Friday, January 8, 2010

Air Asam Menyengat

Bukan tebuan atau lebah aje menyengat tau, air asam pun menyengat gak. Resipi Air Asam Menyengat ni oleh CikManis MyR. Not bad rasa air asam ni. Try la.. CikManis, mintak izin ya nk letak resipi ni kat sini.. tq

AIR ASAM MENYENGAT by CikManis MyR
  • asam jawa (anggaran sekepal) + air
  • *BAHAN UNTUK DIHIRIS NIPIS
  • 1 biji bawang besar
  • 2 biji bawang merah
  • 1 biji tomato
  • 1 biji cili merah
  • 1 biji cili hijau
  • 3 biji cili padi
  • *BAHAN UNTUK DITUMBUK
  • 1 biji cili merah
  • 2 biji cili padi
  • 1/2 inci belacan bakar
  • garam
  • gula
  • *BAHAN UNTUK DIPERAH
  • 1 biji limau nipis
  • 1/4 biji lemon~ tak letak sbb tak ada stok lemon, ganti dgn limau kasturi jer
  • Ambil asam jawa dan campurkan sedikit air panas. Tapis air asam jawa untuk mendapatkan jusnya sahaja. Ulangi langkah ini sebanyak 2 kali. Jangan terlalu cair.
  • Masukkan bahan-bahan yang dihiris nipis ke dalam air asam jawa.
  • Tumbuk bahan-bahan tumbuk dan masukkan ke dalam campuran air asam jawa.
  • Perah limau nipis dan lemon untuk memasamkan lagi air asam.
  • Untuk menjadikan air asam lebih menyengat, hiriskan kulit limau nipis dan lemon dan masukkan ke dalam air asam... Pasti sedap.