu baru la dpt tau yg sebenarnya arwah mengalami internal bleeding (dlm perut) yg mana darah dah merebak ke paru2. Bila doc nak masukkan sekali lagi camera ke dlm perut melalui hidung, arwah tak nak. Akhirnya doc decide nak masukkan jugak rasanya tp secara totaly bius dan arwah dibawak turun ke tingkat 4 rasanya kalau tak silap. Bila masuk dlm bilik tu, rasanya doc tak sempat nak lakukan lagi prosedur tu kerana arwah makin tenat. Akhirnya arwah meninggal tanpa seorang pun ahli keluarga bersama kerana berada dlm bilik bedah atau bilik ICU (kalau tak silap K.Nor la..)

K.Nor yg baru melepasi tol Karak dpt panggilan dr anak sdara mengatakan jenazah akan dibawa ke rumah anak sulong arwah di Kg Tunku, Kelana Jaya. Jadi suami K.Nor terus drive ke Kelana Jaya dan tak jadi ke Hospital Serdang. Atas beberapa sebab yg tak dpt dielakkan, jenazah tak dpt disemadikan di tanah perkubuan di Puchong dan area Kelana Jaya tp akhirnya dpt disemadikan di tanah perkuburan baru di Kota Damansara. K.Nor tiba di rumah anak sdara pada pukul 3ptg manakala jenazah tiba ditengah2 bilal melaungkan azan Asar. Jenazah dibawa masuk sekejap aje ke dalam rumah utk ditatap oleh ahli keluarga terdekat. Alhamdulillah, sempat la K.Nor menatap wajah arwah yg cerah berseri dan seakan mengukirkan senyuman. Betapa pilunya hati masa tu, perginya seorang abang ipar yg sangat baik hati.... Ya Allah.. tempatkan roh arwah dikalangan org2 yg beruntung dan berbahagia.. bersama2 org2 yg beriman dan bertaqwa pada Mu.. amiinn....

Jenazah yg sudah siap dimandikan dan dikafankan di hospital Serdang terus dibawa ke masjid berhampiran utk disolat jenazah dlm keadaan hujan lebat dan dentuman kilat. Tapi bila tiba di tanah perkuburan hujan dah pun makin reda... Alhamdulillah...

Proses pengkebumian selesai tatkala azan Maghrib berkumandang. Sepanjang 3 malam majlis tahlil diadakan dirumah anak/menantu arwah di Kelana Jaya tu dan sepanjang itulah K.Nor, suami dan 2 org anak berada. Plan asal nak balik hari Rabu di tangguhkan ke hari Khamis akhirnya terus ke hari Sabtu. Kakak K.Nor minta supaya K.Nor balik selepas majlis tahlil di rumahnya di Puchong. Dan anak2 sdara pun duk pujuk supaya jgn balik lagi dan supaya dpt temankan mama dia org dulu. Itu la yg menyebabkan K.Nor tak jadi balik pd hari Khamis. Kasihankan kakak dan anak2 sdara yg baru kehilangan org tersayang.

Selepas 3 malam majlis tahlil kat Kelana Jaya, pg Jumaat kita org semua termasuk kakak dan anak2nya pulang ke Puchong. Malam tu diadakan sekali lagi majlis tahlil utk ahli kariah masjid dan jiran2 sekitar termasuk ahli keluarga. Alhamdulillah.. semuanya berjalan dgn lancar.

Pagi Sabtu K.Nor dan famili berangkat pulang ke K.Trg tp sempat singgah sekejap kat rumah abg K.Nor kat Kuantan. Abg K.Nor mengadakan majlis tahlil utk arwah emak K.Nor dan utk arwah abang ipar disamping majlis kesyukuran kerana anak dara dia yg sulong akan melanjutkan pelajaran dlm bidang farmasi di Adelaide, Australia pada bulan Feb. ni.

Selepas makan dan solat di rumah abg K.Nor, kita org meneruskan perjalanan ke K.Trg dan selamat tiba di rumah lebih kurang pukul 10.00mlm. Alhamdulillah.... Syukur ku panjatkan padaMU ya Allah kerana telah melindungi perjalanan kami dan mempermudahkan segala urusan kami....

Kepada yg mengucapkan takziah dan doa2, samada melalui sms, kat shoutbox dan kat n3 yg lepas... K.Nor dan keluarga arwah mengucapkan jutaan terima kasih. Mudah2an segala doa yg dipanjatkan akan dimakbulkan Allah... amin...

Monday, January 11, 2010

Tutup Kedai 2 @ 3 Hari

Salam buat semua..



Bye Myspace Comments


K.Nor amik kesempatan nak maklumkan tuan rumah akan tutup kedai buat 2 atau 3 hari bermula esok. Hari ni pun sebenarnya dah dikira tutup kedai gak sbb dapur pun tak berasap satu hari. Tuan rumah kurang sihat duk running nose dan bersin2 jer. Bila dah makan ubat selsema mula la lalok semacam jer kan.

Yang menyebabkan nak tutup kedai bermula esok ni kerana K.Nor 4 beranak akan ke KL. Awal pagi td dpt panggilan dr kakak K.Nor yg duk kat Puchong. Suami dia admit ward kat Hospital Serdang. Tak lama lepas tu masuk ICU pulak. Abang ipar K.Nor ni mengalami pendarahan dalam perut dan juga ada penyakit2 lain gak sebelum ni. Memang dia agak uzur, dah lama pun. Banyak bertahan dgn ubatan jer. Selalu jer kena hypo. (bukan badak air ya... hehe) Hypo ni kekurangan gula dalam darah, opposite bagi penyakit kencing manis yg mana gula dalam darah yg tinggi.

Jadi pada yg nak mengambil mana2 resipi, dipersilakan dgn sukacitanya. Selamat mencuba dan semoga menjadi dan menepati citarasa anak tekak masing2 dan ahli keluarga :)

Semoga kita berjumpa lagi selepas ni. Mudah2an semuanya dipermudahkan Allah.. amiinn..


Bye Myspace Comments

Sunday, January 10, 2010

Triple Choc Bun

Kenapa dinamakan Triple Choc Bun? Sebabnya.... ada 3 penggunaan coklat didalam penghasilan bun ni. Serbuk koko dan choc chips didalamnya serta choc chips yg ditabur diatas tu. Haa... kan triple tu.. Sebenarnya resipi yg digunakan adalah resipi Basic Sweet Dough by Mamafami yg sentiasa K.Nor gunakan dln membuat roti. Cuma diberi touch up sket dlm bahan2 tu. Mulanya plan nak letak water roux dlm bahan2 tp dek kerana lupa nak buat awal2 water roux jadi tak jadi la letak. Cuma letak bread softener jer. Gluten tu pun K.Nor skip sbb tak ada stok kat rumah dan sememangnya tak pernah letak sbb tak pernah beli pun :) Sori ya Ma, Nor touch up sket kat resipi ni utk menghasilkan bun coklat. Dan mintak izin nak letak resipi tu kat sini ya..

Selepas dibentukkan

SWEET DOUGH
Source : Chef Shante

Ingredients :


400g high protein flour/bread flour

6g salt
15g milk powder (not infant formula)

4g bread improver ~ tak letak
5g gluten ~ tak letak tp gantikan dgn 1 sk bread softener
80g sugar
11g instant yeast
60g eggs (without the shells) ~ k.nor letak sebiji telur
190g water
30g butter
30g shortening

Method :


1. Sift flour, salt, milk powder, bread improver and gluten into a mixing bowl.

2. Add in sugar, yeast and eggs. On the mixer on low speed.
3. Pour in 1/3 of the liquid.
4. Add in butter and shortening.
5. Pour the balance liquid a little at a time and continue kneading till a smooth and elastic dough is formed.
6. Leave to rest for 10 minutes.
7. Divide the dough into 40g balls.
8. Shape the dough.
9. Sprinkle some water on top of the shaped buns. Cover with a clean plastic bag and leave to prove till double the size.
10. Bake in a preheated oven at 220 C for 10 to 15 minutes. Temperature may vary according to your oven.

Ini penambahan yg K.Nor buat bila buat bun coklat ni :-
gula ditambah menjadi (30gm) 110gm ~ sebab letak serbuk koko, roti akan terasa sedikit pahit/tawar so kena la tambah sukatan gula. (terpulang kalau nak lebih manis boleh lebihkan lagi)
2 1/2 sudu besar serbuk koko
3/4 cawan choc chips ~ utk dimasukkan dlm doh
sedikit choc chips utk ditabur atas doh sebelum dibakar


Dah naik tu.. tp tabur choc chips dulu sebelum masuk oven


ermmm penuh satu bekas...


Siap!!! Jom breakfast dgn bun cekelat ^__^

Saturday, January 9, 2010

Cucur Jagung


Dah acapkali rasanya tayang cucur jagung kan. Tak per la.. kurang2nya boleh bagi idea utk org lain gak kut.. Jom makan :) Sapa2 nak buat resipinya kat sini ya..