Monday, January 4, 2010

Puding Dadih Buah2an Segera

Salam di petang Isnin..


Dah agak lama tak buat puding ni. Salah satu puding yg mudah sgt2 nak buat dan rasanya pun sedap. Biasanya anak dara K.Nor yg buat tp bila dah bukak sekolah ni, masa dia pun terhad. Apapun jom makan Puding Dadih Buah2an Segera by K.Fida Myr ni ya.



Puding Dadih Buah-Buahan Segera ~ kak fida@myresipi.com

Bahan-bahan ( 10 orang )

1 peket serbuk dadih buah-buahan (perasa ikut pilihan)
1500 ml air
200 ml susu sejat
50 g gula halus
loyang atau acuan puding kecil2 secukupnya
Cara-cara

Dalam sebuah periuk,masak air,susu dan gula hingga mendidih.Kecilkan api dan masukkan serbuk dadih dan kacau rata.Masukkan pula gula buah2an(sedia ada dlm peket berisi serbuk dadih=2 gm) dan terus kacau.Matikan api.Disebelah adalah gambar serbuk dadih buah2an..
Tuang adunan puding ke dalam acuan2 kecil hingga habis dan sejukkan.
Adunan puding boleh dibubuh ke dalam loyang jika suka.
Setelah puding sejuk pada suhu bilik,simpan di dalam peti sejuk dan siap untuk disajikan.Jika suka,hias puding dgn buah segar yg dipotong kecil atau buah koktel.